 |
| Let's go! |
Hari ini saya goreng tongkeng ayam dan masak sayur manis + labu masak lemak. Sedap! Ini first time saya buat dan alhamdulillah laku keras. Menambah nasi dan kena masak baru hiks. Najhan pun berselera makan. Wildan macam biasa nda mau nasi. Saya gorengkan dia telur tapi selit dalam nasi. At least dapat juga la karbo sebutir dua butir.
Najhan dah mula conquer Wildan punya basikal. Itupun masa Abe dia mandi. Tempat masak pun dia yang kuasai sekarang kahkah. Abe pergi memantau kejap kejap ja. Alhamdulillah ala kulli hal. In shaa Allah nanti pandai la dua ketul ni main sendiri ya. Gambar kedua terakhir tu jadi baby pula dia. Begitula rutin hariannya haha.
Sekarang banyak dedahkan dorang dengan huruf hijaiyyah ni. Setakat ni Wildan boleh sebut huruf 'ta' dengan 'kho'. In shaa Allah makin improve dan fasih tidak lama lagi. Okayla sampai di sini saja coretan untuk hari ini. Happy selalu ya guys. Be positive.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment