Friday, November 28, 2025

MAJLIS RESTU ILMU SPM 2025

All the best guys!

Bakal-bakal pemimpin negara.

Anak-anak form 5 bersama ibu bapa.

Negaraku...

Guru-guru bersama ibu bapa pelajar.

PRS function di bawah bimbingan Cikgu Hirawati.

Aaaa so sweet.

Cikgu Jusip dan anaknya Jayven.

Cikgu Norlin bersama anaknya Noah.

Assalamu'alaikum WBT. 

Majlis ini telah diadakan pada Jumaat lalu, 21/11/2025. Namun baru ada masa luangku untuk update. Saya tidak join pun majlis ini kerana guel tidak ajar mereka tahun ini. Jadi buat apalah saya ikut serta kan. 

Sejujurnya rasa sayu di hati ini kerana mereka adalah murid pertama saya ketika baru saya posting di sekolah ini. Mereka berada di tingkatan 2 ketika itu. Bayangkan betapa cepat masa berlalu. Mereka sekarang ambil SPM sudah. 

Saya pernah menjadi guru kelas mereka pada tahun 2022 (2 Permata) dan 2023 (3 Permata). Banyak juga kenangan kami bersama sebab saya agak rapat dengan mereka lebih lebih lagi pelajar Muslim la. Tapi kebanyakannya lelaki. Kenapa ek?

Tapi bila dorang naik ke tingkatan 4 dan 5, hubungan kami makin renggang sebab saya tidak ajar mereka. Namun mereka tetap mengingati saya. Selalu juga dorang ke meja saya borak itu ini. Paling saya ingat ialah Aliff dan Firdaus la. 

Saya menyaksikan budak budak ini daripada pendek kepada tinggi dari guel, suara belum pecah kepada bunyi berkahak macam sekarang, muka bbolok kepada glow up dan sebagainya la. Sedih kan. Kalau anda jadi saya, sedih tak? 

Semoga anak anak ini cemerlang dalam peperiksaan, berjaya dalam kehidupan dan mencapai segala impian yang diinginkan. Jadi la insan yang berbakti kepada ummah. Jangan lupa diri. Pandai la jaga diri supaya tidak leka. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment