Assalamu'alaikum W.B.T. Selamat tengah hari semua. Dengan ini, rasmilah Cikgu Sabinus dan Ustazah Basirah sebagai bekas guru SMK Tandek 2 dan menjadi ahli baru keluarga SMK Kota Marudu. Basirah bukan main cakap besar takkan menangis bila berucap. Namun akhirnya sebelum dia start bercakap dia sudah menangis dan tidak dapat meneruskan ucapannya.
Cikgu Sabinus punya ucapan boleh tahan panjang. Bukan apa, Cikgu Sabinus dia mention setiap cikgu dan cakap jasa dan pengalaman dia dengan cikgu tu. Turn saya, dia cakap lepas ni tiada lagi yang akan usik saya dan lepas ni saya tak perlu takut lagi dengan dia haha. Dia selalu usik start kejadian dengan Danial yang saya tidak perlu cerita pun di sini kahkah.
Tiada lagi cikgu yang selalu tanya how are you setiap hari 😠Saya ingatkan haritu hanya rumors saja yang Cikgu Sabinus kena pindah, rupanya betul betul. Tapi tak kena sedih pun sebenarnya sebab sekolah kami bukan jauh sangat pun. Dahlah dalam satu daerah saja. Boleh saja jumpa bila bila masa kalau nak. Tapi tiada lagi lah Cikgu Sabinus di TAN2.
Basirah pula, memang dari sebelum dia masuk sini, dah ada ura ura cakap dia akan dipindahkan ke sekolah lain sebab sekolah sana kekurangan guru Bahasa Arab. Tapi lama juga dia bertahan sini dalam 4 bulan. Tapi dalam masa sesingkat itu betapa banyaknya memori kami bina bersama. Kami sangat sangat ngam mungkin sebab orang sama negeri, sama daerah dan tup tup pernah belajar di sekolah Abah saya mengajar sekarang.
Begitulah ceritanya. Sekian. Sekarang jam 1.35 petang. Tadi lepas majlis perpisahan saya balik bilik sekejap solat dan tukar baju. Lepas tu saya naik bilik guru balik. Pelajar semua tengah dalam proses balik sempena raya haji. Tapi ada beberapa orang yang terlibat hoki tak balik sebab kena latihan. Mereka bertanding 12 dan 13 Julai nanti. Harapnya menang dengan cemerlangnya. In shaa Allah.
P/S: Yang lagi menyedihkan adalah lagu sekolah dicipta oleh Cikgu Sabinus. Mesti dia bangga setiap kali mendengar lagu tu dinyanyikan. Wow! Mesti kami akan rasa sayu kalau dengar lagu tu dinyanyikan oleh pelajar di tapak perhimpunan setiap Rabu.
Kota Marudu, Sabah.
Semoga mereka berjaya dan bahagia di sana⭐
ReplyDelete