Tuesday, September 10, 2024

BILO MUHAMMAD NOK TUBIK 😭

Assalamu'alaikum WBT. 

Seperti yang boleh dibaca dari tajuk di atas, itulah ayat yang saya ungkapkan tepat setahun yang lalu kerana tidak tahan sudah dengan keberatan perutnya, kesakitan kakinya dan sebagainya. Ketika itu usia Muhammad dalam perut 39 minggu 3 hari. Sepatutnya keesokan harinya saya appointment di klinik, akan tetapi kerana tidak tahan, Abah Muhammad bawa saya ke klinik hari ini terus. 

Hikmah daripada saya tidak tahan sakit bercampur lemah dan demam, baru tahu yang sebenarnya Muhammad sedikit besar di dalam perut dan harus direfer ke hospital besar. Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Ketika itu apa yang keluar dari mulut saya adalah, "Muhammad cepatlah keluar, Umi tak tahan dah". Okay lawak ke tak. Hiks. 

Berat saya ketika itu adalah 81kg. Paling berat dalam sejarah badan saya setakat ini. Tidur pun rasa terseksa sebab sesak nafas dan susah nak bergerak kahkah. Setiap kali saya nak pusingkan badan masa berbaring, saya akan menangis haha. Manja ke macam itu. Begitulah sedikit sebanyak kenangan setahun yang lepas. Sekian. 

Terima kasih Abah Muhammad sanggup ambil CRK demi menemaniku ke klinik. Abah Muhammad pun tak sabar nak suruh baby keluar sebenarnya haha. Kalau ingat balik rasa lawak, tapi ketika menghadapinya tahun lalu sangat tidak lawak dan rasa takut nak menghadapi situasi melahirkan yang saya tidak tahu bagaimanakah ia. Sekian sekali lagi. 

Sakit di kaki itu susah untuk diungkapkan. Tambah dengan demam dan rasa sangat lemah. Saya menangis sambil mengadu sama Umi. Umi pun urut-urut saya dan Umi cakap semoga dipermudahkan Muhammad dilahirkan dengan secepat mungkin sebab tidak tahan tengok saya sakit terseksa. Syahadah muka blur campur kesian. Sekian untuk kali terakhir. 

Kota Marudu, Sabah. 

1 comment:

  1. Kaksyadah ingat scene tu di bilik Abah, Kaksya nyandar di almari.

    ReplyDelete