Wednesday, July 6, 2022

PROGRAM KU PETIK BINTANG TAN2


Program Ku Petik Bintang ☆ dilancarkan pada hari ini 6 Julai 2022 di tapak perhimpunan. Program ni dicipta untuk bagi semangat kepada pelajar untuk ke sekolah dan membuat kebaikan serta patuh peraturan sekolah. Kalau mereka buat apa apa kebaikan dan ikut peraturan sekolah, mereka akan dapat bintang. Bila bintang yang dikumpul sudah cukup mengikut bilangan yang ditetapkan, mereka akan diberi ganjaran. 

Apa saja benda baik mereka buat, mereka akan dapat bintang. Contohnya, hadir sekolah setiap hari. Tolong cikgu bawa barang. Padam papan putih. Pakai baju seragam sekolah dengan betul. Begitu senang untuk mereka dapat bintang kan. Ia adalah untuk encourage mereka untuk jadi berdisiplin dan bersahsiah tinggi. Begitu. Kelas tak kelas dek. 

Jadi alkisahnya si Adhwa yang selama ini tak pernah tolong aku bawa barang dan kalau aku suruh, dia suruh orang lain, akhirnya kemarin tiba tiba nak tolong pegangkan buku saya yang ringan itu sampai ke bilik guru. Bila dia letak buku tu atas meja saya, dia cakap, ustazah bagi saya bintang banyak banyak ya. Amboi kuat betul penangan Ku Petik Bintang ni kahkah. Alhamdulillah. Perubahan positif ya bagi Adhwa haha. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment