Thursday, September 12, 2024

MUHAMMAD TURNS 1

Assalamu'alaikum WBT. 

Okay sebelum saya memulakan kalam saya pada hari ini, izinkan saya untuk menangis terlebih dahulu. Terasa seperti baru semalam Umi melahirkan Muhammad Wildan Al-Hakim yang soleh lagi baik ini. Rupanya setahun sudah masa berlalu. Sepanjang setahun ini, banyak yang Umi lalui. Dari berjauhan dengan Muhammad hinggalah akhirnya bersatu di Sabah alhamdulillah. Perjalanan yang bukan mudah namun Allah Maha Baik. Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan-Mu. 

Walaupun sekarang ia sedikit mencabar menjaga Muhammad seorang diri di Sabah, namun saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjaganya sendiri, berada di depan mata, sakit dan sihat bersama, susah dan senang bersama alhamdulillah. Terima kasih Muhammad kerana banyak bersabar dengan Umi kahkah. Banyak yang Umi kena belajar lagi. Banyak sangat kekurangan Umi. Macam baru semalam Umi menyambut kelahiran Muhammad dengan tangisan.

Benda pertama yang terlintas di fikiran Umi bila Muhammad dilahirkan, "Betul ke aku dah beranak ni?". Haha lawak tak? Nurse pun tanya saya jantina baby sambil tunjuk. Saya pun jawablah lelaki. Nervous juga kan masa scan lelaki tapi keluar perempuan kahkah. Tapi tiada masalah juga sebab pakaian dan barang keperluan baby saya beli yang unisex. Benda pertama yang nurse cakap adalah, "Besar kakloh tanda di paha dia, lebatnya rambut dia". 

Lepas nurse bersihkan Muhammad dan bawa kepada saya untuk disusukan, barulah saya tengok tanda di bahagian lutut dia, ya memang besar haha. Sementara tunggu Muhammad di bawa kepada saya, nurse jahit dulu saya sambil berborak. Saya percaya dia berborak untuk mengelakkan saya daripada fokus kepada rasa sakit dijahit. Soalan yang ditanya adalah pasal interview spp sebab anak dia akan hadapinya tak lama lagi. 

Tapi memang betul, memang berkurang rasa sakit kena jahit bila bercakap kahkah. Entahlah, rasa itu masih sama tapi tak terasa sangat kali sebab terganggu. Lepas siap jahit, nurse bagi minum air milo, ambil tenaga untuk susukan Muhammad. Perasaan pertama bila susukan Muhammad adalah saya tergelak saja sebab geli haha. Dia macam hisap tapi tak tahu keluar ke tidak susu. Sambil hisap susu, sambil saya video call Abahnya. Abah azan untuk kali pertama sebab macam lama lagi nak keluar dari labour room. 

Oh ya lepas siap jahit saya call Umi terus bagitahu saya dah beranak. Namun berita itu sudah disampaikan lebih awal lagi oleh Abah Muhammad. Tapi Umi saya tetap menangis kahkah. Mungkin Umi rasa anak kesayangan Umi ini sudah besar. Tambah dengan rasa kesyukuran mungkin. Begitulah permulaan saya bergelar ibu yang tak pernah saya sangka akan diberi peluang oleh Allah untuk merasakannya. Terima kasih Ya Allah. 

Semoga dengan segala kurniaan Allah ini, Umi dapat menjadi ibu yang baik, solehah, contoh terbaik kepada cahaya mata walaupun serba kekurangan. Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama Muhammad Wildan. Umi sayang Muhammad sangat-sangat. Semoga Muhammad menjadi anak yang baik, soleh, sihat, kuat, cerdik, bijak, penyejuk mata dan hati orang sekeliling dan memberi manfaat kepada orang lain. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment