Monday, September 16, 2024

REUNION KEDAI AMALISA




Lain yang dirancang, lain yang jadi. Namun tetap bersyukur dapat bersua muka dengan kawan-kawan yang semakin hari semakin menua kahkah. Kami berjumpa di kedai mee celup Amalisa. Hanya kami empat orang sekawan iaitu Rabiatul, Rajni, Amalisa dan saya. Add-on suami Amalisa, Abah Muhammad, Auni Khadijah dan Muhammad Wildan. Sambil kami makan, para Abah menjaga anak-anak. Banyak lah yang kami berborak. Update itu ini tapi yang penting tak mengumpat ya hihi.

Antara isu yang dibincangkan adalah perkahwinan Zul Ikram yang mana saya dan Amalisa tidak dijemput haha. Seterusnya perkahwinan Razali yang mana saya juga tidak dijemput. Tapi saya doakan yang terbaik untuk mereka yang akan menamatkan zaman bujang dan membina mahligai tiber. 

Kami makan nasi air sambil borak. Asalnya saya nak makan kuew tiew tapi semua order nasi air, jadi saya pun order sama lah. Selepas sesi makan dan berborak, sesi wajib setiap kali jumpa adalah bergambar. Pelbagai gaya, pelbagai kedudukan, dan akhirnya paksa bapak-bapak bergambar sekali.

Ouh lupa ada segmen mencari jodoh untuk Rabiatul haha. Lepas tu cakap pasal perkembangan masing-masing di sekolah. Bincang pasal masalah disiplin budak yang masing-masing kena hadapi. Banyaklah yang kami bincangkan sebenarnya. Ouh pasal perancangan Rajni untuk mendapatkan zuriat. Tiber kan.

Rantau Panjang, Kelantan.

No comments:

Post a Comment