Wednesday, November 30, 2022

SUE MANGSA SI DANIAL


Terkejut beruk si Sue masa on laptop bila tengok desktop dia haha. Dasar Danial nasib tak sakit jantung Sue tengok Kelvin Lee Joseph Lee terpampang di screen kahkah. Entah apa lah dorang punya konflik sampaikan Danial buat macam itu haha. Danial sedang balas dendam haha lawaknyalah. 

Kenapa kawan kawan saya semua tak matang? Kenapa saya satu orang yang matang? Allahu hmm. Permudahkanlah segala urusan kawan kawan seperjuangan saya Ya Allah! 

P/S: ASP Khalida bersama Cikgu Jovinah dan Cikgu Jesvi sedang serious membincangkan tentang kes pelajar di belakang itu ya tuan puan. Jangan kacau nanti kena marah kahkah. Entahlah dekat dekat nak cuti ni banyak pula kes timbul. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, November 29, 2022

HAPPY BIRTHDAY SABRINA

29 November 2022

Happy birthday kawan saya yang jauh di mata lagi dekat di hati ini. Sabrina, seorang yang saya langsung tak sangka akan jadi kawan baik saya. Mungkin best friend? Detik pertemuan pertama kami adalah ketika kami di tingkatan 3. Saya menyertai pertandingan kuiz Bahasa Arab yang dianjurkan di SMU (A) Tahiriah Tasek. Saya, Rajni dan Aliyana adalah wakil SMU (A) Al-Fauziah, Banggol Kulim. Mantap ke tidak nama sekolah kami kahkah. 

Okay sambung cerita. Jadi kami menentang mereka lah yang diwakili oleh Sabrina, Zul Ikram dan Hanif. Alkisahnya sekolah kami dapat tempat ke-2 iaitu naib johan. Tapi okaylah. Pada ketika itu, saya sangat tercabar dengan seorang perempuan bernama Sabrina ini. Dahlah cantik, putih, pandai lagi. Masa pertandingan kami duduk tepi tepi. Punyalah sombong haha. Itu apa yang berada dalam kepala saya lah. Judgemental betul kan hiks.

Jadi sampailah saya masuk tingkatan 4, saya anggap Sabrina sebagai seorang yang sombong, pandai dan cantik. Yang saya ingat saya memang tak berapa suka lah dengan dia. Tercabar kan kahkah. Hinggalah awal tingkatan 4, ditakdirkan kami sekelas di Maahad Muhammadi Rantau Panjang. Mula mula memang tak bertegur sapa. Macam mana kami boleh berkawan, ia bermula ketika hari persekolahan biasa. Pada petang itu ada sukan. Tapi saya duduk dalam kelas saja sambil tengok kawan kawan hias kelas. 

Ada lah si Sabrina sekali masa itu. Jadi ketika itulah kami mula bercakap termasuk perkara yang tak perlu diceritakan di sini. Kami imbas balik moment kami bertanding dulu. Segala ketidakpuasan hati disuarakan haha. Rupanya baik saja orang nya. Haa yang saya tercabar dengan dia adalah dia sangat nampak tenang. Tersangatlah tenang sampailah sekarang tak pernah berubah. 

Dari sisi dia, dia cakap saya yang sombong. Dia kata masa pertandingan kan dia duduk tepi saya. Dia try start conversation dengan saya. Dia tanya, awak dari Al-Fauziah kea? Saya jawab ya dan terus berpaling tempat lain. Maklumlah saya kan tak pandai berkomunikasi dengan orang. Jadi dia anggap saya sombonglah sampai lah dia jumpa saya di MMRP dan basically sama sajalah persepsi kami tentang masing masing. 

Okay sambung. Mula dari hari itu, disebabkan saya selalu balik lambat sebab menunggu Umi dan dia pun balik lambat sebab tunggu abang dia ambil, kami pun berborak. Saya ingat lagi, dia tanya saya tengok ke tidak Running Man. Saya pun tanya siapa hero dia? Haha bila ingat balik saya akan rasa sangat lah stupid. Tapi baguslah sebab itu bermakna saya tak di exposed sangat dengan hiburan begitu ketika itu. Tapi sampai sekarang kalau saya ingat balik saya akan gelak satu orang. 

Bermula dari situ kami makin rapat sebab macam sehati sejiwa. Yang bagusnya personaliti kami sangatlah berlainan. Saya kalut, dia tenang. Jadi kami saling melengkapi. Mula lah kami rapat antara satu sama lain. Rehat sekali, solat sekali, dia datang rumah saya, saya pergi rumah dia, saya rapat dengan keluarga dia, dia rapat dengan keluarga saya. Dia banyak kali juga bermalam di rumah kami dan belajar bersama. 

Kenangan paling best adalah kami study bersama masa SMU dan SPM. Dia tidur di rumah saya. Makanan favorite kami adalah nasi air buatan Omma. The best! Sabrina sangat suka nasi air yang Umi buat. Menu wajib kalau dia datang rumah. Masa tingkatan 4, saya pernah ikut family Sabrina ke Kota Bharu jalan jalan. Jumpa dengan Diana Amir. Hiks. Mana pernah seumur hidup Umi saya bagi saya keluar dengan kawan.

Namun Abah dan Umi saya percayakan keluarga Sabrina. Bawa saya ke KB, pergi shopping, pergi festival haiwan dan jumpa Diana Amir. Itu paling penting. Saya jadi rapat juga dengan adik adik Sabrina iaitu Muiz dan Firdaus. Besar sudah mereka sekarang. Allahu sedihnya bila fikir begitu cepat masa berlalu. Begitu saja benda itu berlalu. 

Rajni, Rabiatul dan kawan kawan yang lain semua pelik macam mana saya boleh rapat dengan Sabrina padahal masa tingkatan 3 dulu apa saja yang saya tak cakap pasal 'budak kulit putih sekolah tasek' itu. Haha lawak betul bila fikir balik. Sampai ke akhirnya kami sentiasa bersama. Belajar di sekolah bersama. Balik lambat bersama. Kami pernah dipuji oleh Ustaz Talib sebab rajin buat essay Bahasa Arab walaupun bukan time sekolah. 

Kami buat essay English sama sama. Menghafal Adab Nusus dan subjek lain sama sama. Basically semua benda buat sama sama sehinggalah ada orang cakap kami lesbian. Hmm itu saya tak tahu lah sumber dari mana. Asal rapat memang akan kena cop lesbian eh? Entahlah nak. Takde benda lain kali nak difikirkan. 

Hubungan kami renggang sebentar sebab Sabrina terkesan dengan fitnah tersebut. Dia taknak saya pegang dia dah. Haha lawak kan! Tapi sekejap saja sebab saya ignore. Begitu. Yalah benda tak betul kenapa nak semakkan kepala kan. Panjang lagi kalau nak cakap pasal Sabrina. Mungkin dia lah kawan saya yang paling rapat seumur hidup saya. Sekarang dia dah ada 6 orang anak buah. Seriously!

Jadi, apapun SELAMAT ULANG TAHUN HARI LAHIR YANG KE-25 SABRINA! Tua sudah kau ah. Hiks. Tapi yang penting muka kamu sentiasa muda dan ceria. Dia punya perangai yang relax dan tenang kadang kadang menyakitkan hari saya juga haha. Sampai sekarang eh tak puas hati. You're the best Sabrina! I love you 💖

Semoga Allah permudahkan segala urusan awak, permudahkan rezeki yang halal buat awak, diberi kesihatan yang baik, dihindari dari segala penyakit dan kemudaratan, dipermudahkan jumpa jodoh yang terbaik pada masa yang tepat, dimakbulkan segala doa awak dan diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. ALLAHUMMA AAMIIN.

P/S: Hakak sebak dek. Rindu Sabrina! Harap dapat kita jumpa nanti ya in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, November 28, 2022

BATA & SYAHIRAH JANGAN DIPISAHKAN


Haa kawan kawan, jangan tanya berapa diri ini habis membeli kasut kasut dan sandal ini hihi. Yang penting in shaa Allah hati ini puas. Alhamdulillah. Saya kan susah jumpa kasut yang saya berkenan betul. Bila ada yang berkenan kita rembat terus dek. Jangan tunggu lama lama. Kalau Umi tahu adakah saya akan kena marah haha. Takpe yang penting saya pakai kan Omma. 

Yang sandal itu adalah effort saya untuk menjadi lebih feminin in shaa Allah. Palan palan lah menjadi lebih keperempuanan. Takkan nak drastik terus kan. Hiks. Tak sabarnya nak pakai. In shaa Allah tahun depan ah kita pakai. Tapi sandal tu saya ingat nak pakai masa balik Kelantan nanti. Kiranya saya tinggal sandal koko di sini saja. Kau tak payah ikut aku.

Kota Marudu, Sabah.

CINTA BARU BASIRAH


Kenapa semua orang advanced dari saya ni? Adakah saya ketinggalan kahkah. Alhamdulillah di usia yang sangat muda iaitu 23 tahun, Basirah berjaya memiliki kereta sendiri. Allahuakbar! Tahniah kawanku Basirah yang kecil dan comel. Kecil kecil cili api ini budak. Mengalahkan hakak eh kau. Cantik kan kereta dia! Myvi H dek, kau hado? Haha. 

Saya ingatkan warna merah ni tak cantik, rupanya cantik! Sangat lah sesuai dengan Basirah. Saya test drive kemarin. Bukan main smooth dek. Adakah saya perlu beli kereta model ini juga kahkah. Okay gurau. Saya akan paksa Umi beli. Hiks. Lengkaplah hidup Basirah sekarang ya. Sukalah kau nak ke mana mana senang saja. 

Lupa nak tanya apa nama kereta dia. Manalah tahu dia letak nama kan. Maklumlah kesayangan dia sekarang. Terima kasih Basirah sudi datang berjumpa dengan hakak yang sendu ini haha. Terima kasih juga bagi hakak test drive. Baik betul dia bagi saya try kan. Semoga yang terbaik untukmu Basirah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, November 27, 2022

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAN2 KE LABUAN


24 hingga 27 November 2022 yang lepas, pihak asrama telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Labuan yang melibatkan 32 orang pelajar asrama dan 4 orang warden serta pengetua. Pelajar yang terlibat adalah 10 pengawas asrama, 17 ketua bilik dorm terbaik dan 5 pelajar terbaik akademik setiap tingkatan. Warden yang terlibat saya, Sue, Elvy dan Ustaz Hazmin. Ouh satu orang lagi guru pengiring iaitu Cikgu Jusip yang menggantikan warden Cikgu Al Faidal yang tak boleh join sebab isteri bersalin.

Kami bertolak dari sekolah pada 24 November jam 6 pagi. Perjalanan selama lebih kurang 5 ke 6 jam untuk sampai ke Terminal Feri Menumbok. Sampai di sana dalam jam 12 lebih dan terus urus untuk berlepas ke Labuan. Kalut sekejap sebab kena kumpul IC budak dan juga guru untuk beli tiket. Setelah itu dalam jam 1 lebih kali kami naik feri dan bertolak ke sana yang mengambil masa dalam sejam lebih untuk sampai ke Labuan. 

Wah first time menjejakkan kaki di negeri tersebut. Tapi tak banyak beza sangat rasanya dengan Sabah. Dialek yang digunakan pun lebih kurang Sabahan saja. Kami terus bergerak ke Ganggarak Homestay yang tak jauh dari terminal. Kami rehat sekejap, solat jamak, mandi dan setelah itu gerak ke restoran untuk makan sebab belum makan lagi seharian itu. Saya order kuew tiew bandung ayam. Sedap sangat! Tak tipu. Itu first time saya try makanan itu ya. Sedap! 

Yang paling penting saya tak kena bayar sebab ditanggung oleh asrama. Hiks. Saya tapau nasi ayam penyet satu untuk makan malam. Lepas makan kami terus ke Ujana Kewangan. Macam shopping mall lah tapi sayangnya dah banyak kedai tutup sebab dah lewat. Okay sebenarnya tak adalah lewat sangat sebab masa tu baru 7 malam tapi sudah beransur ditutup. Tapi saya sempat lah round tapi tak beli apa apa kecuali ais krim dan sunscreen macam Kaksyadah punya di Guardian. 

Setelah itu kami balik ke homestay. Eh saya lupa nak cerita pasal homestay lah. Hiks. Dalam pagar tu ada 6 buah rumah. Kami sewa 3 buah rumah selama dua malam. Kami ambil rumah di tengah. Kanan kami pelajar aspuri dan kiri aspura. Saya dan guru guru lain duduk satu rumah. Sue dan Elvy sebilik dan saya sebilik dengan pengetua. Haa kau hado? Kita tidur sekatil dengan pengetua okay. Bila lagi nak dapat peluang begitu kan. 

Tapi saya masuk bilik lepas pengetua dah tidur haha. Saya tengok TV di ruang tamu. Ada aircond lagi. Sayanglah kalau tidur awal kan. Okay berbalik kepada cerita asal, hari kedua di Labuan, awal pagi lagi kami bersiap dan bersedia untuk ke SM Sains Labuan untuk lawatan sambil belajar. Sebelum ke sana kami breakfast dulu di JJ Nazar, makan roti canai. Itupun kena belanja juga alhamdulillah. Rezeki kan. Dah lah segala trip free. Makan pun free. Wah heaven!

Okay saya akan senaraikan semua tempat yang kami pergi sepanjang di Labuan dan sertakan gambar yang saya sempat ambil lah. Saya pun tidak tahu kenapa macam tiada mood untuk bergambar dan mengambil gambar ya. Adalah kali konflik ketika itu. Okay tapi tak apa hidup perlu diteruskan. Ouh haa satu lagi saya nak cakap yang lawaknya sebelum saya bersetuju untuk sebilik dengan pengetua saya sempat merajuk dulu haha. Dasar kenapa saya dibuli kahkah. Dalam kereta pun saya kena duduk belakang sekali dengan barang haha. Tapi itu adalah kerana saya paling muda hiks. 

1. Ganggarak Homestay Labuan

2. SM Sains Labuan

3. Taman Burung Labuan


4. War Memorial Park

5. Muzium Marin Labuan

6. Cabana Retreat Kota Belud

5. Kem Paradise Kota Belud


6. Ujana Kewangan Labuan


Saturday, November 26, 2022

HAPPY ANNIVERSARY ABAH UMI

Abah Umi, anakmu ini sekarang berada di Labuan! Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-33 Abah Umi 💕 Kalau tahun lepas kami ada bersama sama ketika anniversary Abah Umi. Tapi sekarang saya jauh merantau di Sabah. Anak anakmu semua sudah besar! Alhamdulillah. Semoga kami sentiasa menjadi anak yang berguna kepada Abah Umi. 

Semoga kami sentiasa diredai oleh Abah Umi. Semoga dipermudahkan segala urusan Abah Umi dalam apa jua hal in shaa Allah. Siapa sangka ini tahun ke-33 sejak Abah Umi berkahwin kan. Mesti bila mereka mengenang kembali detik detik dulu, mereka sebak. Betapa cepat masa berlalu kan. Haha acah acah macam saya ada 33 tahun lepas kahkah. 

Saya aminkan semua doa yang ditulis oleh adikku Syahadah di blog dia. Saya setiap kali baca yang doa Syahadah tulis, saya akan sebak. Level lain oh dia punya doa. Anak didik Ustaz Wadi Anuar betul kahkah. Alhamdulillah. Bangganya Abah Umi ada anak macam Syahadah. Ini lah hasil yang dimahukan oleh setiap ibu bapa. 

Nanti saya akan sertakan link dia punya post. Boleh baca di sana. Lengkap sudah semuanya kahkah. 


Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, November 22, 2022

FIRE DRILL TAN2 2022

22 November 2022

Fire drill dilaksanakan dan melibatkan semua warga sekolah kecuali pekerja kantin. Kami semua berkumpul di tapak perhimpunan selepas terdengar loceng. Lama juga loceng itu bunyi kan. Beberapa minit selepas berkumpul, trak bomba sampai dengan pakcik pakcik bomba memakai pakaian bomba yang kemas. Hmm. 

Best sangat tengok demo cara padamkan api. Antara yang berkesempatan memadamkan api adalah Aveney, Cikgu Majawal, Cikgu Nassy, Kee Ilham dan Aezie. Bertuah lah mereka lah dapat merasa. Saya nak buat juga tapi takde confidence nak pergi kahkah. Maafkanlah gue. Tapi saya tahu juga macam mana mahu guna itu benda. 

Harap seluruh warga sekolah yang terlibat tadi mendapat manfaat dan dapat dipraktikkan jika berlaku sebarang kejadian. Terlepas nak mengajar 3 Permata hari ini. Tapi saya sempat 3 kelas juga hari ini. Ngam ngam pelajar 2 Berlian/Mutiara habis baca ayat Kursi, loceng berbunyi. 

Saya baru saja lepas makan. Tak habis pun tapi rasa kenyang sudah. Mungkin saya simpan untuk petang pula memandangkan saya cepat lapar sekarang. Hari ini saya memecah rekod tidak membeli nasi goreng pataya daging. Saya beli nasi, ayam pedas dan sayur kangkung. Hebat ke tak makan sayur? Hiks. 

P/S: Menyempat eh cikgu cikgu bergambar dengan trak bomba dan pakcik bomba sekali. Saya terus saja naik bilik guru lepas habis. Aduh terlepas moment penting kahkah. Takpelah. Comel jak Syawal dengan Ibnu ni haha geram saya tengok! Macam kena paksa masuk gambar saja tu kahkah.

Kota Marudu, Sabah. 

AISHAH & AMAR ARE GETTING MARRIED 💕

Congratulations Aishah and Amar! Dah nak kahwin classmate TASL saya ni! Saya rasa sedih dan happy kahkah. Sedih sebab rasa macam dah tua sebab kawan sekelas dah nak kahwin. Happy sebab mereka dah nak masuk ke fasa baru. 

Allahu dari jadi classmate akan jadi suami isteri in shaa Allah. Siapa sangka kan. Walaupun saya lambat tahu, tapi saya bersyukur hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Begitu. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Dah tak lama tu. Mesti nervous kahkah. 

Tapi saya kagum lah dengan mereka. Macam mana mereka boleh present depan pakwe makwe mereka dalam kelas? Saya respect betul lah yang boleh buat macam tu haha. Macam mana juga saya boleh tak tahu mereka sebenarnya ada hubungan? Seriously saya tahu 2 tahun lepas mereka officially menjadi pasangan kekashih. 

Tapi takpelah bukan bagi apa apa effect dekat saya pun. Tapi still lah saya rasa macam ketinggalan. Tapi baguslah sebab maksudnya kawan kawan saya bukan jenis yang bergosip ngehngeh. Okay kenapa banyak pula saya punya tapi ni kahkah. 

Semoga hubungan yang akan dibina ini akan kekal berterusan hingga ke syurga yang tertinggi di sisi Allah. Semoga dilancarkan majlis mereka, dipermudahkan segala urusan mereka, diberi keberkatan dan kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga dikurniakan zuriat yang ramai dan soleh solehah. 

