Saturday, July 30, 2022

USTAZ AZRELL


Saya relief saja kelas ni. Subjek PAI 4 Intan & Permata sebab Ustaz Hazmin bawa pelajar hoki negeri di KK. Saya diam sajalah. Malas nak bercakap. Tapi bagusnya Azrell ni dia buat kuiz PAI. Kawan sekelas dia pun sangat supportive. Berlumba lumba nak jawab. Lepas tu dia buat permainan Hangman. Saya pun join sekali menjawab kahkah. Pelajar macam inilah kita mau, productive dan proactive. Bukan yang sentiasa diam dan buat muka sedih dan bosan. Saya lah tu kahkah.

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, July 26, 2022

36 MASA SEMINGGU


Masih ingat kah kamu ketika saya meminta dengan PK1 untuk mengajar form 1 dan bukan form 3 dan tidak diluluskan atas alasan tertentu yang saya kira solid lah, itu pun kalau kamu baca lah saya punya blog tu hari. Setelah beberapa lama saya fikir, saya pun buat permintaan lagi sekali dengan PK1, iaitu asingkan kelas 3 Intan & Permata sebab total gabungan mereka adalah 39 orang yang mana sangat banyak bagi saya dan susah untuk handle.

Jadi, alhamdulillah permintaan saya dipertimbangkan cuma sudah diberi peringatan lah bahawa saya punya masa mengajar akan bertambah dari 30 ke 36 masa. Ya saya maklum tentang itu dan saya bersedia in shaa Allah. Ya ke tidak aku ni sebenarnya kahkah. Terima kasih Ustaz Amran kerana baik hati dan terima kasih Cikgu Felix si pembuat jadual. Dia suruh saya bertabah haha. Yalah satu hari ada kelas banyak kan.

Masalahnya sekarang adalah, 2 Mutiara pula yang bertambah budak sebab 2 Zamrud kena bubar, jadi 32 orang. Allahu banyak betul dugaan haha. Tapi takpe, in shaa Allah dipermudahkan oleh Allah. Allahumma aamiin. Doakan saya ya kawan kawan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Percaya ke tidak Syahirah dengar nasyid sekarang. Haa jangan kau pandang rendah ah haha tiber.

Aishh malu betul tadi. Kantoi dengan Cikgu Al Faidal saya punya kaki silang macam lelaki. Yalah kan duduk di meja sendiri mestilah duduk dengan selesanya dengan pakai headphonenya. Aduhai harap Cikgu Al Faidal tidak judge kahkah. Yalah ustazah kot. Dahlah bini dia pakai purdah. Hmm apa kaitannya tapi ada kaitannya jugalah. Okay bye. Saya masih di bilik guru sekarang. Hari Selasa, jam 3.59 petang. Takde mood nak balik bilik.

Kota Marudu, Sabah.

Friday, July 22, 2022

CIKGU AL FAIDAL WARDEN BARU TAN2


Terimalah, Cikgu Al Faidal sebagai warden baru asrama TAN2. Selamat datang Cikgu! Malam ni Cikgu Al Faidal datang ke surau Al-Khair mengimamkan budak budak yang 'rajin' betul mengaji ni. Alhamdulillah. Saya rasa sangat gembira. Rasa macam ada hidup balik di surau selepas ketiadaan Basirah. 

Cikgu Al Faidal akan masuk kuarters awal bulan depan in shaa Allah. Sekarang Cikgu Sabinus dalam proses memindahkan barang barangnya yang banyak ke rumah barunya. Ambil masa jugalah. Maksudnya nanti secara officialnya Sue akan berjauhan dengan Cikgu Sabinus kahkah. 

Semoga dengan kehadiran Cikgu Al Faidal sebagai warden asrama dan penjaga baru di surau, semua pelajar akan bersemangat membaca al-Quran dan tidak main main lagi. Kau jangan sampai Cikgu Al Faidal mengamuk, habis pecah meja kerusi dek. Pengalaman di 3 Permata dan 3 Berlian. 

Kota Marudu, Sabah. 

HAPPY BIRTHDAY SUE 🦅

Happy birthday Sue! 28 tahun sudah umur kau kahkah. Jangan marah ah. Yang penting Aveney ingat Sue umur 26 dan pelajar ingat dia umur 23. Sekian. Mereka ingat saya yang 28 tahun. Kurang asam punya pelajar. Sue perwatakan dia ganas tapi hati lembut dan berbunga bunga. 

Sue antara orang paling function di sekolah ni. Walaupun dia baru masuk bulan 4, banyak sudah dia punya contribution untuk sekolah lebih lebih lagi dalam kokum. Congratulations buddy! Tiber mengaku buddy haha. 

P/S: Gambar berikut adalah Sue ketika mesyuarat guru sedang membincangkan tentang majlis perpisahan Cikgu Sabinus. Nampak tak pemikirannya macam jauh menerawang kahkah. Sekian.

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, July 21, 2022

SETAHUN LEPAS, TIADA HALA TUJUKU

Assalamu'alaikum W.B.T. Teka apa yang saya lalui setahun yang lepas? Tarikh hari ini setahun yang lepas adalah tarikh akhir permohonan guru one off. Masa tu saya langsung tak tahu apakah nasib masa depan saya. Yang saya tahu adalah lepas saya habis belajar saya nak buat lesen memandu. Namun perancangan Allah itu adalah lebih baik dan terbaik. Walaupun saya tak tahu apa function saya minta one off, tapi saya minta juga sebab Abah dan Umi suruh, dan juga kawan kawan saya yang lain minta. 

Yang dalam fikiran saya adalah lepas habis belajar, saya duduk rumah tunggu panggilan temuduga. Itu saja. Hmm saya pun tak tahu apa yang saya cakap ni. Tapi itulah ia. Tidak pernah saya sangka Allah akan permudahkan urusan saya bekerja sebab kalau tengok senior saya mereka macam kena tunggu lama juga sebelum dapat mengajar. Jadi mindset saya pun begitulah. Tapi syukur ke hadrat Ilahi saya dan kawan kawan diberi rezeki yang tidak ternilai ini.

Saya pun tak pernah terfikir yang saya akan mengajar Pendidikan Islam. Saya ingat saya akan jadi cikgu Bahasa Arab. Tapi ada hikmahnya. Makin banyaklah pengetahuan saya tentang ilmu agama sebab saya macam belajar balik bila saya mengajar. Terima kasih ya Allah. Saya ada jugalah jealous dengan kawan saya yang dapat mengajar Bahasa Arab tapi it's okay. Saya boleh belajar sendiri dan memperkukuhkan lagi Bahasa Arab saya.

Kota Marudu, Sabah.

BOLA TAMPAR L18 TAN2


Awal juga mereka kalah. Tapi ndapalah. Cuba lagi tahun hadapan. Kuat betul lawan mereka. Tidak dinafikan lagi. TAN2 pun tidak kurang kuatnya cuma bukan rezeki mereka lah. Jangan sedih ah budak budak. Pengalaman yang bukan semua orang dapat kamurang dapat. Good boys! 

Sekarang saya sepatutnya berada di foyer bawah menjalankan tugas saya bahagian makanan. Tapi malangnya saya sakit perut. Lama sudah tidak senggugut. Dia datang balik kalini. Sabar sajalah. Jadi sapu minyak dulu di perut dan turun kejap lagi. Sorry Diana kahkah. 

Kota Marudu, Sabah. 

PAKSA BUDAK STAPLER KERTAS


Relakslah Syahadah, jarang jarang kakakmu ini menyuruh pelajar buat itu ini. Harini kelas jam 7 pagi, saya minta tolong pelajar 2 Delima stapler kertas exam tingkatan 1, peninggalan Basirah. Sekejap saja mereka buat. Mungkin sebab ramai kan. Kalau saya satu orang yang buat, mahu petang baru siap. Begitulah yang exam haritu. Lama betul baru siap. Tapi saya enjoy. Saya rasa macam nak record pula saya stapler kertas exam tu. Hihi. Boleh ke? Hmm tengoklah kalau saya rajin.

Kertas exam form 2 dan 3 sudah siap saya buat. Fotostat pun sudah. Tinggal nak stapler saja. Doakan saya kuat ya. Hihi. Nak kena siapkan PBD lagi. Aduhai banyak juga kerja saya tapi untuk setakat ini saya rehat dulu kejap. Nak tengok TAN2 berlawan bola tampar. Bye!

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, July 20, 2022

BOLA TAMPAR P18 TAN2


TAN2 kalah dengan SMK Tandek dalam aksi final tapi sudah cukup membanggakan. Tapi nampaklah muka mereka sedih dan kecewa. Yalah sikit lagi untuk merangkul juara kan. Apapun mereka terbaik! Tiada satu hari pun mereka skip latihan. Saya kagum dengan semangat mereka.

Cikgu Sabinus datang juga mewakili SMK Kota Marudu. Hmm. Tapi SMKKM kalah dengan TAN2 di quarter final rasanya. Hihhi. Saya bertugas bahagian makanan start jam 10 sampai 1 tengah hari. Termenunglah saya di sana dek. Boring betul. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, July 19, 2022

JERISON BUDAK RAJIN


Jerison, budak baik. Tiber. Budak ni selama ini tak pernah siap kerja saya bagi haha. Kalau saya suruh salin yang dari papan putih pun pelbagai alasan dia bagi saya. Letihlah, tangan lukalah dan sebagainya. Sampailah satu hari ni dia mengeluh kenapa buat kelas di bilik PAI, kenapa bukan di kelas dia sendiri. Lepas tu mengeluh itu ini. Masa tu saya tengah tulis di papan putih, panas je rasa hati ini haha. Saya memang tak pernah marah mereka betul betul sebab nanti saya yang stress.

Kalau saya marah pun macam main main sikitlah. Tapi kali ni geram betul saya. Saya pun cakaplah, "Kau datang sekolah dengan niat apa? Kalau kau takde niat nak belajar, datang sekolah sekadar nak main nak tidur, bagus kau duduk rumah diam diam". Saya teruskan menulis lepas tu. Mungkin selama ni dia tak pernah dengar saya membebel atau marah. Terus dia diam. Sekali eh siap dek kerja haha. Alhamdulillah. Dia memang budak baik. Cuma mungkin memerlukan sedikit perhatian.

Tapi kalau bagi perhatian lebih pun tak boleh juga. Begitulah sesiapa pun. Bukan Jerison satu orang. Jadi begitulah ceritanya. Saya terharu betul dia siap kerja, jadi apa lagi mestilah gambar sebagai bukti. Macam Ustaz Hazmin lah, apa apa dia akan minta gambar dulu. Tak boleh sekadar cakap. Dia mahu juga itu bukti. Begitu. Satu lagi, setiap kali saya nak guna bilik PAI saya kena bagitahu ustaz dulu. Minta izin dulu. 

Haritu ustaz suruh saya jaga budak saya betul betul sebab ustaz nampak tapak kasut yang disyaki budak kelas saya 3 Berlian. Tapi saya rasa memang betul pun. Tapi yang semalam punya kelas, saya nampak tapak kasut yang saya syaki dan saya yakin ia adalah tapak kasut ustaz sendiri kahkah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, July 18, 2022

TALL BOY ALIFF & NIZAM



Nizam, budak bijak Math kelas 2 Permata. Dia sendiri yang mengaku haha. Berkawan baik dengan si Aliff, budak yang masih mencari identiti sebenarnya. Baru tingkatan 2 tapi stress fikir macam mana kalau fail SPM. Lawak betul. Handsome budak dua orang ni. Cukup lengkap lah. Tinggi juga. Tapi lagi tinggi adikku Mukhlisin. 

Bangga betul mereka dengan ketinggian masing masing. Selalu compare tinggi dengan saya. Saya pun cakap adik ustazah umur 15 tahun tinggi betul. Lagi tinggi daripada kamu berdua. Terus rasa tercabar diorang haha. Bilang diorang ustazah tunggulah tahun depan kami umur 15 tengok tinggi kami. 

Comel kan mereka? Si Aliff ni selalu perli saya mama diorang sebab umur saya 25 tahun. Hello ustazah muda lagi okay. Siapa mama kau? Tapi bagi mereka saya ni tua lah. Adik beradik mereka yang paling tua pun belum cecah 20 tahun. Itu yang rasa saya tua betul tu. Hmm. 

Apapun, mereka ni antara pelajar yang bagus dalam kelas saya. Mereka benci betul dengan perempuan gedik kahkah. Yalah siapa je yang suka jenis gedik gedik ni. Haqiem Rusli pun tak suka. Tiber. 

Kota Marudu, Sabah. 

TUAN RUMAH BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU

Sunday, July 17, 2022

TESTING BUAI TOKMI


Jadi favorite spot sudah buai ni. Haa duduk lah kau puas puas di situ wahai anak anak buahku yang comel dan cerdik. Kalau Mama Sya naik belum tentu selamat buai tu haha. Yalah buat masa sekarang saya hanya mampu melihat dari jauh saja. 

Comel betul kan dua orang budak ni? Cepat je mereka besar. Rasa macsm baru tengok mereka pandai berjalan. Sekarang apa je mereka tak boleh buat haha. Lepas tu saya tak sangka mereka pandai main dengan adik mereka Abbas. Pandai juga mereka main dengan baby. 

Mungkin sebab mereka ramai sepupu yang lagi kecil. Macam Madiha dan Adam anak Kaklong Asma dan juga sepupu sepapat mereka. Hargailah masa anda bersama anak buah sementara mereka masih kecil sebab sekejap saja tup tup dah besar. 

Kota Marudu, Sabah.

AMMAR IMAM BARU


Budak Ammar 2 Mutiara ni saya pernah suruh dia jadi imam solat Isyak. Marah betul dia dengan saya. Bilang dia jangan kau paksa aku ustazah. Belum bersedia lagi. Okaylah jangan kau marah ustazah. Nanti kau sedia jadilah. I won't force you anymore. 

Bukan apa, kalau dia azan memang kalah bilal Mekah. Seriously merdu betul dia punya azan bertambah lagi dengan sebutan yang lancar dan betul. Bila dia jadi imam, tepatlah expectation saya terhadap dia. Memang terbaik dia jadi imam. Sebak betul saya malam tu. 

Bacaan dia sangatlah merdu dan mendayu dayu. Tajwid pun betul. Bacaan pun tepat alhamdulillah. Seramai imam di surau Al-Khair, setakat ini dia yang terbaik. Semoga yang lain boleh ambil contoh dan tiru dia. Good boy Ammar. Okaylah bye.  

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, July 16, 2022

MY LAST CLASS, ONE YEAR AGO

Begitu cepat masa berlalu. Tarikh hari ini, satu tahun yang lalu, adalah hari terakhir saya mengajar di SAM Rawang, menghabiskan praktikal saya selama 4 bulan yang kebanyakan harinya adalah kelas online. Satu pengalaman yang sangat berharga. Permulaan kehidupan saya sebagai guru walaupun sekadar guru praktikal. Sekarang bila saya tengok Ani, saya rindu waktu saya praktikal dulu. Saya faham keletihan dan kepenatan Ani, dan semua yang Ani rasa sekarang semuanya saya pernah rasa dulu. Begitu.

Saya sangat rasa asing di SAMER dulu. Rasa rendah diri sebagai seorang guru praktikal. Belum pandai bergaul dengan guru guru. Belum pandai berkomunikasi dengan pelajar pelajar. Sekarang pun saya bukanlah expert, tapi semakin okay alhamdulillah. Saya ingat lagi setiap hari ulang alik dari rumah sewa ke sekolah dalam 30 minit. Nasib Najwa yang drive dalam kesibukan bandar dan kereta yang laju. Semua itu hanya tinggal kenangan.

Sentiasa rasa nervous sebab takut dicerap kahkah. Setiap hari tak cukup tidur sebab memikirkan apa yang perlu diajar keesokan harinya dan menyediakan bahan bahannya. Secara keseluruhannya, mengajar semasa praktikal bukanlah sesuatu yang saya enjoy dalam hidup. Yang saya ingat hanyalah keperitan kahkah. Saya pun tak tahu kenapa. Walaupun saya biasa berjauhan dengan keluarga saya sepanjang di universiti dari tahun 2015-2020, tapi perasaan masa praktikal tinggal di condo Batu Caves, sangat lah berbeza.

Saya sangat sangat sangat sangat homesick waktu tu. Kesian si Najwa selalu nampak saya menangis haha. Padahal masa di universiti elok elok je berjauhan. Hmm. Sekarang lagilah jauh nun di Sabah. Tapi alhamdulillah semuanya okay. Mungkin sebab saya makin tua? Erkkk. Begitulah kehidupan ya tuan puan. Sekian dulu cerita saya mengimbau kenangan ketika praktikal tahun lepas. Waktu tu langsung tiada terfikir akan bekerja di Sabah. Sekian.

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, July 14, 2022

BUDAK ASRAMA KENA BOLA HOKI



Alkisahnya budak si Aieystera ni masa perlawanan hoki tu hari kaki dia kena bola hoki dan lebam. Tapi tiada dia bagitahu ustaz, coach dia. Bila lebam tu merebak dan bertambah sakit barulah pandai bagitahu. Itupun dia bagitahu saya. Saya pun gambarlah dia punya kaki. Memang teruklah. Takut betul saya tengok. Saya pun chat lah si ustaz masa meeting. Sekali ustaz terkejutlah dan marah sebab berapa kali sudah ustaz tanya semua pemain sama ada okay atau tidak, sihat atau tidak, semua jawab okay dan sihat.

Jadi ustaz pun suruhlah saya dan Elvy bawa budak tu ke klinik sebab kereta ustaz bini dia bawa pergi mengajar. Ustaz suruh kami keluar saja dari mesyuarat tu. Kami pun apa lagi happylah kahkah. Kalau tidak memang saya akan tidur dalam mesyuarat. Satu penat, satu mengantuk haha. Jadi kami balik rumah dan tukar baju. Lepas tu terus kami gerak ke klinik. Ustaz suruh gambar warden bertugas bawa budak tu ke klinik dan update laporan kepada ustaz. Yes boss! 

Jadi kami ke Klinik Kesihatan Tandek yang lebih kurang 15 minit dari sekolah. Elvy yang drive, kereta dia kan. Bila masuk bilik doktor, kena check dan doktor suruh ke Hospital Lotong untuk buat pemerikaan xray dan kena datang ke klinik balik untuk doktor baca result. Dasar budak ni itulah lambat bagitahu kan dah banyak masalah haha. Itu saya describe Elvy punya pandangan mata masa tahu kena ke hospital. Jadi kami ke sana terus. Ambil masa 15 minit lagi untuk sampai ke sana. Kena rushing sebab masa tu dah 3 lebih dan klinik tutup pukul 5. 

Boleh tahan lama juga menunggu di hospital dan lepas dapat result tu terus kami balik ke klinik. Alhamdulillah tiada apa yang serious lah pada budak tu. Cuma darah membeku tempat cedera. Tiada fracture. Alhamdulillah. On the way balik saya yang drive. Kami singgah di Kupang sekejap sebab nak beli nasi ayam penyet hihhi. Sambil menunggu kami minum air dulu sambil tengok pemandangan. Saya dan Aieystera bandung cincau, Elvy laici.

Lepas tu kami terus balik dan punch card di pejabat. Masa tu dalam jam 5 lebih. Semua pelajar asrama ada di foyer, belajar hoki. Ada yang latihan bola tampar. Kami duduk situ sekejap dan tengok mereka main. Lepas tu saya baru teringat Kakda dan Basirah. Mereka ada di rumah Basirah dan akan balik rumah Kakda. Saya pun cepat cepat sebab nak jumpa si Basirah tapi dalam perjalanan saya ke sana, saya nampak kereta Kakda lalu.

Saya pun panik dan hampir menangis. Rasa macam ditinggalkan sangat. Saya terus call si Basirah dan tanya dia kenapa dah balik. Okay saya pun menangis. Haha manja tak. "Bakpo balik doh nyo, oghe tokdea nok jupo", okay itulah ayat saya sambil menangis. Jadi sekejap lagi in shaa Allah saya dan Kakda ambil Basirah di sekolah barunya dan makan makan in shaa Allah. Balik ke sini balik sebab Kakda ada latihan olahraga dan Basirah pun nak kemas baki barang dia. Sekian.

Kota Marudu, Sabah.

LATIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR TAN2


Latihan yang tak pernah terhenti walau sehari. Komited betul pelajar pelajar TAN2 serta semua coachnya. Cikgu Mas, Sue, Cikgu Jusip dan Ustaz Hazmin. Semoga kemenangan yang cemerlang berpihak kepada TAN2. Saya tukang tengok saja. Main memang tidak pandai dek. Bola dia pun baru sekali saya pegang dalam hidup kahkah. Mereka semua akan beraksi minggu depan. Kami menjadi tuan rumah. Nervous. Saya bahagian makan minum dengan Diana.

Banyak sudah sekolah kami melakar kemenangan dalam sukan permainan lain dan ada pelajar yang menjadi wakil negeri seperti badminton, hoki dan catur. Walaupun 2, 3 orang saja bagi satu satu permainan, namun ia sudah cukup membanggakan dan satu kejayaan yang sangat cemerlang. Semoga tahun tahun depan akan ada ramai lagi yang berjaya menjadi wakil dan seterusnya menang lah.

Ustazah tumpang gembira ya anak anak walaupun ustazah tiada langsung contribution dalam sukan haha. Lemah betul ustazah ni kahkah. Tapi adalah ustazah nasihat pemain pemain Muslim ni yang jenis pandai pandai tangguh solat dan qada semua solat masa Isyak. Suka hati mak bapak kau haha. Sudah ustazah tazkirah dan paksa mereka ganti solat. Aduhai anak.

Kota Marudu, Sabah.

BASIRAH'S LAST DAY AT TAN2


Setiap permulaan ada pengakhiran, setiap pertemuan ada perpisahan. Itulah yang saya boleh katakan berdasarkan keadaan sekarang. Hari ini adalah hari terakhir Basirah berkhidmat di SMKTAN2. Itupun sedang tulis nota serah tugas. Jangan tugas itu diserahkan kepada saya sudah kahkah. Cantik betul Basirah hari ini. Setiap hari memang dia cantik. Tapi hari ini dia extra cantik. Why? Berseri betul. Adakah dia happy dapat pindah? Adakah saya keseorangan yang sedih? Haha.

Jadi begitulah kehidupan saya sekarang. Meja tepi saya bakal dikosongkan dan saya bakal keseorangan. Tidak sama lagi kehidupan saya selepas ini. Memang Basirah pindah dekat sekolah yang berdekatan saja. Dalam 30 minit. Tapi lain sudah suasana di sini. Masih saya ingat pertama kali kami berjumpa. Dalam keadaan yang kelam kabut. Pada hari pendaftaran asrama iaitu hari pertama puasa tahun 2022, saya tertidur mati di bilik saya di rumah warden lepas habis saja pendaftaran dalam jam 1.30 petang. 

Saya terbangun petang sudah. Ada miss call dari Ustaz Hazmin. Rupanya ustaz ada ketuk pintu rumah banyak kali tapi saya tak menyahut. Lepas tu ustaz buka guna kunci pendua. Ketuk lagi bilik saya tapi saya tak jawab sebab memang tidur mati. Penat dek. Jadi alkisahnya kenapa ustaz ketuk adalah sebab untuk perkenalkan Basirah, guru baru TAN2. Dia tumpang rumah warden dulu sebelum masuk flat kuarters.

Hmm macam tak kesampaian apa yang saya cerita tu sebab panjang lagi tapi saya malas tulis haha. Tapi pokok pangkalnya saya jumpa Basirah petang tulah. Dia datang dengan kawan kakak dia. Bukan main saya cakap KL tanya dia asal mana. Rupanya Kelantan dek. Haha terus haritu kami memang ngam. Buka puasa bersama. Dia makan nasi Marry Brown. Saya makan makanan tapau dewan makan.

Punya banyak kami bercerita haritu. Jadi begitulah detik perkenalan kami. Cepat betul kami ngam mungkin sebab sama sama orang Kelantan. Terkejut betul saya tahu dia dari sama daerah. Like how? Nun jauh di Sabah tapi boleh terjumpa orang Kelantan yang daerah sama. Begitu juga Kakda. Okay begitulah ceritanya. Menarik ke tidak?

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, July 13, 2022

THE VERY LAST NIGHT WITH BASIRAH AT TAN2

Malam yang menyedihkan bersama Basirah. Mengingati balik kenangan kami ketika berada berduaan di sekolah ketika orang lain sibuk berhari raya bersama keluarga terchenta di rumah. Banyak kenangan kami cipta sepanjang 4 bulan perkenalan, dan malam ini adalah malam terakhir Basirah di sini sebab start dari besok Basirah akan tinggal di rumah Kakda dan berkhidmat di SMKKM. Basirah tinggal bersama Kakda sementara jumpa rumah sewa dan dapat kereta. 

Terima kasih Basirah atas semua kenangan yang dibina bersama. Terima kasih atas semua kebaikan yang telah Basirah buat kepada diri ini. Terima kasih atas semua nasihat yang diberikan. Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah diri ini yang bermacam macam. Terima kasih kerana menjadi kawan yang baik. Terima kasih untuk segalanya Bas. I love you ❤️

Semoga Basirah terus cemerlang di tempat baru. Semoga Basirah dapat mengajar dengan cemerlangnya dan lancarnya di sana. Semoga Basirah dapat menyesuaikan diri di sana dengan cepatnya. Semoga Allah memberkati hidupmu dan mempermudahkan segala urusanmu. Semoga Basirah mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Allahumma aamiin. 

Kota Marudu, Sabah.

FAVORITE SONG (JULY 2022)

1. Balada Seorang Gadis Kecil - Zubir Ali
2. Kisah Seorang Biduan - Dhalan Zainudin
3. Rindu Bayangan - Carefree
4. Kenangan Lalu - Flybaits
5. Permaisuri - Data
6. Penghujung Rindu - Jamal Abdillah
7. Mengintai Dari Tirai Kamar - Exists

P/S: Lagu yang nombor 1 di atas sangat nostalgik dan menggamit memori. Ini adalah kerana lagu itu first time saya dengar ketika di sekolah rendah, SK Gual Sitok. Siapa yang nyanyikan? Abah saya! Cikgu Ahmad Kamal kahkah. Saya ingat lagi Abah nyanyikan di dewan di depan semua pelajar. Rasanya masa kem kepimpinan. Sampai sekarang saya ingat dia punya lirik. Hihi. Trylah dengar. Best betul.

Tuesday, July 12, 2022

HAPPY BIRTHDAY NEILDA 🌵

12 Julai 2022

Selamat hari lahir Neilda yang ke-25! Tak sangka saya akan ada kawan orang Sabah. Berkawan dengan orang Sabah di Sabah. Haha. Neilda posting di TAN2 sebulan lepas saya posting. Sekolah ni penempatan pertama kami lah. Neilda satu satunya guru yang satu umur saya di sekolah ni. Hihi. 

Bila Basirah pindah, saya lah cikgu bongsu di sini kahkah. Tapi takdelah membanggakan pun benda tu. Lagipun fizikal saya besar dan nampak tua dari yang lain kahkah. Tapi saya tetap bersyukur 🫂 Neilda ni mula mula saya kenal dia, saya ingat dia sombong. Diam saja. Haa sekarang janganlah kau start bercakap dengan dia, memang tiada penghujung haha. 

Dia cakap dia suka membebel dalam kelas. Lagi dia cakap sepatutnya birthday dia, dia happy lah. Namun hari ini dia mendapat khabar bahawa dia telah dilantik sebagai guru kelas Tingkatan 3 Permata menggantikan Cikgu Sabinus. Stress betul muka dia harini. Lagipun dia anti betul dengan pelajar 3 Permata. Haha. Semoga dengan asbab dia jadi guru kelas 3 Permata, mereka punya hubungan menjadi bertambah baik. 

Sepatutnya Cikgu Al Faidal ganti Cikgu Sabinus tapi tak tahulah kenapa. Bilang Neilda sebab Cikgu Al Faidal dah ada tugas jadi warden. Habis saya ni bukan warden ke, kena jadi guru kelas lagi kahkah. Takdelah gurau saja. Saya sayang kelas saya 2 Permata. Maafkan ustazah anak anak. Tadi baru saja saya letak bunting 'Welcome To Our Class' di pintu kelas. Kalau rosak ganti RM100 saya bagitahu pelajar. Padahal beli RM25 saja. Saja saya nak takutkan budak budak ribena tu. 

Satu lagi pasal Neilda ni, biasakan sebelum siapa siapa lapor diri sekolah, nama mereka akan naik dulu kan. Jadi bila naik nama Neilda, saya sangat gembira sebab ada guru Muslim baru, sebabnya nama dia Neilda binti Zakaria. Sekali, datang free hair. Aik boleh ke cikgu Muslim tak pakai tudung. Rupanya dia non-Muslim. Hmm haha lawak betul. Semua satu sekolah tertipu ingat dia Islam. Begitulah ceritanya. Siap masukkan dia dalam group Surau Al-Khair lagi haha. 

Kota Marudu, Sabah. 

BALADA SEORANG GADIS KECIL

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan dukacita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering air mata
Menangisi kematian
Ayah bonda dan saudara

Pada suatu senja langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Berapa banyak lagi 
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa 
Kekejaman manusia

Berapa abad lagi
Gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban peperangan

Lagu: Balada Seorang Gadis Kecil
Penyanyi: Zubir Ali

Monday, July 11, 2022

DISCOVERED NEW FAVORITE FOOD

Selepas ini tiada lagi kelibat KFC kerana Pizza Hut telah mencuri hati saya. Mengapakah selama ini saya tidak sedar tentang kesedapan Pizza Hut Kota Marudu? Terima kasih kepada Basirah kerana memperkenalkan saya dengan Pizza Hut. Kalau tak sampai bila bila saya sekadar lalu kahkah. Senangnya adalah dia satu kawasan dengan Servay. Untung betul beli pizza. Kalau ambil saiz regular 2, jadi RM24. Kenyang betul. Kalau KFC satu set dia RM21+. Itupun kalau masuk perut saya, belum cukup lagi. Jadi boleh lah lepas ini saya beralih arah ke pizza pula. Sorry KFC for betraying you. But I have to because it's too good. Tiber.

Yang saya makan semalam adalah Aloha. Mungkin lepas ni boleh try yang lain. Masalahnya kalau saya dah suka dengan Aloha tu, saya akan beli yang itulah selamanya sampailah seseorang suap saya dengan perisa lain. Haha. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, July 10, 2022

PIZZA HUT & SERINSIM KOTA MARUDU

Alkisahnya kesenduan saya di pagi raya haji hanya sebentar saja kahkah. Kakda ajak makan pizza! Yeah 💣 Jadi lepas Zohor kami ke Pizza Hut. Saya beli Aloha size regular, Basirah Aloha saiz small dan Kakda combo Aloha size regular dan mushroom soup. Kami tapau. Lepas tu fikir nak makan dekat mana. Sekali Kakda cakap jom pergi pantai. Cari lah kami pantai itu di Google Map. Lepas tu Kakda cakap haa kita pergi sungai, dekat saja. Housemate Kakda pernah pergi sana. Jadi kami pun geraklah. On the way ke sana kami ambil duit dan isi minyak dulu. Menyempat beli aiskrim mochi boba kahkah. Lepas tu ikutlah maps yang ada tu. Sekali tak jumpa dek. keluar dekat Hospital Lotong juga. Jadi Kakda pun cakap daripada kita bazir masa cari tempat yang tak tahu hala tuju, baik pergi Serinsim. 30 minit dari situ. 

Yeah saya dan Basirah on saja bah. Kejap saja perjalanan kami ke sana. Tambah lagi dengan Kakda yang pernah ke sana sebelum ni dengan housemate dia. Sampai sana dalam jam 4. Kami kena bayar RM3 setiap seorang. Masalahnya tempat tu tutup jam 4.30 petang. Hmm serba salah betul nak bayar. Tapi kami bayar jugalah hihi. Boleh tahan ramai jugalah orang mandi manda dalam sungai yang jernih airnya tu. Kami turun kereta, bawa pizza dan makan tepi sungai sambil tengok pemandangan. Sekali angin datang dengan dahsyatnya haha lawak betul. Nasib tak terbang pizza kami. Lepas makan kami jalan jalan sekejap sambil ambil gambar dan video. 

Dalam jam 5 kami gerak balik dan sampai 45 minit kemudian. Begitulah cerita saya di hari raya haji di Sabah. Best juga unplanned trip ni kan. Walaupun sekejap, betapa ia mengisi hati yang sedang kosong berseorangan di bilik warden haha. Tapi kan, balik saja di asrama tak ada karan dek sampailah jam 10 malam begitu. Bergelaplah saya di rumah warden bersama Sue. Semalam kami borak di ruang tamu lah sambil pintu terbuka untuk bagi angin masuk. Lepas tu Ustaz Hazmin chat tanya guna ke tak gas memasak rumah kami. Memang tak guna lah dek. Mana saya pernah masak. Sue pun. Yang guna pun Elvy saja dan masak megi. Haha.

Lepas tu ustaz cakap nak pinjam boleh ke. Ya boleh ustaz. Kami letak sedia di pintu. Senang pelajar datang ambil. Sekali ustaz sendiri yang datang. Yang malunya adalah ustaz minta gas tu punya sambungan. Kami tak pandai buka dari dapur tu. Jadi ustaz kena masuk sendirilah. Betapa segannya yang Allah, kenapa? Sebab dapur tu sangat berhabuk dan bersarang labah. Malu! Macam tak guna sangat gayanya haha. Nasib ustaz sporting. Sambil sambil ustaz ambil dapur tu sambil kami explain kenapa dapur tu macam tak digunakan haha gigih. Lepas tu ustaz sengaja je suluh lampu tu dekat bahagian lain di dapur. Oi kau memang tak masak ke ni ustaz tanya haha. Lawak ke tak?

Kota Marudu, Sabah.

RAYA HAJI PALING SENDU DALAM HIDUPKU

Sekali lagi saya rasa hidup tersangatlah sendu kahkah. Inilah nasib saya tinggal jauh di perantauan. Jarang boleh balik. Keseorangan di sini. Hmm sedih betul. Dia lagi sedih dari yang saya rasa di universiti dulu. Yang dulu pun saya tak boleh describe apatah lagi sekarang. Rasa kosong betul. 

Begitulah kehidupan saya sejak di universiti. Tiada perubahan langsung. Asyik terperap dalam bilik saja. Yang membezakan dulu dan sekarang adalah dulu saya belajar sekarang saya mengajar. Sedih ke tak sedih dek? Tolonglah jawab haha. Apa benda saya membebel di pagi raya ini. Okay itu saja untuk luahan hati saya. 

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Selamat makan daging korban 😋 Selamat enjoy kehidupan anda sekarang (khas untuk Syahadah). Saya sedang minum air nestum di meja dalam bilik. Tadi saya mandi, basuh baju, kemas bilik dan cuci mug yang seminggu sudah dibiarkan hihi. Bertabahlah wahai hati. 

P/S: Kenapa saya terlebih sensitif harini sebab tengok status Whatsapp kawan kawanku haha. Bahagia betul nampak beraya situ sini bersama keluarga. Itulah bahaya betul tengok kehidupan orang. Mungkin saya kena jadi macam dulu balik iaitu tidak tengok status Whatsapp siapa siapa. Bye. 

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, July 9, 2022

KE SEKOLAH DENGAN MATA BENGKAK

Hari yang panjang. Masih saya ingat, saya bangun jam 1.30 pagi dan sediakan bahan mengajar sebab sepatutnya saya kena cerap hari tersebut. Semua benda saya buat pagi tu. Alhamdulillah siap! RPH pun saya buat masa tu. Saya sangat bersyukur memiliki printer di bilik saya. Ia sangat memudahkan kerja saya alhamdulillah. 

Jadi lepas siap semuanya, saya tak dapat tidur pun. Jadi saya kemas bilik saya yang hanya Allah tahu betapa berseleraknya ia. Saya siapkan RPH yang tertangguh dan yang akan datang juga. Banyak jugalah benda boleh siap kalau bangun awal pagi kan kahkah. Jam 4.30 pagi saya mandi dan bersiap terus dengan hati yang nervous mau kena cerap. 

Namun apakan daya tak jadi cerap. Pagi tu di sekolah memang mata saya bengkak dan ada eyebag serta dark circle sampai Ani cakap Ya Allah kenapa mata tu Syahirah kahkah. Pokok pangkalnya, jangan kau bertangguh buat kerja. Jangan buat kerja last minute macam saya. Kalau tiada masalah takpe, mana tahu tiba tiba mati karan ka atau apa apa yang boleh membantutkan kerja kita yang last minute, ah manfus~

P/S: Saya orang pertama sampai di sekolah haritu hihhi iaitu jam 5.45 pagi. Biasanya saya yang antara paling lambat walaupun duduk paling dekat dengan bangunan sekolah kahkah. 

Kota Marudu, Sabah. 

PERMINTAAN DITOLAK

Okay sedih ke tidak? Sedihlah dek. Kesian saya. Hmm. Apa yang terjadi adalah saya dengan rasa rendah dirinya meminta untuk PK1 pertimbangkan saya untuk ajar form 1 menggantikan form 3, tapi form 2 saya ajar macam biasa. Saya minta untuk tidak mengajar form 3 adalah sebab saya rasa saya dah tak boleh nak handle mereka. 

Tapi seperti yang boleh dibaca di atas, jawapannya TIDAK. Saya tetap kena ajar juga form 3. Allahu macam mana saya mahu meneruskan hidup ini kahkah. Tapi baik kan PK1 saya. Kalau dia bercakap pun memang lembut dan sentiasa positif. Jadi apa yang saya perlu buat sekarang adalah berlatih menjadi garang sedikit. 

Selain itu mengeluarkan suara yang lebih kuat dan menggunakan pedagogi yang menarik. Betul kan? Saya takkan dapat tugas ini kalau saya tidak mampu kan. Doakan saya ya kawan kawan. Sekarang saya di rumah Basirah sambil makan KFC sambil tulis blog. Guna handphone saja. Awak dah makan ke? Kalau belum makanlah. Nanti tengah malam dah tak boleh makan. Tiber. 

Kota Marudu, Sabah.