Bukan senang nak jumpa kawan masa raya, sama ada raya puasa atau raya haji sebab hampir setiap tahun kami akan balik Pahang untuk menyambut raya dengan ahli keluarga dan sanak saudara di sana. Jadi, kawan kawanku jarang sangat datang rumah.
Mereka punya raya puasa pertama sakan benar, ke sana ke mari rumah kawan kawan. Saya hanya mampu melihat gambar selepas hari kejadian. Tapi saya tak kisah sebab saya memang dibesarkan dalam keluarga yang memang sentiasa bersama. Family girl lah katakan.
Tapi tahun lepas punya raya alhamdulillah ada peluang untuk ajak mereka ke rumah atas sebab sebab tertentu. Kami tak balik Pahang masa raya puasa tahun lepas, tapi raya haji kami balik, alhamdulillah. Tapi siapa sangat yang saya ajak ke rumah.
Saya tak ramai kawan pun. Kalau kawan sekolah menengah yang selalu contact dengan saya adalah Rajni, Rabiatul dan Sabrina. Orang lain memang jarang sekali dapat dengar khabar sebab saya tak simpan pun contact number mereka. Kalau dengar apa apa berita pun daripada tiga orang inilah.
Hmm okay sambung buat assignment. Doakan saya ya. Saya rasa semester terakhir ni sangat mencabar physical dan emotional. Hmm semoga Allah kuatkan diri saya untuk menghadapi semua ini. Sem depan in shaa Allah praktikal dah. Hihi.
Cepat sangat masa berlalu. Rasa sedih pun ada sebenarnya walaupun saya gembira nak habis belajar, sebab lepas habis praktikal in shaa Allah saya akan buat lesen kereta. Sekejap lagi pukul 12 tengah malam saya akan prereg buat kali terakhir.
Bye!
No comments:
Post a Comment