Friday, October 24, 2025

ANOTHER MASTERPIECES OF 1 BERLIAN







Ini ialah antara latihan yang diberi kepada anak anak 1 Berlian. Kalau sekolah saya dulu ada kelas A, B dan C. Begitu juga di sini ada kelas Intan, Permata dan Berlian. Silibus memang dah habis lama dan sekarang saya banyak bagi dorang latihan begini. Selain boleh menghubungkan sel sel otak mereka, cara ini juga boleh mengisi masa terluang. 

Yang saya kagum dengan mereka ialah mereka sangat bagus dan ingin belajar. Tapi bukan semua la. 5 dari 9 orang sangat tinggi keinginan belajar mereka dan bercita cita untuk naik ke kelas Intan atau Permata tahun depan. In shaa Allah saya doakan cita cita mereka tercapai. Sebagai guru mereka, semestinya saya ingin yang terbaik untuk mereka. 

Syahirah, sedar! Ini bukan karangan Bahasa Melayu. Okay kembali kepada fitrah. Jadi, semoga Puteri, Hazriq, Hakimie, Shahrul, Ridaudin, Adiman, Azizah, Rahmat dan Azurulazam maju jaya dalam peperiksaan dan tenang dalam kehidupan. Apa apa yang kalian impikan, semoga menjadi kenyataan. Saya dah janji, siapa paling tinggi PAT akan dapat hadiah. 

Tapi untuk mereka, setiap kali kelas memang saya akan keluarkan modal daripada segi wang, alat tulis dan juga makanan supaya mereka lebih bersemangat. Sekali mereka bersemangat, 10 kali ganda semangat saya naik. Kalau dengan mereka, memang saya tak berkira la sebab mereka memang bagus. Harapnya yang baik baik saja untuk mereka. 

Satu lagi pasal dorang ni, belum lagi masuk masa PAI dah menyibuk dah mencari. Macam 10 minit sebelum begitu. Ini bukan humble bragging tau. Ini adalah kenyataan yang kadang pahit untuk ditelan sebab saya punya jadual full setiap hari. Lepas satu kelas, dah nak start kelas lain terus. Rasa penat. Kita perlukan juga 5 ke 10 minit untuk rehat sekejap sebelum berperang lagi dengan kelas selepas itu. 

Tapi apapun, saya suka la semangat dorang walaupun kadang geram juga kan. Ada juga masa yang saya tengah badmood, jadi rasa annoyed. Maafkan ustazah mu wahai anak anak muridku. Semoga tahun depan ada guru option PAI baru yang boleh mengurangkan sedikit masa mengajarku. Aduh sedih la pula rasa. Dahla tengah dengar lagi Siti Nurhaliza ni. 

Saya tak sempat nak bergambar dengan mereka. Kalau nak tahu rupa mereka macam mana, boleh tengok di blog gambar kelas. Ada mereka di sana, 1 Berlian. Sayangnya kelas mereka yang terakhir hanya 6 orang yang hadir. Ustazah doakan yang terbaik untuk kamu semua walaupun selalu sakat ustazah especially si Hazriq. 

Minggu depan dah exam. Kertas PAI hari Rabu 29 Oktober 2025. Semoga anak anak ini kekal bersemangat bahkan lebih lagi pada tahun tahun akan datang. Saya akan ingat moment ini untuk masa yang lama sebab jarang betul hati saya dekat dengan mana mana kelas. Tapi kelas ini, sifat keibuan saya lebih walaupun banyak juga saya marah. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment