17 Disember adalah tarikh keramat bagi kawanku kerana pada hari tersebut dia telah diuji dengan perkara yang selama ini tidak pernah berlaku dalam hidupnya.
Aku gelarkan kawanku sebagai M. Alkisahnya, ada seorang kawan M yang digelar sebagai K telah mesej dia dan hantar screenshot perbualan di Whatsapps antara K dengan seorang lelaki yang digelar sebagai A. M, K, dan A semuanya rakan sekelas di universiti.
Screenshot itu mengandungi perbualan antara A dengan K tentang seorang senior universiti yang bernama L, yang L meminta A menanyakan kepada K sama ada M sudah berpunya atau tidak. Jika tidak, dia ingin berkenalan dengan M dan seterusnya ke jinjang pelamin.
Mengapakah A tidak terus menanyakan perkara ini kepada tuan badan iaitu M? Mungkin sebab A takut sebab dia tak pernah bercakap pun dengan M. Jadi, kepada M yang tidak pernah melalui perkara ini iaitu ada orang nak berkenalan dengan dia, pastinya dia menggelabah.
Akhirnya setelah beberapa lama M berfikir, pada malam itu juga, dia telah memberi jawapan yang dia rasakan adalah tepat buat masa ini, iaitu M ingin fokus dalam menghabiskan pelajarannya terlebih dahulu memandangkan sekarang sedang waktu kemuncak semester di universiti.
Adakah itu bermaksud kawanku telah reject lelaki itu? Sejujurnya M mengenali L sebagai seorang senior yang garang dan berwibawa. Dia seorang lelaki yang baik dan sangat bijak. Mungkin dia boleh jumpa seseorang yang jauh lebih baik daripada M.
Pada malam yang sama, seorang kawan sekolah menengah M yang digelar sebagai R telah mesej M dan dia ingin memberitahu sesuatu yang sangat penting, katanya. Rupanya R ingin menyampaikan hajat seseorang iaitu kawan sekolah mereka yang digelar sebagai Y.
Y meminta R menanyakan sama ada M telah berpunya atau tidak. Semestinya dia belum berpunya. Jadi, jika M belum berpunya, Y berhajat untuk melamar M. Sekurang kurangnya dia tidak perlu mencari perempuan lain, dan akan menunggu M.
Ini kerana M telah menyatakan bahawa dia ingin menghabiskan pelajaran dan bekerja terlebih dahulu. Jadi, jawapan M adalah, dia seratus peratus menyerahkan perkara ini kepada ibu bapanya. Jika ibu bapanya suka, dia suka. Jika ibu bapanya tidak suka, dia tidak suka.
Namun, hakikat sebenarnya adalah M memang bersetuju saja jika lelaki itu ingin menjadikannya sebagai isteri. Ini kerana mereka telah saling mengenali satu sama lain sejak pra sekolah. Dari umur enam tahun, mereka satu kelas.
Mereka masuk ke sekolah rendah yang sama, sekolah menengah yang sama hinggalah ke universiti juga sama. Namun mereka tidak pernah berhubung antara satu sama lain. Y juga sudah mengenali keluarga M lagi lagi ayahnya sebab ayahnya M adalah guru sekolah rendah mereka.
Jadi, sekarang M hanyalah mampu berdoa semoga Allah mengurniakannya jodoh yang terbaik. Aamiin in shaa Allah. Ayah M menyatakan bahawa siapa yang masuk meminang dulu, dialah yang akan ayahnya terima, dengan syarat baik budi pekertinya.
Alkisahnya, empat tahun yang lalu, ada seorang pelajar ayahnya telah berjumpa dengan ayahnya dan meminta untuk memiliki anaknya dalam masa enam tahun dari tarikh mereka berjumpa. Ia berlaku pada tahun 2016 dan sekarang tahun 2020, jadi hanya tinggal dua tahun sebelum tempoh itu.
Namun, dalam masa empat tahun yang telah berlalu, khabar lelaki itu tidak diketahui (ayahnya tahu namun tidak memberitahu anaknya). Jadi untuk langkah selamat, ayahnya menyatakan jika ada orang bertanyakan tentang M sama ada dia telah berpunya atau tidak, jawapannya tidak.
Seperti yang diberitahu tadi, ayahnya akan terima sesiapa yang masuk meminang dulu. Baru adil. Hmm panjang pula kisah kawan saya. Mungkin perkara ini Allah jadikan untuk menyedarkannya bahawa umurnya sudah tidak berapa muda lagi. Samalah dengan saya pun.
Saya doakan yang terbaik untuknya. Semoga Allah permudahkan urusannya dan juga urusan kita. Okaylah, sampai sini dulu coretan saya. Tadi saya record video resume! Haha struggle sangat sebab asyik gelak sebab adik saya tukang record.
Once upon a time haha😂🤣
ReplyDelete