Apa nak jadi dengan adikku ini. Takpelah, asalkan dia tak tunjuk muka stress, saya bersyukur sangat kahkah. Inilah realiti kelas online di rumah kami ya. Jangan harap nak guna meja macam dalam kelas dan yang macam saya impikan.
Akhirnya tumpas ke katil jua. Tapi takpe asalkan pelajaran masuk ke dalam otak dan tak keluar lagi. Sekarang adik saya sedang kelas online, ganti yang pukul 4 petang tadi sebab ustaz dia ada kerja tadi.
Saya pula ada presentation maqal naqdi esok, jadi terpaksalah prepare walaupun tak mahu. Doakan saya. Sudah selesai submission minggu 9. Sekarang minggu 10, makin banyak submissionnya ya. Takpelah, itulah lumrah hidup seorang pelajar.
Selagi tak habis belajar, selagi itu bergelumang dan berperang dengan assignments dan presentations. Dah habis belajar nanti, bergelumang dengan pencarian kerja pula. Selagi kita bernyawa, begitulah rutin kehidupan kita ya kawan kawan.
Jadi jangan stress dan sedih. Sentiasa pandang ke depan dan jalani hidup dengan aman dan selesa. Ingat, life is a journey, not a competition. Saya pun tak tahu ada kaitan ke tak cerita saya dengan ayat tu. Tapi itulah kisah yang saya ingin dendangkan hari ini. Bye semua.
Doakan saya rajin. Semoga segala apa yang kita lakukan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. dan diberkati-Nya. Aamiin ya Rabb.
16 December 2020 (Wednesday)
9.10 PM, di bilik tamu.
No comments:
Post a Comment