Wednesday, September 11, 2024

TARIKH YANG CANTIK





Assalamu'alaikum WBT.

Tarikh hari ini adalah tarikh yang cantik bagi saya, dari dulu lagi. Mungkin kerana ia adalah tarikh yang terbalik dari tarikh lahir saya. Hiks tiber kan. Ada tak sesiapa yang admire tarikh lahir sendiri? Saya lah antaranya kahkah. Jadi bila saya tahu due Muhammad lahir adalah bulan 9, saya memang berharap dia akan lahir pada tarikh ini. Yalah sebab kalau nak sama tarikh dengan saya lama lagi kan lagi dua bulan, jadi at least ini tarikh yang seterusnya saya suka. 

Namun qadarullah, tarikh ini adalah tarikh yang saya kena warded dan dijangka bersalin pada 12hb iaitu sehari selepas. Due saya adalah 14hb. Tapi tidak apa juga, yang penting kita mahu Muhammad dilahirkan dalam keadaan selamat, sihat sejahtera. Alhamdulillah dipermudahkan. Jadi tarikh ini hanya tinggal kenangan kahkah. Saya ada juga berharap masa dalam ward, supaya sakit perut cepat-cepat dan bersalin terus pada hari itu kahkah.

Itulah sedikit sebanyak cerita yang saya ingin tulis hari ini. Hiks. Gambar di atas adalah gambar Muhammad pagi tadi. Begitulah dia kalau bangun awal kan. Di rumah bukan main happy buat itu ini. Masuk kereta terus masam muka macam nak marah orang. Kalau tegur pun dia jeling saja haha. Dia banyak termenung kalau dalam kereta sambil dengar zikir atau ayat Quran. Tapi ada juga saya selit dengan Mrs. Rachel punya lagu. 

Kalau Abah video call, dia senyum-senyum dari belakang sambil sapa Abah kadang-kadang. Ada masa dia ignore saja haha. Sekarang jam 9.20 pagi, saya di sekolah. Kelas saya kejap lagi lepas rehat, lagi 35 minit. Saya sudah sediakan soalan kuiz untuk mereka form 3. Saya ingat nak buat kelas di surau hari ini sebab kalau buat kuiz kena cari tempat yang meniru-free haha. Kita buat kuiz berkumpulan lah hari ini. Hadiah in shaa Allah ada sudah. Bye!

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment