| Day 1. |
Assalamu'alaikum WBT.
Saya sekarang di sekolah. Minggu ini penggiliran tingkatan 3 dan 4 ke sekolah tapi mereka ada sukan start minggu ini. Pelajar SPM hari ini ada Ujian Amali Sains. Abah Muhammad jadi pengawas UAS di SMA Goshen. Semoga dipermudah semuanya.
Saya dan Abah Muhammad kan, kami ada dua cabaran besar iaitu mengajar Adik duduk dalam carseatnya dalam keadaan tenang seperti Abe, dan mengajar dia duduk di belakang, bukan lagi di depan. First day training, fuh mencabar betul. Menangis la dia tapi kami pujuk begitu saja la, tak angkat pun.
Hari kedua iaitu hari ini alhamdulillah nampak makin tenang tapi tak tahu la kalau saya memandu sendirian macam mana nanti. Abe macam biasa la dia steady dan berpengalaman. Dari kecil Abe dah berdikari dengan jayanya alhamdulillah. Adik ni macam mana kahkah.
Hari ini ulang tahun hari lahir Nurul Atiqah kawan maahad saya yang ke-28. Happy birthday Tiqah. Semoga yang baik baik saja untuk awok. Lama dah kita tak jumpa. In shaa Allah ada rezeki kita jumpa ya. Kejap, ke Kak Yeen yang birthday harini eh? Haha confuse dah saya.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment