Thursday, December 31, 2020
Last Day of 2020
Wednesday, December 30, 2020
What Should I Do
Saturday, December 26, 2020
Aki & The Latest Cucu
Friday, December 25, 2020
Kisah Kawanku
Aku gelarkan kawanku sebagai M. Alkisahnya, ada seorang kawan M yang digelar sebagai K telah mesej dia dan hantar screenshot perbualan di Whatsapps antara K dengan seorang lelaki yang digelar sebagai A. M, K, dan A semuanya rakan sekelas di universiti.
Screenshot itu mengandungi perbualan antara A dengan K tentang seorang senior universiti yang bernama L, yang L meminta A menanyakan kepada K sama ada M sudah berpunya atau tidak. Jika tidak, dia ingin berkenalan dengan M dan seterusnya ke jinjang pelamin.
Mengapakah A tidak terus menanyakan perkara ini kepada tuan badan iaitu M? Mungkin sebab A takut sebab dia tak pernah bercakap pun dengan M. Jadi, kepada M yang tidak pernah melalui perkara ini iaitu ada orang nak berkenalan dengan dia, pastinya dia menggelabah.
Akhirnya setelah beberapa lama M berfikir, pada malam itu juga, dia telah memberi jawapan yang dia rasakan adalah tepat buat masa ini, iaitu M ingin fokus dalam menghabiskan pelajarannya terlebih dahulu memandangkan sekarang sedang waktu kemuncak semester di universiti.
Adakah itu bermaksud kawanku telah reject lelaki itu? Sejujurnya M mengenali L sebagai seorang senior yang garang dan berwibawa. Dia seorang lelaki yang baik dan sangat bijak. Mungkin dia boleh jumpa seseorang yang jauh lebih baik daripada M.
Pada malam yang sama, seorang kawan sekolah menengah M yang digelar sebagai R telah mesej M dan dia ingin memberitahu sesuatu yang sangat penting, katanya. Rupanya R ingin menyampaikan hajat seseorang iaitu kawan sekolah mereka yang digelar sebagai Y.
Y meminta R menanyakan sama ada M telah berpunya atau tidak. Semestinya dia belum berpunya. Jadi, jika M belum berpunya, Y berhajat untuk melamar M. Sekurang kurangnya dia tidak perlu mencari perempuan lain, dan akan menunggu M.
Ini kerana M telah menyatakan bahawa dia ingin menghabiskan pelajaran dan bekerja terlebih dahulu. Jadi, jawapan M adalah, dia seratus peratus menyerahkan perkara ini kepada ibu bapanya. Jika ibu bapanya suka, dia suka. Jika ibu bapanya tidak suka, dia tidak suka.
Namun, hakikat sebenarnya adalah M memang bersetuju saja jika lelaki itu ingin menjadikannya sebagai isteri. Ini kerana mereka telah saling mengenali satu sama lain sejak pra sekolah. Dari umur enam tahun, mereka satu kelas.
Mereka masuk ke sekolah rendah yang sama, sekolah menengah yang sama hinggalah ke universiti juga sama. Namun mereka tidak pernah berhubung antara satu sama lain. Y juga sudah mengenali keluarga M lagi lagi ayahnya sebab ayahnya M adalah guru sekolah rendah mereka.
Jadi, sekarang M hanyalah mampu berdoa semoga Allah mengurniakannya jodoh yang terbaik. Aamiin in shaa Allah. Ayah M menyatakan bahawa siapa yang masuk meminang dulu, dialah yang akan ayahnya terima, dengan syarat baik budi pekertinya.
Alkisahnya, empat tahun yang lalu, ada seorang pelajar ayahnya telah berjumpa dengan ayahnya dan meminta untuk memiliki anaknya dalam masa enam tahun dari tarikh mereka berjumpa. Ia berlaku pada tahun 2016 dan sekarang tahun 2020, jadi hanya tinggal dua tahun sebelum tempoh itu. Namun, dalam masa empat tahun yang telah berlalu, khabar lelaki itu tidak diketahui (ayahnya tahu namun tidak memberitahu anaknya). Jadi untuk langkah selamat, ayahnya menyatakan jika ada orang bertanyakan tentang M sama ada dia telah berpunya atau tidak, jawapannya tidak.
Seperti yang diberitahu tadi, ayahnya akan terima sesiapa yang masuk meminang dulu. Baru adil. Hmm panjang pula kisah kawan saya. Mungkin perkara ini Allah jadikan untuk menyedarkannya bahawa umurnya sudah tidak berapa muda lagi. Samalah dengan saya pun.
Saya doakan yang terbaik untuknya. Semoga Allah permudahkan urusannya dan juga urusan kita. Okaylah, sampai sini dulu coretan saya. Tadi saya record video resume! Haha struggle sangat sebab asyik gelak sebab adik saya tukang record.
Thursday, December 24, 2020
Throwback Raya 2019
Bukan senang nak jumpa kawan masa raya, sama ada raya puasa atau raya haji sebab hampir setiap tahun kami akan balik Pahang untuk menyambut raya dengan ahli keluarga dan sanak saudara di sana. Jadi, kawan kawanku jarang sangat datang rumah.
Mereka punya raya puasa pertama sakan benar, ke sana ke mari rumah kawan kawan. Saya hanya mampu melihat gambar selepas hari kejadian. Tapi saya tak kisah sebab saya memang dibesarkan dalam keluarga yang memang sentiasa bersama. Family girl lah katakan.
Tapi tahun lepas punya raya alhamdulillah ada peluang untuk ajak mereka ke rumah atas sebab sebab tertentu. Kami tak balik Pahang masa raya puasa tahun lepas, tapi raya haji kami balik, alhamdulillah. Tapi siapa sangat yang saya ajak ke rumah.
Saya tak ramai kawan pun. Kalau kawan sekolah menengah yang selalu contact dengan saya adalah Rajni, Rabiatul dan Sabrina. Orang lain memang jarang sekali dapat dengar khabar sebab saya tak simpan pun contact number mereka. Kalau dengar apa apa berita pun daripada tiga orang inilah.
Hmm okay sambung buat assignment. Doakan saya ya. Saya rasa semester terakhir ni sangat mencabar physical dan emotional. Hmm semoga Allah kuatkan diri saya untuk menghadapi semua ini. Sem depan in shaa Allah praktikal dah. Hihi.
Cepat sangat masa berlalu. Rasa sedih pun ada sebenarnya walaupun saya gembira nak habis belajar, sebab lepas habis praktikal in shaa Allah saya akan buat lesen kereta. Sekejap lagi pukul 12 tengah malam saya akan prereg buat kali terakhir.
Bye!
Wednesday, December 23, 2020
Kerana Terpaksa Aku Relakan
Tuesday, December 22, 2020
Berita Tergempar
Sunday, December 20, 2020
Wasting My Precious Time
Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tiga hari yang panjang tapi disia-siakan. Mengapakah tahap ketidakinginanku untuk menyiapkan assignment semakin meningkat? Apa yang harus ku lakukan?
Semoga Allah kuatkan semangatku untuk menyiapkan segala assignment yang ada dengan cemerlang dan pantas, dan dapat keputusan yang cemerlang. Aamiin ya Rabb. Begitu juga dengan kawan kawanku.
Malam ini, in shaa Allah saya akan tolong kawan saya menyiapkan micro teachingnya dengan menjadi pelajarnya. Semoga dengan pertolongan ini, Allah bukakan pintu hatiku untuk menjadi rajin dan menyiapkan semua kerja yang ada dengan segera. Aamiin.
Okaylah, dah nak 8.15, saya kena masuk zoom untuk micro teaching. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Aamiin ya Rabb.
Saya ingat nanti dah siap assignment, saya nak ceritakan satu benda yang sangat melucukan dan tak dapat diterima oleh akal saya. Bye!
Wednesday, December 16, 2020
Realiti Kelas Online
Monday, December 14, 2020
Hari Appointment
In shaa Allah hari ini saya akan menghadiri appointment. Ini adalah appointment pertama selepas pembedahan bulan 9 lepas.
Sekarang sebenarnya saya stress sikit sebab tak tahu apa nasib video micro teaching Islamic Education. Tak pernah pernah saya letak subtitle dalam video.
Tadi tengah convert ke video tiba tiba handphone habis bateri pula. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Aamiin ya Rabb.
Wahai diri, jangan cepat melatah. Semuanya Allah sudah tetapkan. Buat apalah saya stress benda yang tak perlu kan.
Bye.
2.49 AM (14/12/2020) Monday
Friday, December 11, 2020
Jidin is Mine!
Kakak saya yang duduk di KL nak ambil Jidin balik ke sana. Huaaa~ mana boleh! Saya sayang sangat dekat Jidin walaupun dia yang paling nakal dan paling tak dengar kata. Corak dialah yang paling berbeza dengan yang lain.
Tapi itulah yang buat dia unik. Hmm kesian kakak saya kempunan nak bela kucing. Hihi kakcik cari yang lain ya. Faktor lain yang buat saya sayang sangat dekat Jidin sebab dia yang paling dekat sama dengan Spot, kucing kesayangan saya yang dah tiada.
Lagipun, kita bela Jidin (dan kucing kucing lain) dari kecil lagi. Setiap hari dia di depan mata, dan masuk rumah laju laju tanpa kebenaran. Hmm okaylah saya kena sambung buat assignment. Doakan saya ya. Terima kasih.
11/12/2020 (Friday) 12.21 PM
Wednesday, December 9, 2020
Be Strong
Assalamu'alaikum W.B.T.
Esok saya midterm subjek Arabic for Academic Purpose. Allahu nervousnya hanya Allah yang tahu. Dahlah minggu depan ada lima assignment kena submit. Minggu depan jugalah kena pergi appointment di hospital.
Semua adalah dugaan kan? Semoga Allah kuatkan diri saya untuk menempuhi semua ini. Aamiin ya Rabb. Saya tengok adik saya makin terbiasa dengan kelas online. Alhamdulillah. Semoga dia pun terus kuat.
Okaylah saya rasa sampai di sini dulu catatan saya. By the way, view lagu Ya Agmal Eyoun nyanyian Dai Syed sudah mencecah 1 juta. Yeahh! Lagu Albi Nadak dah lama capai 1 juta. Rasanya dah 1.4 juta. Semoga dia kuat untuk menempuhi segala dugaan.
Bye!
Monday, December 7, 2020
Who's Next
Saturday, December 5, 2020
Adikku Punya Result
Semalam keluar result sem 1 adikku yang belajar di CFS Gambang. Alhamdulillah ala kulli hal. Yang penting, dia punya first sem result lagi tinggi dari saya punya first sem result di CFS dulu. Hihi. Teruskan bersemangat ya adikku!
Lusa dia dah start kelas online. In shaa Allah dia ambil lima subjek untuk sem 2, 2020/2021. Dia punya APT result hari tu tak pasti lagi sebab tak ada kenyataan rasmi lagi. Semua pelajar jadi macam tu. Mungkin system UIA yang masalah kan?
Semoga adikku tabah berdepan dengan kelas online yang tidak berkesudahan ini. Tapi yalah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Betul tak? Haa okaylah bye saya nak prepare untuk presentation.
Thursday, December 3, 2020
3 Dec 2020
Assalamu'alaikum W.B.T.
Kelas pukul 2 tadi saya present. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Ramai juga kena tegur tadi sebab salah baca dan salah tafsir. Tapi saya tetap suka ustaz sebab saya rasa itu style ustaz mengajar. Saya lagi suka kalau ditegur, kalau tidak sampai bila tak tahu kita salah. Kan?
Minggu depan banyak sangat kerja kena submit. Sekali dengan presentation, rasanya dua tak silap. Semoga dikuatkan diri untuk menyelesaikan semua assignment dengan jayanya dan lancarnya. In shaa Allah.
Tuesday, December 1, 2020
Welcome December
السلام عليكم
Sudah masuk bulan Disember tahun 2020. Rasa macam baru saja buat blog selamat tinggal 2019. Sekarang dah masuk penghujung tahun ini. Banyak kan benda yang berlaku sepanjang tahun ini~ Benda baik, benda tak baik, positive, negatif, suka, duka dan sebagainya.
Tapi percayalah, semua itu adalah perancangan Allah S.W.T. Kita hanya mampu berdoa dan membuat pilihan yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan. Saya rasa tahun ini sangat bermakna. Banyak perkara yang luar jangkaan telah berlaku.
Saya tak pernah fikir yang pengajian secara online akan berlaku dalam hidup saya, dan saya sendiri yang menghadapinya. PKP, cuti yang sangat panjang dan bermakna tanpa perlu fikir apa apa. Saya dapat luangkan masa bersama ahli keluarga tercinta.
Syukur alhamdulillah kami sekeluarga dapat solat tarawih berjemaah sepanjang Ramadhan dan juga solat solat fardu lain yang mana kami tak dapat peluang untuk buat sebelum ini sebab semua punya komitmen masing masing.
Ada juga perkara yang saya sedih seperti kucing kesayangan yang saya panggil Mok, mati dan tidak diketahui sebabnya. Mungkin sebab sudah tua, hanya Allah yang mengetahui. Result semester lepas pun kurang memberangsangkan berbanding result semester sebelum ini.
Tapi saya ambil pengajaran dari kejadian ini iaitu saya perlu berusaha lebih gigih dalam mengulangkaji pelajaran dan juga dalam menyiapkan assignment. Maklumlah duduk di rumah mood belajar jarang berkunjung ya.
Saya juga tak bersua muka dengan kawan kawan universiti hampir setahun. Sebelum ini setiap hari tatap muka sama dalam kelas kan. Tapi saya okay saja sebab saya tak rapat sangat pun dengan mereka. Cuma saya nak tengok baby bump kak Izzah. Hihi.
Ohh lupa nak cakap. Antara perkara yang menggembirakan tahun ini adalah apabila kawan sekelas saya iaitu kak Izzah dan Zai selamat menamatkan zaman bujang mereka. Ehh ke zaman dara? Hihi. Sekarang salah seorang daripada mereka sudah mengandung.
Due nya bulan 1 tahun 2021. Seorang lagi mungkin belum rezeki lagi. Lagipun memang dia rancang untuk tidak menghasilkan cahaya mata selagi tisak menamatkan pelajaran. Hmm panjang pula pasal mereka kan?
Jadi konklusinya, marilah kita sama sama muhasabah diri kita. Ubah sikap kita yang kurang baik dan cuba untuk menjadi seorang yang lebih baik. Jangan cepat menghukum orang itu ini. Jaga tepi kain sendiri saja. Jangan tambah dosa ya.
Bye!