| Umi, cari Adik! |
Love you too, Adik 💞 Syok sendiri nya Umi haha. Anak baik yang suka bertepek saja dengan Umi ni, walaupun tak dahaga tapi sentiasa secure puting dalam mulutnya. Entah apa yang dihisapnya. Jangan menggigit sudah la ya. Abe dengan Adik ni di fasa berebut barang. Apa yang Abe pegang, Adik nak juga. Apa yang Adik main, Abe nak juga. Aduhla. Si Abe kalau tak dapat, ditolaknya Adik. Si Adik, kalau tak dapat pula, menangis bagai nak keluar anak tekak.
Masalahnya kalau tak ada yang main, terbiar saja barang tu. Pantang tengok kena pegang, haa yang itu juga la dimaunya. Haiii anak anak soleh anak cerdik anak baik ini. Umi nak memasak pun nda aman ya. Tapi hati lagi risau kalau senyap. Haa ada la itu dorang punya projek. Ada satu kali tu Adik behave betul, tak ada bunyi dan Umi sedang masak. Umi rasa resah dah kenapa senyap betul, rupanya tengah mengunyah tisu 😭
Kalau Abe alhamdulillah dia selalu buat hal sendiri, pandai main sendiri tapi ada juga masanya diam seribu bahasa rupanya tengah cuba memanjat laci. Kita nya risau dia jatuh. Selain itu, kalau dia dah kenyang susu, mula la main main. Dia hisap susu, lepas itu dia ludah macam air terjun yang hidup segan mati tak mahu. Alahai anak anak bertuah haha. Selagi anak tak tidur, Umi seram sejuk memikirkan apa lagi projek dorang ni haha.
Ni tadi berebut penapis bekas ni. Si Abe nya dah pegang bekas lain buat masak masak. Tengok Adik main yang ini, dia pun mula la nak rebut. Umi pun selamatkan Adik dulu. Padahal Umi tengah masak. Jadi, Abah layan Abe. Umi rehat sekejap tak memasak dulu la. Dah reda sikit, Abah ambil alih balik dan Umi sambung masak. Begitula kira kira rutin kami hari ini. Sebenarnya begitula rutin setiap hari lepas balik dari sekolah. Penat tapi in shaa Allah berbaloi.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment