Tuesday, March 17, 2020

My First Interview Experience

3 Ogos 2017, satu tarikh yang tak mungkin dapat aku lupakan dalam hidupku. Hari yang sangat dinanti nantikan kerana sudah lama aku mengimpikan untuk menyertai Kuliah Pendidikan (Kulliyyah of Education) dan menjadi sebahagian daripadanya kerana cita citaku dari dulu dan juga harapan ibu bapaku untuk aku menjadi seorang guru atau lebih tepat lagi, seorang pendidik. Jadi pada tarikh tersebut, aku di-interview oleh dua orang ustaz yang hebat dan sekarang adalah pensyarahku, Dr. Sabri Sahrir dan Dr. Fouad Rawash.

Dari segi persiapan untuk hadapi interview, saya banyak revise nahu dari segi irab terutamanya sebab dengar pengalaman senior terdahulu yang di-interview, interviewer banyak uji pengetahuan mereka dalam skill bahasa Arab (sebab major saya adalah bahasa Arab). Susahnya perjalanan saya untuk dapat interview tu sukar untuk diungkapkan. Masa isi form sebelum masuk degree, masa tu cuti lepas habis asasi, saya terpaksa pilih Arabic for Communication (Kulliyyah of Language and Management) sebab dia tak bagi pilihan untuk first option. Teaching Arabic as a Second Language (Kulliyyah of Education) jadi option kedua. Bila keluar tawaran untuk masuk degree, saya ditawarkan untuk sambung belajar dalam first option tadi. Sedih yang teramat sangat, dan saya boleh nampak kekecewaan parents saya pada riak wajah mereka walaupun mereka cuba untuk tak tunjuk, sebab dulu ayah saya pernah apply maktab perguruan untuk saya, tapi gagal. First interview lagi dah gagal, rasa lawak pun ada bila fikir balik. Saya tak lepas ujian kecergasan. Siap beli baju dan seluar baru lagi untuk ujian tu. Mungkin itu lah takdir saya kan. Banyak lagi benda baik menanti in shaa Allah.

Okay sambung cerita. Saya terpaksa terima dulu first choice tu dan masuk degree. Dan macam saya expect, performance saya dalam course tu tak berapa cemerlang disebabkan oleh tiada minat, kemalasan dan juga masalah dengan lecturer yang biased. Peritnya ya Allah nak habiskan satu semester tu. Masa tengah tengah semester tu AMAD ada buka tawaran untuk tukar course, apa lagi saya dengan sorang kawan yang nasib macam saya jugak tu, cepat cepat isi form untuk tukar course. Habis semester tu, saya cuti tiga bulan masa short semester, dan dipanggil untuk interview alhamdulillah. Masa dapat panggilan dari office kulliyyah tu, saya sorang sorang dekat rumah sebab semua yang lain berada di sekolah, parents dan adik adik. Perasaan masa tu memang sangat gembira dan terkejut sebab dapat interview. Bila parents dan keluarga tahu, mereka memang suka sangatlah. Alhamdulillah.

2 Ogos 2019 saya bertolak ke universiti sorang sorang disebabkan oleh sebab sebab tertentu. Masa tu tengah short semester jadi saya tumpang bilik kawan saya di Mahallah Asma'. Pagi esoknya, saya hadir interview tu. Interview hari tu special untuk pelajar yang tukar course, kebanyakannya memang umur samalah. Ada muka yang familiar, ada jugak yang tak pernah tengok pun. Ingat lagi, masa nak sign attendance tu, ada sorang student yang interview sekali pinjam pen saya, mungkin dia dah tak ingat dah, dan sekarang kami satu kelas. Motif?

Punya hafal irab nahu, soalan yang ditanya antaranya kenapa nak tukar course, describe Siti Nurhaliza dalam bahasa Melayu. Lawaknya lah masa tu, gelabah betul sebab tiba tiba kena cakap Melayu pulak, kita ni dah bersedia nak cakap Arab walaupun gagap gagap, dan ustaz yang suruh tu pulak dari negara Arab. Saja je nak kenakan orang ya Dr. Fouad. Saya sampai menyanyi tahu tak nak suruh ustaz terima saya. Tapi bukan lagu yang sia sia lah. Saya nyanyi nama warna dalam bahasa Arab, dan saya cakaplah itu adalah salah satu strategi untuk tarik minat students untuk belajar bahasa Arab. Kakak saya yang ajar saya benda ni sebab masa tu dia tengah intern jadi cikgu bahasa Arab dan subjek lain jugak dekat sekolah lama, so banyaklah tips dia. Terima kasih kakakku!

Bila keluar keputusan, alhamdulillah saya diterima untuk sertai kuliah ini. Walaupun lambat satu semester berbanding kawan kawan course dulu, saya bersyukur sebab dapat sambung belajar dalam bidang yang saya minat. In shaa Allah saya akan mengikut jejak Abah Umi dan menjadi guru yang cemerlang, berkaliber dan berpengetahuan tinggi. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN. Saya tak akan sia siakan peluang yang diberikan, in shaa Allah. Kadang kadang kemalasan tu mesti datang, tapi kenalah fikirkan segala usaha kita untuk sampai ke tahap ini, bukan senang. Dahlah gunakan duit parents, jadi kita kena bayarlah balik dengan kita punya kecemerlangan, di dunia dan juga di akhirat. In shaa Allah.

P/S: Saya dah masuk tahun ketiga, yeahhh. Rasa macam senior senior sangat walaupun tak berapa nak matang sangat. Time sure flies so fast! May Allah ease everything. Aamiin ya Rabb.

No comments:

Post a Comment