Friday, July 8, 2022

TEMAN SUE DIKRITIK OLEH USTAZ


Petang! Saya dan Sue baru balik dari office ustaz di rumah warden. Apa kami buat di sana? Ambil sign ustaz untuk rph kami dan teman Sue kena kritik kahkah. Bukanlah kritik, dia lebih kepada kena komen lah. Sebab saya dan Sue dua dua kena cerap oleh ustaz. Nasib Sue sporting dia tak kisah saya dengar dia kena komen. Saya pun tak kisah kalau dia dengar saya punya. Kita sama sama belajar kan. Begitu. 

Banyak juga saya kena komen dengan ustaz. Tapi semua komen membina lah. Yang paling penting kawalan kelas sangat lemah. Saya pun memang sedar lah benda tu kahkah. Yang lain overallnya alhamdulillah okay ustaz puas hati. Anda tidak tahu ya betapa saya awkward mengajar depan ustaz. Nasib baiklah haritu saya buat aktiviti. Pelajar lah yang banyak bercakap. Saya hanya memantau saja. 

Yang saya paling suka ustaz buat saya selesa. Saya buat kelas di surau sebab buat aktiviti '2 Stay 3 Stray'. Jadi pelajar yang menerangkan segalanya kepada pelajar lain. Jadi tahu tak apa ustaz buat sepanjang kelas saya? Ustaz baring dek. Haha lawak betul. Lepas tu ustaz makan gula gula dengan biskut yang saya sediakan untuk pelajar kalau mereka dapat jawab soalan yang saya bagi. 

Alhamdulillah saya rasa enjoy lah kelas haritu. Semua kelas haritu saya sangat enjoy dan suka kacawoli kelas form 3 lah macam biasa kahkah. Saya ada 3 kelas haritu. Hihi. Lepas habis kelas yang kena cerap tu terus ustaz bagi komen. Tapi di bilik guru lah. Terima kasih Ustaz! Tapi sempat lagi kami berlakon macam tengah berbincang. Itu memang ustaz pakar sangat bab tu kahkah. 

P/S: Baru saya rasa macam ada mentor. Kalau tidak selama ini begitulah kehidupan saya kahkah. Rupanya ustaz dia quite supportive tapi dia takdelah tunjuk sangat. Dia ada style dia sendirilah. Gayanya macam orang muda padahal dah dekat 40. Eh jauh lagi. Ustaz baru 35 tahun dek. Bye!

Kota Marudu, Sabah. 

1 comment: