Wednesday, January 28, 2026

GET WELL SOON NAJHAN



Hari yang saya tulis blog ini adalah 13 Februari 2026. Gambar di atas merupakan gambar yang diambil pada 28 Januari 2026 di mana kami membawa Muhammad Najhan ke Klinik Kesihatan Tandek disebabkan demam, selesema dan batuk. Yang paling dirisaukan adalah dia punya nafas macam pelik sikit. Bila kena check, doktor bagitahu normal saja nafasnya begitu. Tapi kena pantau juga. Ubat yang diberi hanyalah ubat demam. 

Dua hari selepas itu, nampak macam tidak kebah. Batuk selesema juga masih sama. Nafasnya juga pelik. Dadanya berlekuk. Banyak video di Tiktok yang saya tengok. Nafasnya merisaukan saya. Kami bawa Najhan ke Klinik Dr. Lee. Sama juga diberitahu bahawa nafasnya normal, mungkin juga disebabkan oleh selesemanya. Ubat batuk selesema dan antibiotik diberi. Hari Jumaat dihantar ke taska seperti biasa.

Niat ingin berlama di sekolah untuk menyiapkan rph dan kerja kerja lain pada hari Jumaat terbantut apabila Ibu Ari mesej memberitahu bahawa dia risau dengan keadaan Najhan. Bunyi dan cara pernafasannya sangat pelik. Dadanya berlekuk semakin dalam. Terus saya merasakan seperti diri ini terapung. Tangan sejuk dan dada berdebar debar. Saya terus tutup laptop dan pergi ke taska. Sampai saja, rasa mahu menangis sebab sangat risau.

Saya bawa Najhan ke unit kecemasan Hospital Lotong bersama Abahnya. Menunggu di meja pendaftaran sangatlah lama dan belum juga dipanggil. Kami mengambil keputusan untuk bawa Najhan ke klinik swasta iaitu MediBear. Masuk saja ke dalam bilik doktor, doktor cek dada Najhan, doktor terdiam sekejap dan disuruh neb sekejap. Kahaknya sudah menebal. Selepas hampir 20 minit, kami berjumpa balik dengan doktor. 

Doktor mengesyaki paru paru Najhan dijangkiti kuman. Doktor mengambil keputusan untuk membuat x-ray. Hasilnya seperti yang doktor jangka, Najhan sudah dijangkiti kuman pada paru parunya atau dalam bahasa saintifik dipanggil pneumonia. Rasa gelap sekejap mataku kerana perkara itulah yang sentiasa ditakuti oleh ibu ibu yang saya tengok di Tiktok. Paru parunya bahagian bawah berputih sudah. Najhan dibagi ubat antibiotik paling tinggi dos.

Dua jenis antibiotik diberi beserta ubat pecah kahak, selesema, batuk dan multivitamin. Risau lagi sebab tahu yang Najhan susah betul makan ubat. Seminggu saya tidak ke sekolah menjaga Najhan di rumah. Muhammad Wildan pun Allah uji dengan demam, batuk dan selesema. Sudahnya saya menjaga dua dua di rumah. Abah Muhammad mengambil cuti dua hari. Selepas dua kali check up, Najhan diberi suntikan influenza. Alhamdulillah ala kulli hal. 

Tidak mudah perjalanan ini. Bukan saja penat fizikal, tapi juga mental kerana sentiasa berfikiran negatif. Hanya Allah yang tahu betapa kusutnya fikiran saya. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang diberi. Semoga Allah permudah urusan kita semua. Semoga semuanya sentiasa dalam kesihatan yang terbaik. Saya tulis di sini sebagai kenangan. Bukan mengeluh. Sekarang pun pandai lupa sudah itu ini. Belum lagi masuk 30. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, January 26, 2026

1 INTAN/PERMATA/BERLIAN


Assalamu'alaikum WBT.

17 + 24 +14 = 55. Ini adalah bilangan murid tingkatan 1 yang saya ajar sekali gus pada tahun ini. Mereka ini berada dalam satu kelas. Tapi hari ini tidak sampai 55. Itupun tidak dapat ku bayangkan sampai nak terkeluar anak tekak mengajar. Susahnya nak suruh mereka diam. 

Tapi kalau difikirkan balik, apa yang kamu expect daripada budak yang baru lepas darjah 6. Okay sekarang saya sedikit tenang. Tadi pagi saya sediakan slide tajuk 11 bidang hadis. Tinggal mereka present saja. Satu orang satu slide dan dapat ganjaran. 

Lepas habis sesi mereka mengajar, ada lagi kuiz dan itu pun saya sediakan hadiah juga iaitu gula gula. Siapa yang kumpul gula gula paling banyak akan dapat pilih hadiah antara pembaris, pemadam, correction tape dan botol air. 

Yang menang tadi adalah Fariyatul adik si Al Fiqry. Abang dia pun perform juga. Adiknya nampak pendiam tapi perform. Berani menyuarakan pendapat dan banyak menjawab soalan juga. Itu yang kita mahu. Hadiah yang dia pilih tadi ialah botol air. 

Sabar je la aku dengan budak budak ni tak pandai diam. Kalau suruh diam pun tak sampai 30 saat berbunyi balik macam dekat tamu. Okayla sampai di sini dulu luahanku untuk hari ini kahkah. Tapi best mengajar dorang. Part bising tu je yang tak tahan mana. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, January 25, 2026

AKTIVITI AHAD 25/01/26

Adik tak sabar nak naik motor.
Sampai tepi tasik.
Mengunyah pasir.
Apa tu Umi?
Mengutip lagi.
Sukanya dia.
Umi detected.
Abe main batu, Adik mengunyah.
Gigihnya nok boleh ko ambik gambar ni.
Tiba tiba di Eco Shop.
Tiba tiba balik rumah dan mandi dah.
Malam sudah.