31 December 2020
Hari terakhir tahun 2020. Tahun yang penuh makna dan cabaran. Namun apa yang lagi mencabar adalah assignment ku yang semakin rancak menunjukkan belang. Rasanya semester inilah semester yang paling mencabar bagiku.
Di akhir tahun ini, hidupku terasa sengsara kerana terpaksa menyiapkan lebih daripada tujuh assignment. Ini adalah salahku juga kerana bertangguh. Tapi alhamdulillah berjaya submit on time, hihi. Markahnya? Aku berserah kepada Allah S.W.T.
Lagi seminggu untuk aku habiskan semester terakhir ku sebelum praktikal. Tuanya rasa kan walaupun masih muda. Ya ke muda? Hmm saya dah nak masuk dua puluh empat tahun. Birthday saya bulan 11 tapi still lah dikira umur dua puluh empat tahun kan.
Okaylah sampai sini dulu coretan saya. Semoga tahun baru memberi kita nafas baru dan kita dapat menjadi jauh lebih baik dari sebelum ini. Aamiin ya Rabb. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment