Saturday, March 14, 2020

Rindu CFS Petaling Jaya

Banyak sangat memori di CFS Petaling Jaya. Saya masuk CFS tahun 2015 hingga 2016, asasi setahun setengah. Itu kali pertama saya berjauhan dengan keluarga sebab sebelum tu tak pernah merasa tinggal di asrama. CFS banyak mengajar saya benda baru. Macam mana nak socialize sebab kelaurga jauh kan, jadi kena pandai pandai bawa diri. Basuh baju sendiri, kena jalan jauh pergi kelas dan banyak lagi. Walaupun mahallah yang saya duduk dulu tak sebaru dan secantik mahallah lain, tapi penuh dengan kenangan, iaitu Mahallah Khadijah. Mahallah lain macam Mahallah Zainab, Mahallah Fatimah, Mahallah Aisyah, Mahallah Abu Bakar, dan Mahallah Umar.

Dulu masa mula mula masuk, rasa susah sangat nak sesuaikan diri. Rindu yang teramat dekat keluarga, kalau boleh hari hari nak call. Kena guna bahasa Inggeris dan kebanyakan kelas memang guna bahasa Inggeris. Kali pertama jugak jumpa kawan kawan dari berlainan negeri. Nak kena bercakap guna bahasa standard, susah jugak dan kadang kadang mesti ada tersasul. Kelas saya banyak dekat SWAMP sebab semester pertama tu ambil bahasa je, APT dan EPT. Lecturer sangat sangat baik, macam Ustaz Rahiman, Ustaz Hassan al-Haggag, Sir Farid, dan Madam Zetty. Tu baru lecturer bahasa, ramai kan? Sekarang dah lost contact dah dengan semua lecturer.

Bila dah ambil core course masa semester kedua, dah boleh rasa challenging belajar di universiti, padahal baru asasi tu, belum masuk degree lagi. Haih macam manalah saya hadapi dulu. Tapi alhamdulillah syukur Allah permudahkan segalanya. Kelas di Annex pun ada, sejuk sangat sangat. Kelas dekat situ masa short sem, takut jugak sebab tak ramai orang kan, subjek Social Studies kalau tak silap, Ustazah Illiani yang ajar. Lagipun saya tak ada kawan sangat masa asasi. Buat hal sendiri je dulu, sebab masa tu tak pandai sangat nak berkawan dengan orang baru. Nasib baik ada kawan sekolah sorang yang asasi sekali, walaupun lain program tapi banyak kali jugak jumpa kalau tak ada kerja.

Banyak jugak kenangan pahit yang saya hadapi masa belajar di CFS. Pernah rasa dipinggirkan oleh kawan kawan sebab tak pandai nak bergaul. Dapat lecturer yang biased, memang rasa perit sangat. Ada jugak lecturer yang strict sangat. Masa semester terakhir je saya rasa okay, rasa macam baru ada kehidupan universiti yang manis sebab saya ditemukan dengan kawan kawan yang sangat baik dan sentiasa bimbing saya, selalu ajak saya solat, buka puasa sekali, dan sekarang pun masih berhubung. Terima kasih ya Allah.

Setiap tempat di CFS tu ada kenangan tersendiri lah. Memang panjang kalau nak tulis dekat sini. Dewan AMF; tempat exam, taaruf week, pertandingan hiwar jamai pun dekat sini, exhibition subjek Thinking Skills. Kelas blok D; tempat beli tiket untuk balik kampung halaman. Kelas SWAMP 1 & 2; kebanyakan kelas dekat sini. Mahallah Khadijah; dorm saya dulu, tingkat 1, 2 dan 4, dan cafe dia ada jual nasi ayam yang sedap sangat.

Ramai kawan kawan saya sekarang muka muka familiar dari CFS dulu. Muka yang dah tak asing dah. Sebab tu rasa macam universiti yang saya tengah belajar sekarang macam rumah kedua. Okay balik kepada CFS, malangnya ia dah tak wujud sebab tuan tanah dia dah ambik balik rasanya kalau tak silap. Itu yang buatkan saya lagi sedih. Semua pelajar asasi berpindah ke CFS Gambang. Niat nak attach sekali gambar kenangan di CFS, tapi semua gambar tu ada dalam laptop yang dah rosak dan tak boleh backup dah. Tapi tak apalah, semua tu dunia belaka. Hidup mesti diteruskan. Okay sampai di sini saja nukilan saya kali ini. Bye!

No comments:

Post a Comment