Saturday, March 14, 2020

Throwback Teater #2


Hampir setiap malam ada latihan teater. Penatnya tak payah cakaplah. Balik bilik sepatutnya kena buat assignment, tapi dah tak larat dah, terus tidur dan bangun pagi esoknya terus pergi kelas. Dahlah kelas banyak start pagi.

Petang habis kelas, balik rehat dan malam pergi latihan pulak. Macam itulah kitar hidup kami sem lepas. Tapi best je sebenarnya sebab saya tak pernah nak jumpa classmate selain waktu kelas. So banyak lah jugak masa di spent dengan mereka.

Kalau hari Khamis, saya pergi lambat sikit atau tak pergi langsung sebab ada kelas skill pukul 8-10 malam. Penat tau kelas menjahit ni sebab mata dah fokus dekat mesin jahit. Bila tengok tempat lain jadi pening. 

Masa ni dah banyak progress dah berbanding throwback sebelum ni. Ni dah ada prob dah walaupun tak complete lagi. Ada masa macam intense sikit, bila semua penat jadilah. Haha. Tapi alhamdulillah takde kes gaduh atau salah faham.

Kalau ada pun kejap je dan tak diperbesarkan lah. Professional tak? Haha. Makin hari makin nervous sebab tak boleh bayang kena berlakon depan orang ramai. Walaupun penat dengan latihan ni, result nya berbaloi alhamdulillah. Nantikan! (haha bajet sangat).

Sem 1, 2019/2020

No comments:

Post a Comment