Sunday, July 3, 2022

MINI COOP

Ini adalah antara impian saya bila saya bekerja. Beli banyak banyak makanan dan atur. Alhamdulillah tercapai. Tapi satu lagi impian saya adalah memiliki peti sejuk dan penuhkan dengan segala makanan dan minuman yang saya mahu. Itu nantilah. Saya belum nampak lagi keperluan peti sejuk untuk saya sekarang. Lagipun saya masak pun tidak. 

Tapi segala makanan ini bukanlah untuk saya semata mata. Saya sediakan juga untuk kelas saya. Almaklumlah anak anak saya di sekolah ni sejenis yang demand. Kalau tak ada gula gula kau rasa mereka bersemangat ke tidak belajar? Hmm tidak dek. Tapi tak apalah demi kebaikan semua. Hihi. Tapi dek kau datang sekolah nak makan ke nak belajar? Haha.

Saya rasa saya punya makanan sekarang banyak saya letak di sekolah berbanding di bilik. Mungkin sebab masa kita banyak di sekolah kan. Lagipun takkanlah setiap kali saya nak bagi reward dekat budak saya kena balik bilik ambil. Memang tidaklah. Dahlah sekarang kalau naik tangga sikit pun dah tercungap cungap dah ustazah. 

Mana perginya stamina dan tenaga saya yang dulu. Di manakah kau menghilang? Tolonglah datang balik. Mungkin saya kena banyak riadah. Banyakkan aktiviti yang boleh buat saya hidup secara sihat dan makan makanan yang sihat. Bukannya gula gula, biskut dan KFC. Hihhi. Hmm rasa macam nak makan KFC lah pula. Aduh macam mana ni.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment