Sunday, March 29, 2020

Kenangan SPM 2014

Sekejap saja masa berlalu kan, saya menduduki SPM tahun 2014 dan sekarang dah 2019 dan hampir masuk 2020 dalam sejam lebih lagi. Lima subjek terawal saya belajar sendiri di rumah, tapi disebabkan saya terlalu malas, dan Umi risau, jadi Umi saya minta Sabrina kawan saya tidur di rumah saya dan study dengan saya, dan Umi saya layan dia macam anak sendiri, bagi makan banyak banyak lagi lagi nasi air sebab Sabrina suka sangat nasi air Umi.

Kemalasan saya dulu hanya Allah yang tahu. Kesian Umi saya kena layan kemalasan saya. Saya selalu buat Umi marah sebab saya selalu main main dan jarang belajar walaupun dah dekat exam. Saya punya trial tak banyak A pun, tak lebih 2A pun kalau tak silap saya. Saya paling lemah subjek Mathematics dan saya memang tak minat pun. Pergi tuisyen Cikgu Husin pun sekejap saja.

Saya ingat lagi saya menangis hari sebelum trial PSI sebab saya tak study langsung dan saya takut kecewakan Umi Abah saya. Jadi saya menangis sambil baca. Kakak saya rekod video masa tu, ada lagi sampai sekarang. Jadi berbalik kepada cerita Sabrina tadi, kami tidur di ruang tamu, selesa sangat sebab luas dan ada privacy juga (tutup dengan langsir), dengan meja Jepun nya. Rindu!

Saya selalu rasa tak lepas bernafas masa akhir tahun dekat spm, mungkin sebab saya tak tidur malam, itu first time saya berjaga malam. Saya juga minum banyak coffee sampaikan dah muak sekarang dan saya tak boleh minum langsung coffee sekarang, kalau tidak mesti pening dan terus jadi tak sihat.

Saya study dengan Sabrina sebanyak lima subjek, start dengan Bahasa Arab rasanya, sampailah last subjek Ekonomi Asas, alhamdulillah kami sama sama dapat result yang memuaskan. Saya rindu sangat masa kami tidur bersama, study bersama, selalu dengar lagu korea, dan siap rekod nyanyi lagi. Haha. Sabrina yang memperkenalkan lagu korea kepada saya. Kalau saya dengar lagu tu sekarang, automatik ingat dia, keadaan masa tu, dan bau ruang tamu.

Masa SMU pun saya study dengan dia juga, tapi dia selalu laju menghafal. Saya lambat sikit jadi rasa ketinggalan sikit lah. Sabrina banyak juga tolong saya dalam pelajaran, kita sama sama menolong satu sama lain lah. Selalu balik sekolah lambat, dalam pukul 6 petang sebab 'study' sekali. Kadang kadang terlanjur buat benda lain juga. Lepas tu selalu pergi makan di kedai Aida Sufi depan sekolah dan minum air mesin, best sangat.

Ada sekali tu, lepas habis masa sekolah dalam pukul 3, saya dengan Sabrina try buat karangan bahasa arab. Kebetulan masa tu Ustaz Talib dan Ustaz Ramli lalu, dan mereka puji kami sebab rajin dan gigih buat karangan, dan mereka kata, "Best student ni," sambil bagi thumbs up. Hihi sekali sekala dapat pujian memang membakar semangat.

Kelas tambahan malam, dengan hujan lebatnya tapi still pergi sebab dah last minute nak exam. Abah saya hantar dan bila dah nak habis kelas, Abah saya dah tunggu depan bangunan sekolah. Hihi. Maklumlah dah malam kan, mesti risaukan anak dara ini. Hihi. Abah saya balik masjid terus tunggu saya habis kelas. Ingat lagi Cikgu Aziz bagi motivasi masa last kelas tambahan malam, dengan muzik Kiss The Rain nya, haha. Mula mula lawak tapi lepas tu jadi serious, sampai menangis. Sayalah yang menangis tu, hihi.

Masa tahu 2013, masa kami SMU, masa itulah nak buat bangunan baru, betul betul tepi bangunan kami. Ingat lagi kami selalu duduk tepi beranda dan tengok dia korek tanah dan buat semua bendalah. Kami saksikan semuanya. Lepas tu Ustaz Asri lalu dan cakap, "Daratnyolah, tok pernah tengok keto galo ko?". Haha lawaklah. Dan kami jawab exam sambil dengar orang buat bangunan tu. Nostalgik sangat. Tapi still ramai yang dapat keputusan cemerlang. Haa jadi semua itu bukan alasan ya. Hihi.

Itu adalah antara kenangan zaman remaja yang tak mungkin saya lupa. Banyak lagi kenangan lain, tapi cukuplah sampai disini saja dulu. Saya tak tahu apa keberadaan Sabrina sekarang. Saya tahu dia belajar di KIAS dan nak habis dah pun, tapi saya dah lama tak mesej dia dan dia pun tak mesej saya. Saya boleh saja tengok dia punya status Whatsapp.

Sekarang semua dah besar, dah ada haluan masing masing. Ramai kawan saya kelas 5A yang dah habis belajar. Semoga dipermudahkan urusan mereka dalam apa jua yang mereka lakukan. Saya dah lama tak jumpa diorang, dari lepas habis spm lah. Tapi saya harapkan yang baik baik saja. Saya sentiasa ingat muka dan nama diorang. Tiba tiba rasa nak nangis teringat dulu dulu.

P/S: Apa apa pun, kita kena manfaatkan masa kita sebaiknya supaya kita tidak menyesal di kemudian hari ya. Saya rindu kawan kawan sekolah saya. Sekian terima kasih. Selamat malam semua, selamat tahun baru dan selamat mejadi semakin tua. Hehe. Bye!

Throwback December 31 2019

P/S: Kita throwback gambar masa form 5 sikit. Hihi.




Bersama Rajni dan Sabrina.



Tak sangka kami dapat masuk universiti sama.



Gambar kenangan bersama ustaz kesayangan, Ustaz Nik Abdul Aziz pada hari persaraan beliau.

Kucing Kesayanganku


Nama saya Puteh.


Nama saya Tiger.

P/S: Sila duduk diam diam di rumah. Jangan keluar jalan jalan sesuka hati. Tolong beri kerjasama. Sampai bila nak jadi rakyat yang degil? 

An Amazing Week

It has been a while since I posted my last post, if I'm not mistaken it was a week ago. It has been a wonderful week, alhamdulillah. 

I'm so grateful with what I have been through all this time. This COVID-19 holiday means a lot for me.

I got to spend a lot of time with my family members, helping them doing some stuffs, playing with my siblings, chitchatting with them, reciting Quran together and many more.

Basically, I'm enjoying this 'holiday'. It has been 11 days since it started. This is a test for us, weak human beings, the slaves of Allah. Be patient and grateful. Be positive. 

May Allah facilitate all things. Aamiin ya Rabb. 

Monday, March 23, 2020

Melancong ke Sarawak

Haa beruntunglah dua ketul adik adikku yang comel serta tinggi itu, boleh pergi jalan jalan ya. Sarawak pula tu. Hari tu pergi Sabah, pergi Bangkok, balik Pahang, semuanya tanpa kakak mu ini ya. Tapi baguslah, sekurang kurangnya Abah dan Umi boleh rehat minda dan tak fikirkan kerja buat sementara waktu. Tapi balik saja dari Sarawak, terus ada mesyuarat itu ini dekat sekolah. Semoga dipermudahkan segala urusan Abah dan Umi dan seluruh ahli keluargaku yang lain. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Suka tengok mereka gembira. Hihi. Alhamdulillah dipermudahkan urusan mereka melancong ke Sarawak. Siap jumpa keluarga Umi yang sebelum ni tak pernah jumpa pun. Rezeki lah boleh jumpa sanak saudara. Dan Umi kata keluarga dekat sana baik sangat walaupun sebelum ni tak pernah bertemu mata pun. Rasanya mereka jumpa dalam dua keluarga kalau tak silap. Tengok adik adikku dalam gambar, amboi gembira sangat tu boleh jalan jalan. Yalah boleh jadi reward juga lah untuk diorang. Sorang baru habis SPM yang memang satu peperiksaan yang berat dan besar, sorang lagi dapat result cemerlang dalam UPSR baru baru ni. Berbaloilah bawa diorang, haha. Tak apa, adik adik saya semua baik baik dan behave belaka.

Banyak juga tempat mereka pergi, dah macam oversea saya tengok. Tempat wajib kalau melancong ke mana mana adalah zoo. Suka sangat tengok haiwan ya. Haha. Kalau pilihan Abah dan Umi saya, tak lain tak bukan botanical garden atau apa apa sahaja yang berkaitan dengan pokok. Memang suka nature sangat mereka ni. Alhamdulillah. Haha. Lagi lagi adik perempuan saya yang selalu go green tu, save environmentlah. Kalau tak faham tak apa, itu bahasa rahsia kami. Hihi.

Mereka dah balik semula ke Kelantan hari ini setelah hampir enam hari bercuti di sana. Esok rasanya Abah dan Umi terus ada mesyuarat. Ada pros dan cons sebenarnya jadi cikgu ni, cuma lebih pada kebaikan lah, alhamdulillah. Jadi cikgu bukan mengajar saja tahu, banyak lagi benda lain kena buat. Memang kena multitask lah, jadi kalau tak kuat jangan jadi cikgu. Tapi saya tahu, Abah dan Umi saya sentiasa kuat dan amanah dalam menjalankan tugas masing masing. Saya harap saya dapat mencontohi mereka bila saya jadi guru suatu hari nanti. In shaa Allah. Jadi kena ingat being a teacher is not easy. Tapi tanggapan orang terhadap guru sangat rendah. Even kawan sekolah saya sendiri rasa macam itu. Dia tak tahu segala pengorbanan guru dan apa yang telah mereka korbankan semata mata untuk menjalankan tugas. Saya anak cikgu saya tahulah. Emo pula tiba tiba kan.

Apa apa pun, hidup perlu diteruskan. Gembira pun gembiralah tapi sebagai manusia, kita sentiasa ada tanggunggjawab yang perlu kita bawa tak kiralah dalam apa jua benda yang kita buat, apa jua pekerjaan kita sama ada kita pelajar, cikgu, doktor, tukang sapu, chef, polis, menteri, pensyarah, engineer dan sebagainya. Harap dapat lah point saya ya. Always be modest and moderate. Bye!

P/S: Perut saya memanggil manggil minta diisi. Tak tipu, berkeroncong dari tadi. Tak daya saya nak dengar saja. Jadi marilah kita isinya dengan roti gardenia choco raisin. Baru beli petang tadi. Selamat malam semua, assalamu'alaikum.

Throwback December 21 2019

Tuesday, March 17, 2020

My First Interview Experience

3 Ogos 2017, satu tarikh yang tak mungkin dapat aku lupakan dalam hidupku. Hari yang sangat dinanti nantikan kerana sudah lama aku mengimpikan untuk menyertai Kuliah Pendidikan (Kulliyyah of Education) dan menjadi sebahagian daripadanya kerana cita citaku dari dulu dan juga harapan ibu bapaku untuk aku menjadi seorang guru atau lebih tepat lagi, seorang pendidik. Jadi pada tarikh tersebut, aku di-interview oleh dua orang ustaz yang hebat dan sekarang adalah pensyarahku, Dr. Sabri Sahrir dan Dr. Fouad Rawash.

