Hari ini keluarga besar Tokma berkumpul di rumah Mak Lang untuk buat makan-makan. Majoriti anak dan cucu Tokma ada kecuali keluarga Abe E, Kak Dila dan Kak Dayah yang tiada atas kekangan masing-masing. Kami sampai sini lepas Zuhur dan makanan semua sudah siap sebenarnya. Sayap ayam dan daging kambing juga sudah diperap, tunggu untuk dibakar sahaja pada petang hari.
Disebabkan saya bukan champion bab memasak, jadi saya tolong cuci pinggan dan lap sahaja sambil main dengan anak-anak buah yang lama sudah tak jumpa. Lepas tu berborak dengan ipar duai. Tapi saya banyak mendengar saja sebenarnya sebab saya tak pandai sangat nak berborak dengan dorang. Tapi kalau dorang tanya saya jawab saja. Hiks.
Hari ini adalah hari makan sedunia. Tak tipu. Mungkin berat saya naik 3kg disebabkan hari ini sahaja haha. Paling banyak saya makan daging kambing lah. Sayap ayam saya tak sempat makan sebab balik Rantau Panjang dengan rushing. Asalnya rancang nak tidur sini, tapi ramai sangat orang dan Muhammad pun dah sampai waktu tidur, jadi saya, Muhammad dan Abah Muhammad balik.
Suka sangat dapat berkumpul begini sebab jarang-jarang boleh jumpa kan. Dapat jumpa pun kalau cuti sekolah saja. Paling rindu nak main dengan Irsyad yang berbaju merah itu. Gambar saya dengan Abah Muhammad tu pun dia yang ambil haha. Pandai kan. Okaylah sampai di sini dulu coretan untuk hari ini. Bye!
Kota Bharu, Kelantan.
No comments:
Post a Comment