Thursday, July 14, 2022

BUDAK ASRAMA KENA BOLA HOKI



Alkisahnya budak si Aieystera ni masa perlawanan hoki tu hari kaki dia kena bola hoki dan lebam. Tapi tiada dia bagitahu ustaz, coach dia. Bila lebam tu merebak dan bertambah sakit barulah pandai bagitahu. Itupun dia bagitahu saya. Saya pun gambarlah dia punya kaki. Memang teruklah. Takut betul saya tengok. Saya pun chat lah si ustaz masa meeting. Sekali ustaz terkejutlah dan marah sebab berapa kali sudah ustaz tanya semua pemain sama ada okay atau tidak, sihat atau tidak, semua jawab okay dan sihat.

Jadi ustaz pun suruhlah saya dan Elvy bawa budak tu ke klinik sebab kereta ustaz bini dia bawa pergi mengajar. Ustaz suruh kami keluar saja dari mesyuarat tu. Kami pun apa lagi happylah kahkah. Kalau tidak memang saya akan tidur dalam mesyuarat. Satu penat, satu mengantuk haha. Jadi kami balik rumah dan tukar baju. Lepas tu terus kami gerak ke klinik. Ustaz suruh gambar warden bertugas bawa budak tu ke klinik dan update laporan kepada ustaz. Yes boss! 

Jadi kami ke Klinik Kesihatan Tandek yang lebih kurang 15 minit dari sekolah. Elvy yang drive, kereta dia kan. Bila masuk bilik doktor, kena check dan doktor suruh ke Hospital Lotong untuk buat pemerikaan xray dan kena datang ke klinik balik untuk doktor baca result. Dasar budak ni itulah lambat bagitahu kan dah banyak masalah haha. Itu saya describe Elvy punya pandangan mata masa tahu kena ke hospital. Jadi kami ke sana terus. Ambil masa 15 minit lagi untuk sampai ke sana. Kena rushing sebab masa tu dah 3 lebih dan klinik tutup pukul 5. 

Boleh tahan lama juga menunggu di hospital dan lepas dapat result tu terus kami balik ke klinik. Alhamdulillah tiada apa yang serious lah pada budak tu. Cuma darah membeku tempat cedera. Tiada fracture. Alhamdulillah. On the way balik saya yang drive. Kami singgah di Kupang sekejap sebab nak beli nasi ayam penyet hihhi. Sambil menunggu kami minum air dulu sambil tengok pemandangan. Saya dan Aieystera bandung cincau, Elvy laici.

Lepas tu kami terus balik dan punch card di pejabat. Masa tu dalam jam 5 lebih. Semua pelajar asrama ada di foyer, belajar hoki. Ada yang latihan bola tampar. Kami duduk situ sekejap dan tengok mereka main. Lepas tu saya baru teringat Kakda dan Basirah. Mereka ada di rumah Basirah dan akan balik rumah Kakda. Saya pun cepat cepat sebab nak jumpa si Basirah tapi dalam perjalanan saya ke sana, saya nampak kereta Kakda lalu.

Saya pun panik dan hampir menangis. Rasa macam ditinggalkan sangat. Saya terus call si Basirah dan tanya dia kenapa dah balik. Okay saya pun menangis. Haha manja tak. "Bakpo balik doh nyo, oghe tokdea nok jupo", okay itulah ayat saya sambil menangis. Jadi sekejap lagi in shaa Allah saya dan Kakda ambil Basirah di sekolah barunya dan makan makan in shaa Allah. Balik ke sini balik sebab Kakda ada latihan olahraga dan Basirah pun nak kemas baki barang dia. Sekian.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment