Friday, October 31, 2025

THEY WERE TELLING THE TRUTH

Assalamu'alaikum WBT. 

Hai semua. Hari ini saya terdetik nak tulis sesuatu yang dah lama saya dengar tapi tak sangka ia betul. I thought they were trying to be funny. Dulu kan setiap kali seminar, penceramah akan cakap doa banyak banyak supaya pemeriksa lembut hati bagi markah. Doakan supaya pemeriksa tak bergaduh dengan wife masa tanda kertas. Berdoa supaya pemeriksa tak bad mood masa tanda kertas. 

Tuan dan puan, ia nya sangat betul! Kalai daripada pengalaman saya la. Selama beberapa lama saya menanda kertas, saya akui emosi sangat memainkan peranan yang penting. Selain emosi, tahap kepenatan diri pun memainkan peranan semasa menanda. Bayangkan kita tanda kertas yang jawapan dia hampir sama tapi bila good mood kita boleh bagi markah, tapi bila sebaliknya kita tak bagi. 

Entahlah anda faham ke tidak, tapi itu la yang saya nak cakap hari ini hihi. Ada masanya part jawi kalau ada salah sikit sikit saya tutup mata la, betulkan dan bagi markah. Tapi jangan la time aku bad mood atau penat, saya kasi salah semua kahkah. Jadi betul la kata penceramah, kena doa banyak banyak agar pemeriksa kertas sentiasa good mood ketika memeriksa. Sekian. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment