Best juga malam malam macam ni layan lagu hindustan sambil buat translation. Hihi. Walaupun translation ni menstresskan aku (puncanya adalah diri sendiri), rasa terhiburlah sikit boleh dengar lagu lagu yang menggamit kenangan ni.
Translation tu pun entah betul entah tidak. Buat tengah malam macam ni jadi blur lah sikit sebab dah mengantuk tapi sebab esok dah nak kena submit, jadi terpaksalah buat. Siapa suruh procrastinate sangat hah? Padan muka! Hihi.
Ni subjek Classical Prose Texts, diajar oleh lecturer yang sama yang mengajar Modern Arabic Literature sem lepas iaitu Dr. Wan Rusli. Alhamdulillah setakat ni pembelajaran menarik sebab belajar pasal أمثال dan خطب.
P/S: Sekarang pukul 1.37 am (13/3/2020). Sedarlah wahai gadis bahawa malam sudah lewat dan esok kelas pukul 8.30 pagi. Haihhhh.
No comments:
Post a Comment