Saturday, November 1, 2025

I AM NOBODY

Hari ini saya terasa hati dengan kata kata seseorang. Bukan sekali dua, berkali kali sudah. Tiada apa yang saya boleh buat selain pujuk diri sendiri dan biarkan ia berlalu. Lupakan? Selagi bernyawa, ada saja masalah akan timbul kan. Begitulah kehidupan. Tiada pilihan lain selain menerima. 

Tiada kata maaf. Tiada kata yang menenangkan hati. Tapi hati saya lembut. Esok mesti saya okay balik. Esok mesti saya lupa. Tajamnya kata kata seorang manusia buat saya terfikir balik akan kelemahan diri saya. Lemahnya saya. Banyaknya kekurangan saya. 

Saya yang salah kerana tidak matang. Saya yang salah kerana jauh dengan tuhan. Saya yang salah kerana kekurangan saya. Semuanya kerana kelemahan saya. Tiada salah daripada pihak lain. Hanya saya yang salah. Saya yang tidak pandai menjadi baik. 

Esok mesti saya menyesal sebab buat blog ini. Tapi ini diari saya. Saya tak ada tempat lain untuk mengadu. Tiada sesiapa pun yang ingin mendengar masalah orang lain. Tiada siapa kisah. Masing masing dengan hidup sendiri. Kerana itulah banyak aku memendam rasa. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment