Makan makan sempena majlis perpisahan Cikgu Sabinus dan terbaru Ustazah Basirah. Baru tadi pagi dapat surat penempatan semula. Syukurlah Basirah dapat sekali dengan Cikgu Sabinus di SMKKM. Jadi tadi petang dalam jam 2.30 kami turun ke kantin sekolah dan start preparation buat bakso, ada yang kena buat sambal, ada yang bakar ayam, ada yang buat acar, ada yang sediakan air dan sebagainya. Setiap dari kami ada tugas masing masing. Tugas saya selain termenung adalah buang kulit halia dan lengkuas untuk bakso.
Sambil tunggu makanan siap, ada beberapa orang cikgu karaoke dulu. Antaranya Cikgu Neckly dan Ustaz Hazmin. Cikgu Neckly okay lagi, kalau ustaz dek hmm. Mungkin itu cara ustaz hilangkan stress kahkah. Saya ada ambil video ustaz nyanyi tadi kahkah.
Kota Marudu, Sabah.
Come sangat gambar tu🤩
ReplyDelete