Monday, October 27, 2025

AHAD YANG TERANG BERSAMA WILDAN DAN NAJHAN

Mulakan pagi anda dengan memasak.

Spending time together.

Makan buah oren sambil tengok Upin Ipin.

Galok.

Abe tolong Umi vakum tepi jendela.

Assalamu'alaikum WBT. 

Hai semua! Jom kita throwback aktiviti kemarin di rumah pada hari Ahad bersama anak anak soleh lagi bijak ini. Bangun pagi macam biasa la. Umi masak nasi putih dan sayur kangkung masak ikan bilis dan goreng telur untuk anak anak soleh. Ayam tak sempat perap malam sebelum. 

Wildan dan Najhan siap makan, Abah mandikan. Abah pun pergi berjuang mencari buluh bersama Sir Fahmi untuk kegunaan perkhemahan induk sekolah yang bermula hari ini sehingga Jumaat. Maka, bermula la peperangan Umi dengan askar askar cilik yang bijak dan sihat ini. 

Abe nya dengan aktif betul memanjat, bermain lori dan sebagainya. Adik nya yang taknak duduk bawah nak kena dukung selalu. Kalau jauh dari dia menangis la jawabnya. Sempat lagi Umi pasang kusyen di carseat yang dicuci pada malam sebelum. 

Jam 12 tengah hari baru Abah balik. Umi pun masak menu sayur yang sama dan tambah ayam goreng! Petangnya pula mati karan, jadi kami keluar ke pekan minum air kelapa yeaaaa sedap dooh! Begitula secara ringkas nya hari kami kemarin. Bye semua! 

Eh lupala kami pergi makan di Uncle Bob pula. Makan di kedai. Abah beli ayam korea dan yang anak anak soleh makan ayam yang biasa yang takde perasa. Dulu saya suka juga la Uncle Bob ni tapi sekarang macam kurang. Mungkin terlalu kenyang dengan air nyor. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment