Wednesday, November 20, 2024

LATIHAN EXAM

Minggu depan peperiksaan akhir tahun sudah, jadi hari yang berbaki sebelum dorang beraksi, kita buat latihan simple tak simple juga lah. Saya paparkan soalan demi soalan guna Powerpoint dan pelajar akan tulis jawapan dia di buku masing-masing. 

Soalan ada 25, setiap soalan saya bagi masa 45 saat ke 1 minit dan saya akan pergi ke soalan seterusnya. Soalan semuanya macam hint untuk exam sebenar lah. Jadi siap semuanya, pelajar tukar-tukar buku dan check jawapan sama ada A, B, C atau D. 

Siapa yang paling banyak betul dijanjikan hadiah. Kali ini hadiahnya bukan makanan seperti biasa, saya bagi pilihan hadiah buku nota, alatan geometri dan set pen. Semoga apa yang dilakukan ini memberi motivasi untuk dorang terus bersemangat selepas ini in shaa Allah. 

Semua kelas yang saya ajar saya buat begitu. Suka sangat tengok dorang rasa excited. Dorang semangat saya pun semangat. Sekian. Bila lah boleh stapler kertas exam. Hantar untuk diperbanyakkan dah awal tapi sebab ada subjek lain juga, jadi lambat saya punya siap. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga diberi kudrat untuk menyiapkan segala kerja dengan terbaik in shaa Allah. Kawan saya yang lain tengah pening hadap MH5 Star. Bertabahlah kawan-kawan semua. Esok PPD datang buat pemeriksaan untuk bagi markah. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment