Allah Knows Best
Nampaknya terpaksa lah aku melepaskan Jidin kepada kakakku. Aku akan patuh saja pada kata kata Abah Umi walaupun tidak kurelakan perpisahan bersama Jidin. Lagipun musim sekarang sedang busy dengan assignments, jadi tiada masa untuk bermain dengan kucing.
Ada lagi yang tiada dalam gambar kerana masing masing buat hal sendiri. Ada yang berada dalam rumah kucing sebab tengah pantang lagi. Kucing pantang mana boleh keluar rumah, nanti meroyan bawa anak ke sana ke sini. Kesian anak dia nanti.
Tadi saya tidur lama sangat. Jadi saya kena tebus masa tidur saya dengan melakukan kerja yang berfaedah. Doakan saya kuat untuk siapkan assignment. Esok in shaa Allah saya akan prereg subjek buat kali terakhir dalam hidup saya iaitu subjek praktikal.
Masalahnya dalam sistem universiti saya masih pelajar tahun ketiga. Hei! Saya dah nak masuk semester kedua tahun keempat lah! Ishhh apalah sistem universiti kesayangan saya ni kahkah. Saya bersyukur saja sebab orang lain ada masalah lagi besar dari saya.
Okaylah. Sambil layan lagu Hindustan, in shaa Allah saya akan buat mana mana assignment yang saya rasa ada keinginan untuk buat. Adik adik saya tengah tengok video ujibakat Raja Lawak yang tak lawak tapi jadi lawak. Faham tak?
Bye!
No comments:
Post a Comment