  | 
| Abah breakfast burger! Sedap dooh fresh je rasa. | 
Hari ini saya nak bercerita tentang kemarin punya aktiviti. Kenapa tak buat kemarin saja? Ia adalah disebabkan selama beberapa hari ini saya buat scheduled post, jadi hari ini baru takde apa apa post. Okay kembali kepada fitrah ya tuan puan. 
Saya rasa breakfast kami kemarin antara terawal sejak duduk di Sabah dan bukan hari sekolah. Kami makan jam 5.30 pagi lagi kahkah. Entah kenapa rajin betul daku ya. Untuk Abe Dailamie, saya buat burger ayam dua biji. 
Muhammad pula saya buatkan sup ayam makan dengan angel hair. Sedap! Puas hati tengok dia makan sampai hirup kuah lagi. Sambil tengok mereka makan, saya cuci baju juga. Dalam jam 6 lebih sikit, Adik pun bangun. Terus makan. 
Lepas siap makan, dua dua mandi, wangi segar dan pakai baju bersih! Santai sampai jam 9 lebih begitu, kami ke sekolah Abah sebab nak baiki tombol pintu bilik PAI. Rajinnya la ustaz sorang ni ya. Lepas tu pergi diy sekejap. 
Kembali lagi ke sekolah selepas pergi diy dan singgah di surau sekolah sebab Abah nak tengok persekitaran. Muka Abah tidak puas sebab ada sampah sarap, mungkin anjing kali. Jadi Abah suruh budak yang ada di surau tu untuk bersihkan. 
Lepas tu santai dalam surau sekejap. Dalam jam 1.30 pergi servay beli barang dapur. Alhamdulillah ceapt selesai sebab saya turun satu orang. Anak anak soleh tu Abah yang jagakan dalam kereta. Lepas tu balik!!! Dalam jam 4.30 keluar lagi basuh kereta. 
Kota Marudu, Sabah. 
 
No comments:
Post a Comment