Dari segi persiapan untuk hadapi interview, saya banyak revise nahu dari segi irab terutamanya sebab dengar pengalaman senior terdahulu yang di-interview, interviewer banyak uji pengetahuan mereka dalam skill bahasa Arab (sebab major saya adalah bahasa Arab). Susahnya perjalanan saya untuk dapat interview tu sukar untuk diungkapkan. Masa isi form sebelum masuk degree, masa tu cuti lepas habis asasi, saya terpaksa pilih Arabic for Communication (Kulliyyah of Language and Management) sebab dia tak bagi pilihan untuk first option. Teaching Arabic as a Second Language (Kulliyyah of Education) jadi option kedua. Bila keluar tawaran untuk masuk degree, saya ditawarkan untuk sambung belajar dalam first option tadi. Sedih yang teramat sangat, dan saya boleh nampak kekecewaan parents saya pada riak wajah mereka walaupun mereka cuba untuk tak tunjuk, sebab dulu ayah saya pernah apply maktab perguruan untuk saya, tapi gagal. First interview lagi dah gagal, rasa lawak pun ada bila fikir balik. Saya tak lepas ujian kecergasan. Siap beli baju dan seluar baru lagi untuk ujian tu. Mungkin itu lah takdir saya kan. Banyak lagi benda baik menanti in shaa Allah.

Okay sambung cerita. Saya terpaksa terima dulu first choice tu dan masuk degree. Dan macam saya expect, performance saya dalam course tu tak berapa cemerlang disebabkan oleh tiada minat, kemalasan dan juga masalah dengan lecturer yang biased. Peritnya ya Allah nak habiskan satu semester tu. Masa tengah tengah semester tu AMAD ada buka tawaran untuk tukar course, apa lagi saya dengan sorang kawan yang nasib macam saya jugak tu, cepat cepat isi form untuk tukar course. Habis semester tu, saya cuti tiga bulan masa short semester, dan dipanggil untuk interview alhamdulillah. Masa dapat panggilan dari office kulliyyah tu, saya sorang sorang dekat rumah sebab semua yang lain berada di sekolah, parents dan adik adik. Perasaan masa tu memang sangat gembira dan terkejut sebab dapat interview. Bila parents dan keluarga tahu, mereka memang suka sangatlah. Alhamdulillah.

2 Ogos 2019 saya bertolak ke universiti sorang sorang disebabkan oleh sebab sebab tertentu. Masa tu tengah short semester jadi saya tumpang bilik kawan saya di Mahallah Asma'. Pagi esoknya, saya hadir interview tu. Interview hari tu special untuk pelajar yang tukar course, kebanyakannya memang umur samalah. Ada muka yang familiar, ada jugak yang tak pernah tengok pun. Ingat lagi, masa nak sign attendance tu, ada sorang student yang interview sekali pinjam pen saya, mungkin dia dah tak ingat dah, dan sekarang kami satu kelas. Motif?

Punya hafal irab nahu, soalan yang ditanya antaranya kenapa nak tukar course, describe Siti Nurhaliza dalam bahasa Melayu. Lawaknya lah masa tu, gelabah betul sebab tiba tiba kena cakap Melayu pulak, kita ni dah bersedia nak cakap Arab walaupun gagap gagap, dan ustaz yang suruh tu pulak dari negara Arab. Saja je nak kenakan orang ya Dr. Fouad. Saya sampai menyanyi tahu tak nak suruh ustaz terima saya. Tapi bukan lagu yang sia sia lah. Saya nyanyi nama warna dalam bahasa Arab, dan saya cakaplah itu adalah salah satu strategi untuk tarik minat students untuk belajar bahasa Arab. Kakak saya yang ajar saya benda ni sebab masa tu dia tengah intern jadi cikgu bahasa Arab dan subjek lain jugak dekat sekolah lama, so banyaklah tips dia. Terima kasih kakakku!

Bila keluar keputusan, alhamdulillah saya diterima untuk sertai kuliah ini. Walaupun lambat satu semester berbanding kawan kawan course dulu, saya bersyukur sebab dapat sambung belajar dalam bidang yang saya minat. In shaa Allah saya akan mengikut jejak Abah Umi dan menjadi guru yang cemerlang, berkaliber dan berpengetahuan tinggi. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN. Saya tak akan sia siakan peluang yang diberikan, in shaa Allah. Kadang kadang kemalasan tu mesti datang, tapi kenalah fikirkan segala usaha kita untuk sampai ke tahap ini, bukan senang. Dahlah gunakan duit parents, jadi kita kena bayarlah balik dengan kita punya kecemerlangan, di dunia dan juga di akhirat. In shaa Allah.

P/S: Saya dah masuk tahun ketiga, yeahhh. Rasa macam senior senior sangat walaupun tak berapa nak matang sangat. Time sure flies so fast! May Allah ease everything. Aamiin ya Rabb.

Describe Classmate Tercinta

Arief- suara memang tak boleh nak slow, presentation kalau semua mengantuk akan terbangun bila turn dia sebab suara macam speaker, baik (senang minta tolong), gentleman lagi lagi masa latihan teater. 

Amar- suka sakat orang, bab mengata orang nombor satu (haha), pandai.

Faiz- sangat baik dan lembut (bukan sotong), soft spoken, tak boleh berpisah dengan Amin si kawan baik, bila present tenang saja.

Amin- soft spoken seperti kawan baiknya juga, playful juga tapi jaga batas, suka jeling bila present, tak suka senyum, jaga penampilan.

Fitri- sangat besar orangnya tapi lembut dan baik, selalu tersengih, pergi kelas tak pernah awal, tak marah kalau orang sakat (sengih je tahu), selalu random tapi hebat dalam pelajaran, gelak dia unik. 

Kak Sayyidah- sangat matang, selalu sakat saya nak suruh saya marah (haha), rajin orangnya, pelanggan setia pasar malam, kalau present dah macam cikgu dah. 

Aishah- kecil dan halus saja orangnya tapi selalu menyakat, aktif walaupun kecil, selalu gelak, playful. 

Atiqah- nampak garang tapi baik, beriman orangnya (geleng kepala bila tengok orang tonton video korea), baju selalu cantik, pernah buat saya marah (haha, masa tu saya sensitif).

Naaim- selalu buat hal sendiri, suka makan (sekali makan dua portion), sangat pemurah, jarang terasa hati, tak suka orang peluk atau sweet dengan dia, kalau saya lambai tak lambai balik, haha.

Huwaida- baik sangat, cuma kekadang emotional dan saya tak faham, pandai tapi tak suka menonjolkan diri. 

Raudhah- baju selalu cantik, baik dan lembut orangnya, awkward dengan saya.

Najwa- sangat baik dan pemurah, tak berkira soal duit, selalu last minute dalam apa apa pun (haha), hebat bahasa inggeris, suka sentuh orang dan suka disentuh.

Syahirah- suka makan (kalau boleh setiap masa nak makan), kerja last minute, selalu lambat ke kelas.

Zainida- kalut sangat kalau presentation tapi hebat orangnya, assignmnent sentiasa laju siap, suka samyang cheese, dah jadi isteri orang. 

Kak Izzah- buat assignment tak pernah tak awal, tidur awal sangat dan bangun awal, rajin, matang tapi kekadang macam budak juga nak suruh saya layan (haha), isteri orang.

Nadhirah- kecil orangnya tapi sangat hebat, pekat betul bahasa arab dia, sempoi, dah pandai sakat saya sekarang, dialek kedah pekat bak hang. 

Fatin- suka kpop, selalu excited dan positif, kadang serious kadang macam budak suka lompat depan saya, sentiasa gigih kecek kelate. 

Ain- kuat bekerja, awkward dengan saya (saya pun tak tahu kenapa), selalu rendah diri kalau buat kerja sekali. 

Anis- kawan baik Ain dan tak boleh berpisah sama sekali, tak suka senyum, serious, matang, pandai, suka exo (selalu paksa saya dengar), peneman saya makan di cafe dan ke pasar malam. 

Irham- sangat slow kalau benda yang bukan berkaitan dengan pelajaran, tapi kalau pelajaran dia yang paling laju, suka dan hebat bahasa arab, dialek kelate pekat dooh, sangat lawak dan random. 

Monday, March 16, 2020

Hi My Future!


It's getting worse guys!

Hmm macam mana nak belajar secara online? 

Belum pernah buat lagi.

Apa akan jadi dengan presentation?

Rekod dan hantar dekat lecturer?

Hmm.

Ramai yang risau tak boleh grad on time. 

Apa akan jadi dengan masa depan saya?

Takpe, ini semua dugaan.

May Allah facilitate all things.

AAMIIN YA RABB.

Throwback Cerita Thyroid

Bulan 11, tahun 2017.

Rajni, orang pertama yang notice saya punya leher lain dari yang lain. Masa tu kami sedang lepak lepak dalam bilik saya (memang selalu Rajni datang dan bermalam di bilik saya). Dia kata leher saya macam unta. Saya pun tengok cermin, dan ternyata benar. Saya pun tertanya tanya, apa benda tu sebenarnya. Takkanlah ada penyakit, sebab saya tak pernah pun terfikir yang saya akan hidap apa apa penyakit serious dalam hidup saya. Tapi semua itu ketentuan dan perancangan Allah.

Bulan 12, tahun 2017.

Mula mula saya tak bagitahu sesiapa sebab saya ingat ini bengkak biasa, tapi lama kelamaan saya jadi sedikit risau dan akhirnya saya beritahu Umi saya ketika cuti revision week, dan Umi saya sangat terkejut dan lantas bagitahu Abah saya. Mereka nampak sangat risau dan nak bawa saya ke klinik, malangnya malam itu saya perlu balik ke universiti kerana bakal menghadapi peperiksaan akhir sem. Jadi Abah dan Umi saya suruh saya jumpa doktor di universiti. Jadi saya pun pergilah. Siap ambil darah dan tunggu result. Tapi doktor kata darah saya normal sahaja dan tiada apa apa penyakit. Tapi memang doktor tu sangat pelik dan tidak prihatin, dia macam endah tak endah saja. Panjang pula kalau nak cerita pasal doktor tu.

Bulan 7, tahun 2019.

Saya tidak tahu dari mana puncanya, tapi badan saya tiba tiba sangat gatal dan saya tidak bisa menahan tangan saya dari menggarunya. Seluruh badan gatal gatal kecuali bahagian muka. Saya garu sehingga melecet, sedangkan sebelum ini saya tidak pernah menghadapi situasi gatal gatal itu. Mungkin untuk menjadi asbab, disebabkan kegatalan itu melarat sehingga menyebabkan ada banyak kudis dan parut di badan saya, Umi saya bawa saya jumpa doktor di klinik Dr. Ramli. Alang alang bertanya pasal gatal gatal itu, Umi saya terus tanya pasal bengkak di leher saya. Dr. Ramli terkejut sebab dia kata itu adalah tiroid, dan bahaya. Dia marah saya sebab saya kata biasa je tu, tak sakit pun. Tapi saya ceritalah yang saya pernah check tapi tak ada apa apa penyakit yang doktor universiti detect. Jadi Dr. Ramli tulis surat refer ke Hospital Besar Kota Bharu.

Minggu depannya Umi saya bawa saya ke sana dan check. Hanya Allah yang tahu betapa seksanya nak habiskan procedure nya. Bukan main lama nak habiskan satu satu check up tu, ambil darah dan tunggu, hmm tak boleh nak cerita dekat sini. Kesian Umi saya penat sangat tapi tak pernah sekali pun saya tengok Umi saya mengeluh. Okay saya potong cerita yang panjang, jadi akhirnya saya kena buat x-ray dan ambil isi dekat leher. .

Okay, jadi apa tujuan buat ujian ambil isi dengan leher tu? Ia adalah untuk tahu penyakit saya yang sebenar. Sebab masa jumpa doktor entah kali yang keberapa tu, Dr. Norlayani cakap yang kemungkinan saya ada cancer. Dia kata dia cuma assume saja, tapi still lah nak luruh jantung saya dan juga Umi dan adik perempuan saya ketika itu. Dan dia kata yang saya perlu buat operation. Saya menangis, bukan sebab takut kena operate, cuma saya fikir yang saya mungkin kena tangguh belajar. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya dah lah memang dah lambat satu sem dari yang sepatutnya, dan kalau tangguh lagi lambat saya habis belajar.

Umi saya bagi kata kata semangat yang amat banyak, dan cuba untuk tenangkan saya. Dan dalam tak sedar, saya tengok mata Umi saya berair. Ya Allah! Maafkan kaksha Umi sebab selalu susahkan Umi. Saya tengok adik saya dibelakang, dia menangis dan boleh tahan teruk juga tangisannya. Jadi saya terfikir seketika, siapa yang sakit ni, dia ke saya? Haha. Tapi saya tahu perasaan dia. Dia pun pernah sakit teruk dan masuk hospital sangat lama, jadi saya tahu macam mana rasa nya ada ahli keluarga yang sakit.

Jadi masa balik mid sem baru ni, saya serta Abah, Umi, adik perempuan dan adik lelaki saya pergi ke hospital dan mereka menemani saya untuk buat ujian itu. Lama juga ujian tu, dekat sejam juga. Saya kena pakai baju hospital, ingat lagi. Hehe. Bila ingat balik macam mana dia buat ujian tu, rasa ngeri sangat. Mula mula kena bius dulu, dalam tiga kali bius. Lepas tu dia start masukkan jarum dan keluarkan isi. Tapi sebelum dia buat tu, dia cakap dulu pasal risiko ujian tu. Mungkin berlaku pendarahan yang banyak, tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan darah cuma keluar sikit saja. Tapi lepas buat tu, tengkuk saya bengkak, tak boleh gerakkan kepala sangat dan rasa pening pening macam nak jatuh. Tapi disebabkan kami ke Tesco lepas tu, saya melupakan segala kepeningan dan kesakitan, dan enjoy masa saya di Tesco dengan keluarga. Hihi.

Esoknya, kami pergi balik ke hospital untuk bacaan result. Abah saya tunggu dalam kereta sebab parking dekat situ jauh sangat sebab ramai orang, kan bandar kan. Jadi hanya saya, Umi dan adik perempuan saya sahaja yang masuk. Adik lelaki saya duduk di rumah dengan abang saya. Masa nombor kami dipanggil, adik saya taknak masuk, saya tak tahu kenapa tapi saya paksa dia suruh masuk juga. Dan Dr. Norlayani bacakan result. Saya ingat lagi Dr. Norlayani kata, alhamdulillah, boleh buat kenduri ni, penyakit awak bukan kanser, tapi tiroid. Saya tengok muka Umi saya, nampak lega sangat dan adik saya yang duduk belakang tengah tutup telinga sebab taknak dengar. Tapi bila dia tengok reaksi kami baru dia lepaskan tangan tu. Aduhh comel betul si budak itu.

Jadi, Dr. Norlayani setkan appointment saya dengan doktor pakar, jatuh pada 5/1/2020. Alhamdulillah dapat tarikh dengan mudah. Sebab kes saya kira urgent juga sebab bengkak tu boleh tahan besar. Masa tunggu Abah datang ambil, adik saya kata, "Skare ni kaksyadah ado so jah lagi bendo hok tok lepas lagi, SPM, hari tu mikir pasal nyakit kaksha lagi, SPM lagi." Dan Umi saya kata, "Alhamdulillah lepas satu kerisauan Umi." Dan bila masuk kereta dan bagitahu Abah saya pasal keputusan penyakit saya, Abah kata, "Alhamdulillah jadi buleh doh lah Abah bagi keputusan dekat jemaah untuk keluar dakwah."

Nampak tak apa point saya disini? Saya tak pernah tahu pun yang selama ni ada insan yang care dan ambil berat pasal saya, sebab saya selalu fikir yang orang tak pedulikan saya. Saya menangis bila fikir balik. Rupanya mereka fikir juga pasal penyakit saya, dan risau dengan keadaan saya. Dan kakak saya, kakak ipar, abang abang saya dan abang ipar saya semua telah mendoakan saya, dan solat hajat untuk saya. Terima kasih semua. Saya hargai segala doa doa yang dititipkan untuk saya. Betul lah orang kata, family is the best! Love you Abah, love you Umi, love all of you! Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Sunday, March 15, 2020

A Noble Profession

There are many professions out there which are considered as noble, for example being a doctor, engineer, architect, nurse, teacher, businessman, mechanic, police, firefighter, accountant, chef and so on. They are all noble as long as they don't go against the Shariah, right?

As for me, I think and strongly agree that the most noble profession in this world is teacher. Yes, being a teacher! Maybe you were like, "Come on, that's just a teacher, teaching and then going home, such an easy work". Nope! Dear future teachers, listen to me. As you're preparing to be a teacher, there are a plenty of responsibilities are awaiting for you because, being a teacher, you have to multitask. If you refer to the 'Hierarchy of 7M Teacher-Leader', the teacher has to be Mudarris, Muallim, Muaddib, Mujtahid, Murshid, Murabbi and Mujaddid to the students. It's not easy at all. Teacher must be given the highest salary out of all other professions because they are responsible to nurture, educate, impart the knowledge to the students and guide them to the right way so that they would be great contributors to the Ummah and the society in the future.

Are you ready to carry out all of these responsibilities? Being a teacher, you have to follow and practice certain conducts and ethics, as stated in the Code of Ethics. For example, you shouldn't be biased and show favoritism towards particular students, you have to think of their feelings, it would make them feel down and deflated. Moreover, you have to treat them as if they are your own children, because you are their guardian and parent at school. You also have to be a good role model for them. Practicing good conducts whether inside or outside the school is very important, because they would imitate your actions. Keep that in mind!

Teachers have to master their area of specialty. For example, if you are teaching Arabic language, you have to master that subject so that you could impart the knowledge to the students splendidly. If you're asked question which you don't know its answer, don't answer it immediately. Maybe you can search for it and find the correct answer, or assign your students with that question and become a homework for them so that they would get a better understanding. Or you can just pretend to be sick! haha just kidding. The most important thing, don't give them wrong answer merely because of you egoism. Don't feel shy to admit that you don't know.


All of these information I got from my evening class today, Ethics in Education subject, taught by Dr. Kamal J. I. Badrasawi. He's a very good lecturer, so kind. I love his way of teaching. I absolutely like his class! May Allah bless him. Aamiin ya Rabb. I'm a future teacher too, so I have to be well-prepared so that I could be a splendid teacher like my parents. In shaa Allah. There are many other tips I obtained, but I will be sharing it to you from time to time. Bye guys. Have a good day!

P/S: Throwback October 21 2019 (10.16 am)

Saturday, March 14, 2020

Rindu CFS Petaling Jaya

Banyak sangat memori di CFS Petaling Jaya. Saya masuk CFS tahun 2015 hingga 2016, asasi setahun setengah. Itu kali pertama saya berjauhan dengan keluarga sebab sebelum tu tak pernah merasa tinggal di asrama. CFS banyak mengajar saya benda baru. Macam mana nak socialize sebab kelaurga jauh kan, jadi kena pandai pandai bawa diri. Basuh baju sendiri, kena jalan jauh pergi kelas dan banyak lagi. Walaupun mahallah yang saya duduk dulu tak sebaru dan secantik mahallah lain, tapi penuh dengan kenangan, iaitu Mahallah Khadijah. Mahallah lain macam Mahallah Zainab, Mahallah Fatimah, Mahallah Aisyah, Mahallah Abu Bakar, dan Mahallah Umar.

Dulu masa mula mula masuk, rasa susah sangat nak sesuaikan diri. Rindu yang teramat dekat keluarga, kalau boleh hari hari nak call. Kena guna bahasa Inggeris dan kebanyakan kelas memang guna bahasa Inggeris. Kali pertama jugak jumpa kawan kawan dari berlainan negeri. Nak kena bercakap guna bahasa standard, susah jugak dan kadang kadang mesti ada tersasul. Kelas saya banyak dekat SWAMP sebab semester pertama tu ambil bahasa je, APT dan EPT. Lecturer sangat sangat baik, macam Ustaz Rahiman, Ustaz Hassan al-Haggag, Sir Farid, dan Madam Zetty. Tu baru lecturer bahasa, ramai kan? Sekarang dah lost contact dah dengan semua lecturer.

Bila dah ambil core course masa semester kedua, dah boleh rasa challenging belajar di universiti, padahal baru asasi tu, belum masuk degree lagi. Haih macam manalah saya hadapi dulu. Tapi alhamdulillah syukur Allah permudahkan segalanya. Kelas di Annex pun ada, sejuk sangat sangat. Kelas dekat situ masa short sem, takut jugak sebab tak ramai orang kan, subjek Social Studies kalau tak silap, Ustazah Illiani yang ajar. Lagipun saya tak ada kawan sangat masa asasi. Buat hal sendiri je dulu, sebab masa tu tak pandai sangat nak berkawan dengan orang baru. Nasib baik ada kawan sekolah sorang yang asasi sekali, walaupun lain program tapi banyak kali jugak jumpa kalau tak ada kerja.

Banyak jugak kenangan pahit yang saya hadapi masa belajar di CFS. Pernah rasa dipinggirkan oleh kawan kawan sebab tak pandai nak bergaul. Dapat lecturer yang biased, memang rasa perit sangat. Ada jugak lecturer yang strict sangat. Masa semester terakhir je saya rasa okay, rasa macam baru ada kehidupan universiti yang manis sebab saya ditemukan dengan kawan kawan yang sangat baik dan sentiasa bimbing saya, selalu ajak saya solat, buka puasa sekali, dan sekarang pun masih berhubung. Terima kasih ya Allah.

Setiap tempat di CFS tu ada kenangan tersendiri lah. Memang panjang kalau nak tulis dekat sini. Dewan AMF; tempat exam, taaruf week, pertandingan hiwar jamai pun dekat sini, exhibition subjek Thinking Skills. Kelas blok D; tempat beli tiket untuk balik kampung halaman. Kelas SWAMP 1 & 2; kebanyakan kelas dekat sini. Mahallah Khadijah; dorm saya dulu, tingkat 1, 2 dan 4, dan cafe dia ada jual nasi ayam yang sedap sangat.

Ramai kawan kawan saya sekarang muka muka familiar dari CFS dulu. Muka yang dah tak asing dah. Sebab tu rasa macam universiti yang saya tengah belajar sekarang macam rumah kedua. Okay balik kepada CFS, malangnya ia dah tak wujud sebab tuan tanah dia dah ambik balik rasanya kalau tak silap. Itu yang buatkan saya lagi sedih. Semua pelajar asasi berpindah ke CFS Gambang. Niat nak attach sekali gambar kenangan di CFS, tapi semua gambar tu ada dalam laptop yang dah rosak dan tak boleh backup dah. Tapi tak apalah, semua tu dunia belaka. Hidup mesti diteruskan. Okay sampai di sini saja nukilan saya kali ini. Bye!

Throwback Teater #2


Hampir setiap malam ada latihan teater. Penatnya tak payah cakaplah. Balik bilik sepatutnya kena buat assignment, tapi dah tak larat dah, terus tidur dan bangun pagi esoknya terus pergi kelas. Dahlah kelas banyak start pagi.

Petang habis kelas, balik rehat dan malam pergi latihan pulak. Macam itulah kitar hidup kami sem lepas. Tapi best je sebenarnya sebab saya tak pernah nak jumpa classmate selain waktu kelas. So banyak lah jugak masa di spent dengan mereka.

Kalau hari Khamis, saya pergi lambat sikit atau tak pergi langsung sebab ada kelas skill pukul 8-10 malam. Penat tau kelas menjahit ni sebab mata dah fokus dekat mesin jahit. Bila tengok tempat lain jadi pening. 

Masa ni dah banyak progress dah berbanding throwback sebelum ni. Ni dah ada prob dah walaupun tak complete lagi. Ada masa macam intense sikit, bila semua penat jadilah. Haha. Tapi alhamdulillah takde kes gaduh atau salah faham.

Kalau ada pun kejap je dan tak diperbesarkan lah. Professional tak? Haha. Makin hari makin nervous sebab tak boleh bayang kena berlakon depan orang ramai. Walaupun penat dengan latihan ni, result nya berbaloi alhamdulillah. Nantikan! (haha bajet sangat).

Sem 1, 2019/2020

Friday, March 13, 2020

Alhamdulillah Translation Siap!

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan keizinanNya dapatlah kami menyiapkan assignment pertama kami. Alhamdulillah. Markahnya kita tawakkal kepada Allah kerana segala usaha telah dilakukan (walaupun last minute).

Tadi tengok baki masa ada lagi 19 minit 45 saat sebelum deadline. Hahhh ingat tak nervous ke? Hihi. Jadi bolehlah kita landing sekarang ni (walaupun setiap masa landing). Haha. Dahlah bilik dah macam apa dah. 

Tak sempat nak kemas sebab pagi tadi ada kelas, lepas kelas sibuk call pengetua sekolah untuk S.O.P, lepas tu siapkan translation pulak (alasan). Okaylah, pening pulak rasa. Iktibarnya? Jangan buat kerja last minute please! 

Walaupun kerja translation dah siap, jangan cepat happy dik. Banyak lagi assignment dan presentation menanti sebab hari tu cuti 10 hari kan, so lecturer macam nak kejar suruh siap cepat sebab takut tak sempat habis syllabus.

Ragam Adik Perempuanku

Walaupun saya perempuan dan pernah mengalami zaman atau proses puberty satu masa dulu, saya still tak boleh faham adik perempuan saya sorang ni. Allahu, maklumlah sedang membesar sekarang kan. 

Mungkin juga sebab dia banyak berahsia. Tak semua benda dia cakap dekat kita. Bila duduk jauh macam sekarang ni, lagilah susah nak fahami perasaan dia. Bila video call, muka stress. Hmm sampai saya pun jadi stress sekali. 

Haha mungkin itulah ragamnya budak nak membesar ya. Macam manalah family saya hadap saya masa saya dalam proses ke arah puberty dulu. Teruk benar. Dia ni kira okaylah, takdelah buat hal mana pun. Hihi.

Tapi yang penting, dia adik yang baik, suka menolong, rajin, jaga solat. Alhamdulillah. Biasalah, siapa je yang tak lalui zaman kegelapan dalam hidup kan. Lagipun muda lagi. Chill okay budak!


P/S: Sorry adikku, termengumpat you pulak dekat sini. Hehe. 

Apa Nasib Translation?

Best juga malam malam macam ni layan lagu hindustan sambil buat translation. Hihi. Walaupun translation ni menstresskan aku (puncanya adalah diri sendiri), rasa terhiburlah sikit boleh dengar lagu lagu yang menggamit kenangan ni.

Translation tu pun entah betul entah tidak. Buat tengah malam macam ni jadi blur lah sikit sebab dah mengantuk tapi sebab esok dah nak kena submit, jadi terpaksalah buat. Siapa suruh procrastinate sangat hah? Padan muka! Hihi.

Ni subjek Classical Prose Texts, diajar oleh lecturer yang sama yang mengajar Modern Arabic Literature sem lepas iaitu Dr. Wan Rusli. Alhamdulillah setakat ni pembelajaran menarik sebab belajar pasal أمثال dan  خطب.

P/S: Sekarang pukul 1.37 am (13/3/2020). Sedarlah wahai gadis bahawa malam sudah lewat dan esok kelas pukul 8.30 pagi. Haihhhh.

Thursday, March 12, 2020

Throwback Teater #1


First meeting untuk teater في ظلال اليرموك dan walaupun tak semua datang atas sebab tertentu, still berjalan dengan lancar dan banyak perkara yang dibincangkan. Ni ala ala first script reading. Hihi. 

Meeting pun dekat hujung hujung bangunan je, haha. Punya suram sebab gelap sikit dekat situ. Tak banyak yang dibincangkan masa ni, just baca skrip je. Takde action lagi. Semua duduk dan baca part masing masing. 

Ni first time kami jumpa masa bukan waktu kelas. Kalau tak, jumpa masa pergi kelas jelah. Hmm apa motif cakap ni? Haha. 


Masa ni tak boleh bayang lagi macam mana teater ni. Rasa macam takde harapan, haha walaupun tak stat lagi sebab senior sem sebelum nya tu memang gempak mereka buat walapun saya tak pergi pun teater mereka. Hehe. 


Sem 1, 2019/2020

Am I Ready?

S.O.P is coming super soon. Allahu, so nervous. Am I ready to go to school for it? Am I physically and mentally prepared? 

Tadi briefing pasal S.O.P atau R.O.S ni, hmm bukan main rumit ya. Tapi dah ramai senior senior yang dah lepas, so tak mustahil lah kan untuk aku buat juga? In shaa Allah.

Tapi boleh tahan banyak juga syaratnya ya. Report saja dah 100 markah, dalam bahasa Inggeris. Bukan UIA lah kalau bukan bahasa Inggeris tu. Haha.

Nak kena cari sekolah, dan isi form yang dia bagi. Hmm kuatkanlah diriku Ya Allah. Banyak lagi benda nak kena buat ni, tapi asyik bertangguh. 

Syarat dress code pun banyak juga. Kena pakai kasut yang ada tapak tinggi sikit tu, yalah ala ala cikgu kan. Baju kurung atau kebaya atau kebarung. 

Entah apalah kebarung tu, hmm macam macam. Tudung nak kena matching dengan warna baju. Allahu macam mana lah nanti. 

Nak kena berdepan dengan cikgu cikgu pulak, dengan students pun. Nak kena interview mereka. Takpe, sikit je lagi nak habis ni, in shaa Allah. 

P/S: S.O.P (School Orientation Programme), R.O.S (Rancangan Orientasi Sekolah)

Saturday, March 7, 2020

Throwback Lawatan Sekolah


Tak ingat kenangan ambil gambar ni, tahu tahu terjumpa dekat blog sekolah. Hihi. Apa lah yang bahagia sangat boleh minum tu? Haha terbuktilah dari dulu memang kuat makan ya. 

Rindunya kawan zaman sekolah rendah dulu. Tak pernah jumpa lagi dari lepas UPSR lagi. Kalau panjang umur, bolehlah kita jumpa satu hari nanti ya. Mungkin reunion?

Thursday, March 5, 2020

Tahniah Adik-Adikku!

Hari ni, 5/3/2020 result SPM 2019 keluar guys! Haa ada tak adik adik yang terlibat? Saya ada, hehe. Dia punya result, kita yang nervous. Gelisah betul dalam kelas tadi, haha.

Tahniah kepada semua yang mendapat keputusan yang cemerlang, dan yang kurang cemerlang pun, tahniah juga! 

Ingatlah, ini hanyalah permulaan. Banyak lagi yang akan kalian tempuhi pada masa akan datang. Semoga kita semua sentiasa cemerlang dan berjaya dunia akhirat.

P/S: Tahniah adik adikku, baik yang spm atau pun upsr. Dua dua dah dapat keputusan yang cemerlang, dengan Izin Allah. Alhamdulillah. 

Tapi jangan cepat puas ya, sentiasalah rendah diri dan berusaha bersungguh sungguh dalam apa jua yang kalian lakukan. 

Semoga segala yang kita usahakan diberkati oleh Allah. Aamiin ya Rabb.

Wednesday, March 4, 2020

Borong Buah Di Pasar Malam

Hari Rabu macam biasalah tepi UIA ada pasar malam. Ada macam macam benda lah yang dijual, tapi kebanyakannya makananlah. Hihi.

Tadi saya beli taufufa panas panas dan makan sambil tunggu bas. Lagi jagung rebus, buah orange, buah jambu merah dan buah mata kucing.

Harganya boleh tahanlah, untuk student kan. Saya nak makan buah banyak banyak, dan hidup dengan sihat. Taknak makan makanan berminyak banyak sangat.

Atau fast food seperti pizza dan ayam goreng. Makanan manis seperti ayam buttermilk dan minuman manis juga. Kalau boleh nak minum air kosong je.

Tapi mampukah aku? Haa challenge lah yourself. Malulah sembang sembang tak buat. Hmm okaylah bye!

Tuesday, March 3, 2020

EDcoustic

Kumpulan ni adalah favorite saya sekarang. Walaupun semua lagunya dah lama, tapi semua berkualiti dan tak jemu dengar.

Vokalisnya sudah tiada, iaitu Kang Aden. Suaranya sangat sedap didengar. Semua lagunya rasa sangat dekat dengan diri ini. Pemain gitarnya adalah Eggie Gustaman.

Lirik lagunya seolah olah menggambarkan perasaannya dan luahan hatinya. Tapi tak ada satu pun lagunya yang menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi. 

Antara lagu favorite adalah Muhasabah Cinta, Tak Ada Beban Tanpa Pundak dan Kau Ditakdirkan Untukku. 

P/S: Semoga almarhum Kang Aden sentiasa dicucuri rahmat dan dibawah lindungan Allah sentiasa. Aamiin ya Rabb. 

Sunday, March 1, 2020

Azzam Sham

Hihi. Terdiscover si Azzam Sham secara tak sengaja di YouTube dan tersuka tanpa sengaja lah pula, kahkah. Tengok balik video dia nyanyi masa dalam Idola Kecil. 

Memang berbakat lah, semua lagu yang dia nyanyi sedap didengar. Antaranya, Rahsia Pohon Cemara, Pelangi Petang, dan Azura.

Sekarang umur dia dah 23 tahun. Ehh sebaya lah pula. Dia ada cover lagu di YouTube channel dia sendiri, boleh tahan banyak lah. 

Antara cover yang saya suka adalah lagu Sumpah, Di Matamu dan Sesungguhnya. Semoga Azzam terus berjaya dan cemerlang dalam apa saja yang dia buat. Aamiin ya Rabb.

Welcome To March!

Bulan 2 telah menutup tirainya. Hmm cepatnya masa berlalu. Rasa baru je masuk tahun baru. Macam mana prestasi kita setakat ini? 

Banyak benda yang terjadi sepanjang dua bulan lebih ni. 

Dunia seni digemparkan dengan pemergian selebriti terkenal tanah air iaitu Abam Bocey dan Ashraf Sinclair.

Mati itu pasti kan. Tak ada siapa yang akan terkecuali. Baik artis, menteri, raja, rakyat biasa atau sesiapa pun. Cuma kita tak tahu bila waktunya. 

Jadi sentiasalah bersedia ya.

COVID-19 yang tak putus putus lagi merebak. Makin ramai mangsanya. Semoga kita dijauhkan dari semua itu.

Ramai artis terkenal kahwin. Antaranya, Elly Mazlein, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong. 

Kawan saya pun dah ramai yang kahwin.

Jadi, selamat datang ke bulan tiga! Tiberrr...