| Pembentangan oleh kumpulan Naziha. |
Hai sahabat semua. Apa khabar? Hari ini daku ingin bercerita tentang budak kelas 2 Intan yang nampaknya ada harapan untuk menaikkan nama sekolah untuk SPM 2028 nanti in shaa Allah. Daku sudah puas mengajar di depan, jadi sampai jua masa untuk mereka pula mengajar. Saya bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan yang mana mengandungi 5 ke 6 orang per kumpulan.
Tajuk sudah siap diberikan dan mereka hendaklah menyediakan slide presentation ala ala gaya kita masa universiti dulu la kan. Rasa nya tidak juga salah la untuk mendedahkan mereka dengan cara ini awal awal lagi. Lagipun dorang ni bagus berlumba lumba nak dapat TP6. Cemerlang selalu ya anak anak muridku. Jadi minggu ini sudah kumpulan ke-4 yang membentang.
Alhamdulillah setakat ini sangat positif la performance mereka. Pada akhir presentation, dorang akan buat quiz secara lisan dan sesiapa yang jawab betul dorang bagi hadiah. Yang paling lawak kan, biasa la budak budak kan, soalan dorang yang paling bagi saya menggegarkan otak adalah, "Sebutkan hiasan yang kami gunakan pada slide pertama". Allahu luar kotak bangat ya soalannya.
Tapi takpela saya raikan saja la. Umur pun baru 14 tahun, takkan nak samakan dengan kematangan budak universiti yang 20-an kan. Semoga mereka mendapat manfaat la daripada cara begini. Kalau dah boring cara begini, kita cuba cari cara lain lagi la. Budak budak ni kan paling nak elak daripada kena tanya dengan Muqrim sebab soalan dia selalu kbat tahap 10 haha.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment