Assalamu'alaikum WBT.
Sanah helwah kakakku, Nur Syafiqah yang ke-30! Tua sudah kau. Hiks. Takdelah, you're still young. Muka pun muda, jiwa pun muda, perangai pun muda. Daku sangat mengagumi semangatmu yang sekarang. Ingat lagi dulu Kakcik pernah meluahkan impian untuk menyambung pelajaran di peringkat Masters. Sekelumit pun tidak ku percaya haha. Tapi aku angguk juga. Tak sangka semua itu menjadi realiti sekarang alhamdulillah. Tahniah kakakku.
Semoga dipermudahkan urusanmu untuk menyelesaikan Phd dengan cemerlangnya dan jayanya. Sungguh kau hebat Cik. Tidak dapat ku menafikan kenyataan itu. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu, permudahkan rezeki yang halal buatmu dan mengabulkan segala doamu. Semoga kau sentiasa sihat dan bersemangat dalam kehidupanmu. Semoga kau berjaya dalam apa saja yang kau lakukan. Aku sentiasa mendoakanmu in shaa Allah.
Semoga kau sentiasa menjadi isteri yang solehah, anak yang solehah, kakak yang solehah, adik yang solehah dan in shaa Allah ibu yang solehah suatu hari nanti. Sudah aku nampak bagaimana figuramu sebagai seorang ibu daripada cara kau melayan anak-anak buahmu, apalagi anak-anak muridmu yang tiada kaitan darah daging denganmu. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu. Kau orang baik, aku harap aku boleh menjadi sebaikmu Cik.
Jangan kau rasa dirimu tua. Walaupun umurmu sudah banyak kahkah, tapi yang penting mukamu sentiasa muda sama juga dengan perwatakanmu. Semoga dipermudahkan urusanmu untuk berbakti kepada orang sekeliling apa lagi kepada Abah dan Umi sepertimana yang kau buat sekarang. Aku tak pandai nak berdoa panjang-panjang seperti adikmu yang solehah di UIA itu, tapi cukuplah kau tahu bahawa kau sentiasa di dalam doaku. Bye.
Kota Marudu, Sabah.
Allahumma Amin...( dea lagi ngato kokre👀)
ReplyDelete