| Behave nya anak-anak Umi. |
Sunday, November 30, 2025
Saturday, November 29, 2025
MUHAMMAD NAJHAN: 11 MONTHS OLD
Assalamu'alaikum WBT.
Today, this cheeky little boy turns 11 months. Haiyaaa cepatnya masa berlalu. Najhan menapak di Sabah seawal umur 1 bulan lebih. Masa tu barely buka mata saja. Sekarang alhamdulillah berjalan sudah dia. Semua benda yang sebelum ini milik Abe, sekarang dia punya turn untuk conquer kahkah. Adik sihat dan aktif ya. Walaupun Umi penat nak kejar awak, tapi takpe, in shaa Allah kepenatan Umi berbaloi. Hiks.
Najhan start berjalan masa umur dia 10 bulan tapi masa tu masih slow la. Sekarang haiya haiya nak kejar Abe dah alhamdulillah. Senang sikit sebenarnya sebab bila dia dah start berjalan, dia banyak main sendiri. Cuma kalau dia pergi capai benda yang tak perlu, hmm geram!
Kota Marudu, Sabah.
Friday, November 28, 2025
MAJLIS RESTU ILMU SPM 2025
| All the best guys! |
| Bakal-bakal pemimpin negara. |
| Anak-anak form 5 bersama ibu bapa. |
| Negaraku... |
| Guru-guru bersama ibu bapa pelajar. |
| PRS function di bawah bimbingan Cikgu Hirawati. |
| Aaaa so sweet. |
| Cikgu Jusip dan anaknya Jayven. |
| Cikgu Norlin bersama anaknya Noah. |
Assalamu'alaikum WBT.
Majlis ini telah diadakan pada Jumaat lalu, 21/11/2025. Namun baru ada masa luangku untuk update. Saya tidak join pun majlis ini kerana guel tidak ajar mereka tahun ini. Jadi buat apalah saya ikut serta kan.
Sejujurnya rasa sayu di hati ini kerana mereka adalah murid pertama saya ketika baru saya posting di sekolah ini. Mereka berada di tingkatan 2 ketika itu. Bayangkan betapa cepat masa berlalu. Mereka sekarang ambil SPM sudah.
Saya pernah menjadi guru kelas mereka pada tahun 2022 (2 Permata) dan 2023 (3 Permata). Banyak juga kenangan kami bersama sebab saya agak rapat dengan mereka lebih lebih lagi pelajar Muslim la. Tapi kebanyakannya lelaki. Kenapa ek?
Tapi bila dorang naik ke tingkatan 4 dan 5, hubungan kami makin renggang sebab saya tidak ajar mereka. Namun mereka tetap mengingati saya. Selalu juga dorang ke meja saya borak itu ini. Paling saya ingat ialah Aliff dan Firdaus la.
Saya menyaksikan budak budak ini daripada pendek kepada tinggi dari guel, suara belum pecah kepada bunyi berkahak macam sekarang, muka bbolok kepada glow up dan sebagainya la. Sedih kan. Kalau anda jadi saya, sedih tak?
Semoga anak anak ini cemerlang dalam peperiksaan, berjaya dalam kehidupan dan mencapai segala impian yang diinginkan. Jadi la insan yang berbakti kepada ummah. Jangan lupa diri. Pandai la jaga diri supaya tidak leka.
Kota Marudu, Sabah.
Wednesday, November 26, 2025
HAPPY 36TH ANNIVERSARY ABAH & UMI ✨
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-36 Abah dan Umi ku yang tercinta. Semoga mahligai yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga dalam kebahagiaan. Semoga dipermudah urusan haji Abah dan Umi. Semoga Abah dan Umi sentiasa dalam kesihatan terbaik dan di bawah lindungan dan rahmat Allah sentiasa.
Semoga dipermudah urusan Abah, Umi dan keluarga menghadapi musim banjir. Semoga semuanya baik baik saja. Terima kasih Abah dan Umi sentiasa menjadi idola dan contoh dalam setiap aspek kehidupan anakmu ini. Semoga Allah panjangkan umur Abah dan Umi dalam kebaikan.
Tahun lepas pun anniversary Abah dan Umi dalam banjir, sehari sebelum kami ke PPS Al-Amin. Segalanya menjadi kenangan terindahku. Rindu mengenangkan memori indah bersama dalam banjir. Love you Abah dan Umi. 💓
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, November 25, 2025
Sunday, November 23, 2025
Saturday, November 22, 2025
Thursday, November 20, 2025
MY ASSISTANTS ✌🏼
| Sudohla boleh so sore gak. |
Haloh la dua anak soleh ni kalu Umi sibuk, dio pun sibuk jugokla. Kalu Umi masuk bilik, sibuk jugokla nok masuk bilik. Tok tahu nok suko ko nok maroh. Kalu time letih, nok maroh jugokla. Tapi tula hok Umi doa dulunyo sebab dulu Abe tokse mano nga Umi kahkah. Tapi loni nok dooh pulok haha. Geram la weh dengan budak budak masam ni.
Umi ni keno tunggu Wildan dan Najhan tido dulu baru buleh sapu nga mop. Kalu tidok gak gini la. So lagi bahaya la licin kalu fokdio dok main maso Umi mop. Pahtu ddebu lagi. Semoga anak anak soleh Umi membesar dengan menjadi anak anak yang ringan tulang in shaa Allah.
Kota Marudu, Sabah.
Monday, November 17, 2025
TRAINING ADIK DUDUK DI CARSEAT BELAKANG
| Day 1. |
Assalamu'alaikum WBT.
Saya sekarang di sekolah. Minggu ini penggiliran tingkatan 3 dan 4 ke sekolah tapi mereka ada sukan start minggu ini. Pelajar SPM hari ini ada Ujian Amali Sains. Abah Muhammad jadi pengawas UAS di SMA Goshen. Semoga dipermudah semuanya.
Saya dan Abah Muhammad kan, kami ada dua cabaran besar iaitu mengajar Adik duduk dalam carseatnya dalam keadaan tenang seperti Abe, dan mengajar dia duduk di belakang, bukan lagi di depan. First day training, fuh mencabar betul. Menangis la dia tapi kami pujuk begitu saja la, tak angkat pun.
Hari kedua iaitu hari ini alhamdulillah nampak makin tenang tapi tak tahu la kalau saya memandu sendirian macam mana nanti. Abe macam biasa la dia steady dan berpengalaman. Dari kecil Abe dah berdikari dengan jayanya alhamdulillah. Adik ni macam mana kahkah.
Hari ini ulang tahun hari lahir Nurul Atiqah kawan maahad saya yang ke-28. Happy birthday Tiqah. Semoga yang baik baik saja untuk awok. Lama dah kita tak jumpa. In shaa Allah ada rezeki kita jumpa ya. Kejap, ke Kak Yeen yang birthday harini eh? Haha confuse dah saya.
Kota Marudu, Sabah.
Subscribe to:
Comments (Atom)