Assalamu'alaikum WBT.
Hari ini saya hampir mati, sangat hampir dengan kematian. Apa yang terjadi adalah ketika saya ingin masuk simpang kanan untuk mengambil Muhammad dari taska, saya sudah bagi signal dan ada kereta banyak di belakang saya, saya membelok dan tiba-tiba ada sebuah kereta sedang memotong rupanya dari belakang dan melintasi kereta saya yang sedang membelok.
Kereta itu tersangat laju kerana ia memotong beberapa buah kereta dari belakang, dan mungkin di fikirannya adalah kereta di deeeepan memandu dengan perlahan, jadi dia pun memotong. Tapi rezeki saya, Allah masih memberiku peluang untuk hidup alhamdulillah, saya membelok dengan perlahan saja. Andai kata saya terlaju sikit, kemungkinan besar saya dilanggar dengan rakusnya.
Kereta itu ada terbabas sikit sebab mengelak kereta saya namun masih dapat dikawal. Saya pun kaki terketar-ketar ketika turun ambil Muhammad. Rasa macam dekat betul saya punya kematian ketika itu. Allahu takutnya ketika itu. Salah saya juga sebab tidak peka dengan keadaan jalan raya ketika itu. Sepatutnya sebelum belok saya tengok dulu cermin sisi.
Apapun saya ambil itu sebagai satu pengajaran. Sejujurnya selepas kejadian itu, keyakinan saya untuk memandu menurun dan saya jadi takut. Takut untuk memandu sebenarnya. Rasa macam tidak selamat sudah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Aamiin ya Rabb.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment