Friday, October 31, 2025

THEY WERE TELLING THE TRUTH

Assalamu'alaikum WBT. 

Hai semua. Hari ini saya terdetik nak tulis sesuatu yang dah lama saya dengar tapi tak sangka ia betul. I thought they were trying to be funny. Dulu kan setiap kali seminar, penceramah akan cakap doa banyak banyak supaya pemeriksa lembut hati bagi markah. Doakan supaya pemeriksa tak bergaduh dengan wife masa tanda kertas. Berdoa supaya pemeriksa tak bad mood masa tanda kertas. 

Tuan dan puan, ia nya sangat betul! Kalai daripada pengalaman saya la. Selama beberapa lama saya menanda kertas, saya akui emosi sangat memainkan peranan yang penting. Selain emosi, tahap kepenatan diri pun memainkan peranan semasa menanda. Bayangkan kita tanda kertas yang jawapan dia hampir sama tapi bila good mood kita boleh bagi markah, tapi bila sebaliknya kita tak bagi. 

Entahlah anda faham ke tidak, tapi itu la yang saya nak cakap hari ini hihi. Ada masanya part jawi kalau ada salah sikit sikit saya tutup mata la, betulkan dan bagi markah. Tapi jangan la time aku bad mood atau penat, saya kasi salah semua kahkah. Jadi betul la kata penceramah, kena doa banyak banyak agar pemeriksa kertas sentiasa good mood ketika memeriksa. Sekian. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, October 30, 2025

CUBAAN MENJADI BABY

Baby aponyo gigi pun penuh doh tu haha.
Kaki pun sama panjang dengan Umi dah.
Assalamu'alaikum WBT. Hai semua! Apa khabar? Hari ini nak bercerita la sikit. Dah lama dah daku perhati anak soleh lagi busuk masam ini nak jadi baby balik haha. Padahal dia masih baby pun tapi gigih buat buat nangis minta susu macam baby la kali kan. Alhamdulillah kalau perhatian, Abe 50% Adik 50% in shaa Allah tiada yang terkurang. 

Tapi itula, mungkin Abe ni nak menceriakan hari Umi dan Abah haha. Geram je tengok dia buat buat macam baby. Tahu pula dia baby macam mana kan. Sebut baby pun boleh dah alhamdulillah. Makan pun taknak orang suap, minum pun guna gelas kaca, mandi pun sendiri, tidur pun ulit sendiri, susu pun pandai buat sendiri. Pahtu nak jadi baby haha kelakar juga anak sulungku ini. 

Abe ni Umi rasa kesian bila dia jadi mangsa gigitan Adiknya. Di taska haritu, Adik gigit Abe di kaki. Berbekas besar juga la. Minggu lepas, Abe duduk atas sofa sambil ralit tengok tv, Adik yang tengah berdiri pegang tepi sofa pergi gigit paha Abe. Ore kelate kato, mmerit jugokla Abe nyo. Sakit weh kena gigit. Abah pun keluar suara jeritan ya bila kena gigit. 

Ada satu pagi tu kan saya sedang bersiap nak ke sekolah. Abah Muhammad pun mandi dan solat semua la. Anak anak belum bangun. Sekali saya buka pintu bilik nak intai la mungkin dah terbangun ke apa kan. Tengok tengok Abe dah sedar, tengah hisap jari sambil tangan satu lagi usap usap kepala Adik yang sedang tidur. I wanna cry!!! Itu pun satu nikmat juga kan. 

Tapi ada satu lagi cerita. Masa Abah Muhammad tak ada di rumah pergi cari buluh, Adik dan Abe tengah main di ruang tamu la sambil tengok tv. Adik tumpang sekaki main truck yang Abe main. Masa tu tak ingat Abe main apa. Sekali Abe tengok Adik main truck tu, dia ambil truck tu lepaskan atas kepala Adik. Allahu nak luruh jantungku. 

Begitu manis masam masin cerita cerita hari ini hihi. In shaa Allah Abe dan Adik belajar slowly sharing barang, main sama sama. Bergaduh pun, biarla bergaduh manja ya anak anak soleh Umi. Umi doakan anak anak Umi ni menjadi anak yang soleh, senang dijaga, memberi manfaat kepada orang lain dan yang baik baik saja untuk kalian berdua, Wildan dan Najhan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, October 29, 2025

MUHAMMAD NAJHAN: 10 MONTHS OLD

Assalamu'alaikum WBT. 

Hai semua! Hari ini Muhammad Najhan berumur 10 bulan sudah. Cepat kan? Ada beberapa ulasan la tentang anak soleh ini yang semakin lama semakin banyak ragamnya alhamdulillah. Kecoh je Umi nya nak mengulas haha. Rekod perkembangan dia juga ini kunun. 

Budak ini sekarang alhamdulillah ada menapak dalam 2 ke 3 tapak. Dah boleh berdiri lama sikit. Nampak dia gigih nak menapak tu. Rutin menggigit tu nampak makin slow dah. Mungkin tak gatal sangat dah dia punya gusi. 

Kebelakangan ni ada masa dia banyak merengek. Ibu pun ada cakap di taska dia banyak merengek. Nak kena dukung je kali. Lepas tu, di taska Najhan tak minum susu. Dia taknak. Mungkin ada cara lain Mama dan Nenek bagi susu. 

Di rumah memang saya bagi susu badan full la. Apa lagi ya. Haa Najhan dah pandai babai sambil sebut 'ba' 'ba'. Perkataan yang jelas sebutannya semestinya 'Abah'. Kadang bunyi 'ada' juga. Kalau kita sebut Abe, dia akan pandang Wildan. 

Alhamdulillah ala kulli hal. Cumanya Najhan belum pandai tidur sendiri. Mungkin sebab dia tak ada pelali. Kalau macam Abe, pelali nya dia punya ibu jari tangan kiri dan juga puting susu. Kalau Adik, pelali dia mungkin Umi kahkah. 

Anak anak Umi, Wildan dan Najhan, sihat sihat sokmo deh. Jadi anak yang baik, soleh, bijak deh. Ouu satu la, ada masa dia suka menggigit juga tapi mangsanya ialah Abe. Kena gigit di kaki la, paha la. Abe nya ralit tengok tv, tahu tahu kena gigit. 

Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan Happiest Birthday to Noa Catalina, Diana punya anak perempuan yang comel halus mulus cerdik sangat. Rasa macam baru saja si Diana bersalin, tup tup dah setahun ya umur anaknya. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, October 27, 2025

AHAD YANG TERANG BERSAMA WILDAN DAN NAJHAN

Mulakan pagi anda dengan memasak.

Spending time together.

Makan buah oren sambil tengok Upin Ipin.

Galok.

Abe tolong Umi vakum tepi jendela.

Assalamu'alaikum WBT. 

Hai semua! Jom kita throwback aktiviti kemarin di rumah pada hari Ahad bersama anak anak soleh lagi bijak ini. Bangun pagi macam biasa la. Umi masak nasi putih dan sayur kangkung masak ikan bilis dan goreng telur untuk anak anak soleh. Ayam tak sempat perap malam sebelum. 

Wildan dan Najhan siap makan, Abah mandikan. Abah pun pergi berjuang mencari buluh bersama Sir Fahmi untuk kegunaan perkhemahan induk sekolah yang bermula hari ini sehingga Jumaat. Maka, bermula la peperangan Umi dengan askar askar cilik yang bijak dan sihat ini. 

Abe nya dengan aktif betul memanjat, bermain lori dan sebagainya. Adik nya yang taknak duduk bawah nak kena dukung selalu. Kalau jauh dari dia menangis la jawabnya. Sempat lagi Umi pasang kusyen di carseat yang dicuci pada malam sebelum. 

Jam 12 tengah hari baru Abah balik. Umi pun masak menu sayur yang sama dan tambah ayam goreng! Petangnya pula mati karan, jadi kami keluar ke pekan minum air kelapa yeaaaa sedap dooh! Begitula secara ringkas nya hari kami kemarin. Bye semua! 

Eh lupala kami pergi makan di Uncle Bob pula. Makan di kedai. Abah beli ayam korea dan yang anak anak soleh makan ayam yang biasa yang takde perasa. Dulu saya suka juga la Uncle Bob ni tapi sekarang macam kurang. Mungkin terlalu kenyang dengan air nyor. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, October 26, 2025

SEDUTAN 25 OCT (WELL SPENT)

Abah breakfast burger! Sedap dooh fresh je rasa.

Suka tengok Abe berselera makan.

Sedapnya Umi! 

Abe siap mandi!

Adik pun dah mandi.

Abe panjat gano? Adik pun nak panjat juga.

Santai time!

Melawat sekolah Abah.

Melawat surau pula.

Abah meninjau keadaan.

Besarnya surau ni Umi.

Adik berenang ko tu dik kahkah.

Cuci kereta!!!

Hai assalamu'alaikum semua. 

Hari ini saya nak bercerita tentang kemarin punya aktiviti. Kenapa tak buat kemarin saja? Ia adalah disebabkan selama beberapa hari ini saya buat scheduled post, jadi hari ini baru takde apa apa post. Okay kembali kepada fitrah ya tuan puan. 

Saya rasa breakfast kami kemarin antara terawal sejak duduk di Sabah dan bukan hari sekolah. Kami makan jam 5.30 pagi lagi kahkah. Entah kenapa rajin betul daku ya. Untuk Abe Dailamie, saya buat burger ayam dua biji. 

Muhammad pula saya buatkan sup ayam makan dengan angel hair. Sedap! Puas hati tengok dia makan sampai hirup kuah lagi. Sambil tengok mereka makan, saya cuci baju juga. Dalam jam 6 lebih sikit, Adik pun bangun. Terus makan. 

Lepas siap makan, dua dua mandi, wangi segar dan pakai baju bersih! Santai sampai jam 9 lebih begitu, kami ke sekolah Abah sebab nak baiki tombol pintu bilik PAI. Rajinnya la ustaz sorang ni ya. Lepas tu pergi diy sekejap. 

Kembali lagi ke sekolah selepas pergi diy dan singgah di surau sekolah sebab Abah nak tengok persekitaran. Muka Abah tidak puas sebab ada sampah sarap, mungkin anjing kali. Jadi Abah suruh budak yang ada di surau tu untuk bersihkan. 

Lepas tu santai dalam surau sekejap. Dalam jam 1.30 pergi servay beli barang dapur. Alhamdulillah ceapt selesai sebab saya turun satu orang. Anak anak soleh tu Abah yang jagakan dalam kereta. Lepas tu balik!!! Dalam jam 4.30 keluar lagi basuh kereta. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, October 25, 2025

REVIEW DIRI SENDIRI

Assalamu'alaikum WBT. 

Berani ek nak review diri sendiri sekarang. Haha nda la. Okay hari ini saya ingin bercakap tentang segala pedagogi yang saya gunakan selama sepanjang tahun mengajar di sekolah ini. Maka nya lupa sudah aku maksud pedagogi. Hihi. Takpela jom kita memandai mandai hari ini. Secara simplenya, saya nak review tentang cara cara yang saya gunakan masa mengajar tahun ini. 

Tahun ini 2025, saya rasa macam lebih rajin, lebih produktif dan lebih kreatif dalam pengajaran berbanding tahun tahun sebelum ini. Itu yang saya rasa. Euw syok sendiri nya. Saya banyak buat soalan latihan sendiri (tanpa diminta kunun) mengikut level kelas yang saya ajar. Maksudnya kebanyakan soalan yang saya buat, tak sama untuk setiap kelas. 

Ada soalan yang simple, ada soalan yang susah. Cara pengajaran pun sama la, akan berbeza mengikut tahap kebolehfahaman murid itu sendiri. Buat lawak tu sentiasa ada, tinggal budak nak gelak atau tidak saja. Lawak sama, tapi penerimaan murid setiap kelas itu berbeza. Yang saya tengok, kelas 2 Intan/Permata jenis menerima lawak dan kelas 3 Intan/Permata jenis tak menerima lawak haha. 

Tapi sebagai seorang guru yang dah give up dengan perasaan sendiri, saya go on saja. Suka hati la nak gelak ke tidak kahkah. Saya juga banyak guna projector. Buat slide sendiri guna template yang diambil di Slidesgo. Untuk kelas seperti 2 Intan/Permata, saya amanahkan mereka untuk mengajar di depan guna slide sendiri mengikut kumpulan dan sediakan hadiah juga. 

Pembentangan guna kertas mahjong ada juga saya buat tapi macam di awal sesi saja. Kelas terlibat kebanyakannya semua la cuma macam kerap di kelas 3 Berlian. Kalau 2 Berlian saya tak nampak harapan setakat ini. Entahla. Saya cuma guna konsep Umi. Jangan sakit kepala. Nak belajar, belajar. Taknak belajar, sudah. Ignore saja. Tapi ada juga la masa mengamuk kahkah. 

1. Pembentangan murid menggunakan kertas mahjong
2. Pembentangan murid menggunakan Powerpoint
3. Latihan soalan mengikut kelas (IQ murid) menggunakan kertas
4. Tayangan cerita
5. Quizizz
6. Kuiz menggunakan template sendiri

Semoga tahun depan Nur Syahirah lebih rajin dan produktif daripada tahun ini dan menghasilkan lebih banyak produk baru kunun. Semoga saya menjadi lebih kreatif dan memikirkan lebih banyak cara menarik dalam PdP in shaa Allah. Doakan saya teman teman. Tahun depan mungkin saya akan ajar Tasawwur Islam pula. Entahla. Okay bye. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, October 24, 2025

ANOTHER MASTERPIECES OF 1 BERLIAN







Ini ialah antara latihan yang diberi kepada anak anak 1 Berlian. Kalau sekolah saya dulu ada kelas A, B dan C. Begitu juga di sini ada kelas Intan, Permata dan Berlian. Silibus memang dah habis lama dan sekarang saya banyak bagi dorang latihan begini. Selain boleh menghubungkan sel sel otak mereka, cara ini juga boleh mengisi masa terluang. 

Yang saya kagum dengan mereka ialah mereka sangat bagus dan ingin belajar. Tapi bukan semua la. 5 dari 9 orang sangat tinggi keinginan belajar mereka dan bercita cita untuk naik ke kelas Intan atau Permata tahun depan. In shaa Allah saya doakan cita cita mereka tercapai. Sebagai guru mereka, semestinya saya ingin yang terbaik untuk mereka. 

Syahirah, sedar! Ini bukan karangan Bahasa Melayu. Okay kembali kepada fitrah. Jadi, semoga Puteri, Hazriq, Hakimie, Shahrul, Ridaudin, Adiman, Azizah, Rahmat dan Azurulazam maju jaya dalam peperiksaan dan tenang dalam kehidupan. Apa apa yang kalian impikan, semoga menjadi kenyataan. Saya dah janji, siapa paling tinggi PAT akan dapat hadiah. 

Tapi untuk mereka, setiap kali kelas memang saya akan keluarkan modal daripada segi wang, alat tulis dan juga makanan supaya mereka lebih bersemangat. Sekali mereka bersemangat, 10 kali ganda semangat saya naik. Kalau dengan mereka, memang saya tak berkira la sebab mereka memang bagus. Harapnya yang baik baik saja untuk mereka. 

Satu lagi pasal dorang ni, belum lagi masuk masa PAI dah menyibuk dah mencari. Macam 10 minit sebelum begitu. Ini bukan humble bragging tau. Ini adalah kenyataan yang kadang pahit untuk ditelan sebab saya punya jadual full setiap hari. Lepas satu kelas, dah nak start kelas lain terus. Rasa penat. Kita perlukan juga 5 ke 10 minit untuk rehat sekejap sebelum berperang lagi dengan kelas selepas itu. 

Tapi apapun, saya suka la semangat dorang walaupun kadang geram juga kan. Ada juga masa yang saya tengah badmood, jadi rasa annoyed. Maafkan ustazah mu wahai anak anak muridku. Semoga tahun depan ada guru option PAI baru yang boleh mengurangkan sedikit masa mengajarku. Aduh sedih la pula rasa. Dahla tengah dengar lagi Siti Nurhaliza ni. 

Saya tak sempat nak bergambar dengan mereka. Kalau nak tahu rupa mereka macam mana, boleh tengok di blog gambar kelas. Ada mereka di sana, 1 Berlian. Sayangnya kelas mereka yang terakhir hanya 6 orang yang hadir. Ustazah doakan yang terbaik untuk kamu semua walaupun selalu sakat ustazah especially si Hazriq. 

Minggu depan dah exam. Kertas PAI hari Rabu 29 Oktober 2025. Semoga anak anak ini kekal bersemangat bahkan lebih lagi pada tahun tahun akan datang. Saya akan ingat moment ini untuk masa yang lama sebab jarang betul hati saya dekat dengan mana mana kelas. Tapi kelas ini, sifat keibuan saya lebih walaupun banyak juga saya marah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, October 23, 2025

WEEK 33

Percubaan untuk blogging setiap hari pada bulan ini TIDAK BERJAYA. Bila cuti, saya sedikit leka dengan keluarga dan kerja rumah. Tapi tak apa. Sesi persekolahan sudah dibuka dan sekarang banyak sekali perkara yang perlu diselesaikan. Mari saya listkan di bawah ini. 

Week 33: 
1. Klip kertas soalan PAT ✅ 24/10 (1.24 PM)
2. RPH ✅ 24/10 (9.56 AM)
3. Quotation PCG Panitia Pendidikan Islam ✅ 24/10 (12.30 PM)
4. PAJSK 
5. PBD ✅ 24/10 (7.42 AM)
6. Kehadiran di IDME ✅ 24/10 (1.55 PM)

Kertas exam siap!!! Thanks to Reina, Elysa and Adilla.

PBD siap!!!
Quotation siap!!! Tunggu kerani buka LPO lagi.

RPH siap!!!

Attendance siap!!!

Tuesday, October 21, 2025

BERJALAN-JALAN DI KUDAT!!!










Hai assalamu'alaikum semua. 

Hari ini Abah, Umi, Wildan dan Najhan berjalan jalan di Kudat. Kami bertolak dalam 9 pagi dan sampai dekat pukul 11. Perjalanan sebenarnya mengambil masa dalam 1 jam 25 minit saja tapi kami banyak berhenti di Pekan Sikuati mencari kedai fotostat. Memang tak expect bandar Kudat okay juga sebab perjalanan ke sana macam sunyi betul. 

Kami sampai sana, destinasi kami yang pertama ialah Pejabat Imigresen Kudat sebab nak selesaikan cop dokumen biru Abah, Abe dan Adik. Umi punya memang dah selesai tahun 2022 lagi masa baru sampai Sabah. Banyak la benda nak kena buat bila sampai pejabat. Kena pergi pekan balik sebab pejabat tu tak sediakan khidmat fotostat dan ambil gambar. 

Kami ke pekan buat apa yang patut. Ambil gambar passport Abah, Abe dan Adik, fotostat dokumen dan sebagainya. Umi tunggu dalam kereta saja. Abah ambil Abe dan Adik secara bergilir gilir untuk ambil gambar di kedai. Lepas tu pejabat suruh datang balik pukul 2 petang. Masa tu dalam 12.30 tengah hari. Jadi kami pergi la masjid untuk solat dahulu. 

Masjid yang kami singgah namanya Masjid As-Syakirin. Sunyi tak ada orang masa tu. Kami solat bergilir gilir. Adik dan Abe, Umi bawa jalan jalan dalam kawasan masjid sementara tunggu Abah solat. Suka sangat dengan cuacanya yang baik dan persekitaran bersih serta luas. Abe tolak Adik dalam stroller. Abah siap, Umi pula solat. 

Masjid tu cantik sangat dengan kebunnya yang luas lagi. Pokok kebanyakannya berbunga dan berbuah. Yang bagusnya dekat Kudat saya tengok, banyak sangat masjid. Church jarang sangat la. Setiap berapa kilometer mesti ada masjid atau surau. Banyak sekolah juga. Yang saya ingat SMK Sikuati, SMK Sikuati 2, SMK Matunggong, SMK Pekan dan banyak lagi sekolah rendah. 

Yang sedihnya kami tak sempat nak bersantai di Esplanade sebab hujan lebat sangat. Dekat situ ada tempat permainan budak budak dan tempat berjalan jalan di tepi laut. Macam di KK juga gaya dia. Bestnya kalau dapat jalan dekat situ. Luas dooh. Sesuai la dengan Wildan nak ke sana ke mari. Tapi tak apa la tiada rezeki kali ini. In shaa Allah lain kali kami datang lagi. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, October 18, 2025

HECTIC SATURDAY

Termenung kenyang makan kek coklat.

Sedapnya kek ni Umi!
Umi, bila Abe nak bangun ni?
Abah ada kem pengakap selama 3 hari di SMK Tandek. Hari ini hari cuti jadi kami menyibuk dengan Abah hihi. Terlalu lama dalam kereta sampaikan Abe tertidur. Sebelum tu Adik yang tidur. Adik bangun, Abe pula yang tidur. Begitula. Kalau ada rasa nak rest tu, kena hold dulu kahkah. 

Masa Abe tidur, Abah, Umi dan Adik keluar kereta sekejap pergi beli makanan di booth sebab lapar sangat. Lepas tu makan di taman sekolah tepi kereta je takut Abe tersedar nanti mencari cari. Lepas Abe bangun, Abe habiskan kek coklat yang Abah beli. 

Tengokla kecomotan Abe tu. Aduhai kereta pun comot sekali. Tapi takpela asalkan Abe bahagia dan gembira. Kereta boleh cuci balik. 

Kota Marudu, Sabah.