السلام عليكم
Sudah masuk bulan Disember tahun 2020. Rasa macam baru saja buat blog selamat tinggal 2019. Sekarang dah masuk penghujung tahun ini. Banyak kan benda yang berlaku sepanjang tahun ini~ Benda baik, benda tak baik, positive, negatif, suka, duka dan sebagainya.
Tapi percayalah, semua itu adalah perancangan Allah S.W.T. Kita hanya mampu berdoa dan membuat pilihan yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan. Saya rasa tahun ini sangat bermakna. Banyak perkara yang luar jangkaan telah berlaku.
Saya tak pernah fikir yang pengajian secara online akan berlaku dalam hidup saya, dan saya sendiri yang menghadapinya. PKP, cuti yang sangat panjang dan bermakna tanpa perlu fikir apa apa. Saya dapat luangkan masa bersama ahli keluarga tercinta.
Syukur alhamdulillah kami sekeluarga dapat solat tarawih berjemaah sepanjang Ramadhan dan juga solat solat fardu lain yang mana kami tak dapat peluang untuk buat sebelum ini sebab semua punya komitmen masing masing.
Ada juga perkara yang saya sedih seperti kucing kesayangan yang saya panggil Mok, mati dan tidak diketahui sebabnya. Mungkin sebab sudah tua, hanya Allah yang mengetahui. Result semester lepas pun kurang memberangsangkan berbanding result semester sebelum ini.
Tapi saya ambil pengajaran dari kejadian ini iaitu saya perlu berusaha lebih gigih dalam mengulangkaji pelajaran dan juga dalam menyiapkan assignment. Maklumlah duduk di rumah mood belajar jarang berkunjung ya.
Saya juga tak bersua muka dengan kawan kawan universiti hampir setahun. Sebelum ini setiap hari tatap muka sama dalam kelas kan. Tapi saya okay saja sebab saya tak rapat sangat pun dengan mereka. Cuma saya nak tengok baby bump kak Izzah. Hihi.
Ohh lupa nak cakap. Antara perkara yang menggembirakan tahun ini adalah apabila kawan sekelas saya iaitu kak Izzah dan Zai selamat menamatkan zaman bujang mereka. Ehh ke zaman dara? Hihi. Sekarang salah seorang daripada mereka sudah mengandung.
Due nya bulan 1 tahun 2021. Seorang lagi mungkin belum rezeki lagi. Lagipun memang dia rancang untuk tidak menghasilkan cahaya mata selagi tisak menamatkan pelajaran. Hmm panjang pula pasal mereka kan?
Jadi konklusinya, marilah kita sama sama muhasabah diri kita. Ubah sikap kita yang kurang baik dan cuba untuk menjadi seorang yang lebih baik. Jangan cepat menghukum orang itu ini. Jaga tepi kain sendiri saja. Jangan tambah dosa ya.
Bye!
No comments:
Post a Comment