Haa beruntunglah dua ketul adik adikku yang comel serta tinggi itu, boleh pergi jalan jalan ya. Sarawak pula tu. Hari tu pergi Sabah, pergi Bangkok, balik Pahang, semuanya tanpa kakak mu ini ya. Tapi baguslah, sekurang kurangnya Abah dan Umi boleh rehat minda dan tak fikirkan kerja buat sementara waktu. Tapi balik saja dari Sarawak, terus ada mesyuarat itu ini dekat sekolah. Semoga dipermudahkan segala urusan Abah dan Umi dan seluruh ahli keluargaku yang lain. AAMIIN AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIN.
Suka tengok mereka gembira. Hihi. Alhamdulillah dipermudahkan urusan mereka melancong ke Sarawak. Siap jumpa keluarga Umi yang sebelum ni tak pernah jumpa pun. Rezeki lah boleh jumpa sanak saudara. Dan Umi kata keluarga dekat sana baik sangat walaupun sebelum ni tak pernah bertemu mata pun. Rasanya mereka jumpa dalam dua keluarga kalau tak silap. Tengok adik adikku dalam gambar, amboi gembira sangat tu boleh jalan jalan. Yalah boleh jadi reward juga lah untuk diorang. Sorang baru habis SPM yang memang satu peperiksaan yang berat dan besar, sorang lagi dapat result cemerlang dalam UPSR baru baru ni. Berbaloilah bawa diorang, haha. Tak apa, adik adik saya semua baik baik dan behave belaka.
Banyak juga tempat mereka pergi, dah macam oversea saya tengok. Tempat wajib kalau melancong ke mana mana adalah zoo. Suka sangat tengok haiwan ya. Haha. Kalau pilihan Abah dan Umi saya, tak lain tak bukan botanical garden atau apa apa sahaja yang berkaitan dengan pokok. Memang suka nature sangat mereka ni. Alhamdulillah. Haha. Lagi lagi adik perempuan saya yang selalu go green tu, save environmentlah. Kalau tak faham tak apa, itu bahasa rahsia kami. Hihi.
Mereka dah balik semula ke Kelantan hari ini setelah hampir enam hari bercuti di sana. Esok rasanya Abah dan Umi terus ada mesyuarat. Ada pros dan cons sebenarnya jadi cikgu ni, cuma lebih pada kebaikan lah, alhamdulillah. Jadi cikgu bukan mengajar saja tahu, banyak lagi benda lain kena buat. Memang kena multitask lah, jadi kalau tak kuat jangan jadi cikgu. Tapi saya tahu, Abah dan Umi saya sentiasa kuat dan amanah dalam menjalankan tugas masing masing. Saya harap saya dapat mencontohi mereka bila saya jadi guru suatu hari nanti. In shaa Allah. Jadi kena ingat being a teacher is not easy. Tapi tanggapan orang terhadap guru sangat rendah. Even kawan sekolah saya sendiri rasa macam itu. Dia tak tahu segala pengorbanan guru dan apa yang telah mereka korbankan semata mata untuk menjalankan tugas. Saya anak cikgu saya tahulah. Emo pula tiba tiba kan.
Apa apa pun, hidup perlu diteruskan. Gembira pun gembiralah tapi sebagai manusia, kita sentiasa ada tanggunggjawab yang perlu kita bawa tak kiralah dalam apa jua benda yang kita buat, apa jua pekerjaan kita sama ada kita pelajar, cikgu, doktor, tukang sapu, chef, polis, menteri, pensyarah, engineer dan sebagainya. Harap dapat lah point saya ya. Always be modest and moderate. Bye!
P/S: Perut saya memanggil manggil minta diisi. Tak tipu, berkeroncong dari tadi. Tak daya saya nak dengar saja. Jadi marilah kita isinya dengan roti gardenia choco raisin. Baru beli petang tadi. Selamat malam semua, assalamu'alaikum.
Throwback December 21 2019
No comments:
Post a Comment