Allahumma aamiin. Semestinya saya rasa mereka akan memiliki keluarga yang besar nanti in shaa Allah. Memandangkan kedua duanya mempunyai adik beradik yang ramai ya kawan kawan. Semoga yang terbaik untuk kalian, Aishah dan Amar. Sebak pula. Hihi. Tak lama dah tu. Ngam ngam sebulan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, November 21, 2022

CULIK BUDAK UNTUK HIAS KELAS MALAM HARI

Malam ini aku menculik 5 orang budak ini ke kelas 2 Permata untuk menghias kelas. Hias ala kadar saja, mengikut barang yang ada. Kami penuhkan sudut mata pelajaran dan cabut langsir. Cabut semua lapik meja sebab pengetua tak suka sebab tak sekata hihi. 

Alhamdulillah dikurniakan anak anak kelas yang rajin. Ringan tulang sangat mau tolong mama nya kahkah. Lagi lagi mereka escape prep sebenarnya kahkah dasar budak. Takpelah malam ini kita bagi lepas ya. Lagipun ini untuk kelas mereka juga. 

Jadi ini lah kejadian kalau telefon terlepas ke tangan mereka. Masa saya tengah buat jadual di laptop, mereka mengambil kesempatan bergambar sepuas hati mereka. Saya pun bagi sajalah, mungkin dah lama tak jumpa handphone kali kan. 

Comel sebenarnya ragam budak budak sekolah ini ya. Terima kasih semua tolong ustazah yang lost ini kahkah. Esok sambung lagi hias dan tambah apa yang patut. Tak menyesal saya beli stapler gun mahal mahal. Hihi alhamdulillah. Okaylah bye semua! 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, November 19, 2022

SELAMAT MENGUNDI

Assalamu'alaikum WBT. Selamat mengundi semua orang Malaysia! Saya sebagai rakyat Malaysia yang berada di Sabah dan tidak balik Kelantan, saya tidak mengundi lah kahkah. Semoga yang baik baik saja untuk Malaysia terchenta. Seumur hidup saya, saya belum pernah mengundi. Kenapa Syahadah mesti advance dari saya. Lesen dia dapat awal dari saya, dia mengundi dulu sebelum saya. 

Alkisahnya, saya satu orang saja tinggal di sekolah sekarang plus security guard lah. Semua yang lain balik mengundi dan pelajar asrama pun kepulangan wajib. Jadi saya satu orang di asrama. Semalam hari pertama saya tidur berseorangan di rumah warden. Perasaan tak tahu nak cakap macam mana. Makin okay sikit lah sebab saya pernah juga macam ini masa cuti Deepavali.

Alhamdulillah I'm getting stronger and braver. Hiks. Kemarin hari paling productive dalam hidup saya. Saya bangun solat, mandi, kemas bilik, sapu sarang labah labah, kemas dapur, refill air dalam tong dapur, cuci bilik air dan jalan jalan di kawasan sekolah melihat pemandangan. Malangnya sebelah petang hujan lebat dan mati karan. Bayangkan saya bergelap sampai malam lepas Isyak. 

Okaylah itu saja laporan dari bilik berita untuk hari ini. Apa apa akan saya update ya kawan kawan. Semoga dipermudahkan urusan semua keluar mengundi. Choose well ✌ Love all of you! Assalamu'alaikum WBT. Warak betul hari ini dua kali bagi salam ya. Bye!

P/S: Gambar di atas adalah gambar paling random di dunia kahkah. Tiada kaitan dengan undian. 

Kota Marudu, Sabah. 

GENAP SETAHUN HAQIEM RUSLI KAHWIN

Perasaan daku ketika tahu Haqiem Rusli nak kahwin, bercampur baur. Bukan cowok daku pun tapi rasa sedih. Kata nak kahwin umur 28, tup tup 23 tahun dia kahwin. Awal betul. Hari dia kahwin adalah hari muram sedunia. Murung. Masih ku ingat mood daku sangat teruk hari itu. Jangan sesiapa bercakap dengan aku. Begitulah seumpamanya. 

Ngam lagi hari itu sakit gigi. Allahu kombo dek. Masa itu di rumah Kakcik. Punyalah daku moody. Umi pun faham kenapa haha. Sedih sebab Haqiem Rusli kahwin haha lawak betul. Dia bukan siapa siapa pun dalam hidup saya. Ouh tapi lagu dia yang sedap yang buat saya minat dia. Entahlah apa saya cakap. 

Happy anniversary Haqiem Rusli dan isteri. Semoga berbahagia hingga ke syurga dan diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan comel. Semoga keluarkan lagi banyak lagu yang best best. Terima kasih. HR dan lagu gempak mantap tidak boleh dipisahkan. Begitu. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, November 17, 2022

SETAHUN LALU INTERVIEW SPP

Today, one year later.

17 November 2021, hari paling kalut di dunia. Mengapa? Hari itu lah aku memulakan perjalananku sebagai seorang bakal guru yang belum diketahui nasibnya, adakah akan lulus interview, adakah akan dapat posting, di manakah akan ku posting dan sebagainya. Tidak ku tahu setahun selepas tarikh itu, tersadai aku di Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Acah acah buat ayat puitis. 

Jadi ceritanya, pada tarikh itulah aku menghadapi interview SPP untuk guru one off, menggunakan apps Webex yang pada pagi itu buat hal. Hampir aku tak masuk interview disebabkan tak boleh guna apps yang sudah ku install dalam laptop, sampaikan urus setia call tanya mana aku. Hari itu, jantung aku berdebar yang terpaling kuat sampai bergerak badanku kahkah. Tapi serious tak tipu. 

Lepas interview, berbaju kurung terus saya dan keluarga gerak ke Negeri Sembilan rumah kakakku. Bayangkan kekalutan aku masa tu. Tapi yang lagi kalut adalah persiapan tu. Ada dalam 11 hari aku bersedia untuk interview. Tempoh yang sangat menyeksakan. Nak suruh habis cepat tapi tak bersedia lagi untuk interview. Aduhai.

17 November 2022, hari ini, aku termenung memikirkan kerja yang sentiasa bertimbun tidak disiapkan. Bukan tidak usaha untuk disiapkan, cuma semakin aku buat kerja, semakin banyak kerja yang datang. Tapi apapun saya bersyukur dengan segala apa yang diberikan oleh Allah kepadaku. Allah mempermudahkan segalanya untukku walaupun banyak juga dugaan dilalui. 

P/S: Happy birthday Atiqah Rosdi! Happy belated birthday Kak Yen! Kamu semua sentiasa ku ingati. Cuma tiada contact number dan juga tidak aku wish kepada mereka. Cuma yang penting, hati sentiasa ingat akan kawan kawanku. Tiber.

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, November 16, 2022

BELLA & AMBER

Bella dan Amber, why are you girls so cute 😭 Saya tak boleh tahanlah tengok dua orang budak ni. Saya ni bukan ada naluri keibuan sangat pun. Bukan juga suka budak. Tapi bila tengok Amber dan Bella, saya tak boleh tahan diri daripada pergi tempat mereka dan main dengan mereka. Lama jugalah saya layan mereka kemarin. Nasib ada dua kelas saja. 

Dua dua budak ni bukan senang untuk didekati. Saya ambil masa lama untuk rapat dengan mereka. Bukan start dari kemarin ya tuan puan. Berbulan sudah. Amber tu mula mula dulu kalau nampak saya terus dia menangis sampaikan Kakda dan yang lain suruh saya jauhkan diri dari Amber. Haha sedih tak.

Bella pula, asal bertemu mata saja, mesti dia terus cari Mommy dia sambil sebut, Mommy dan mata merah nak menangis. Bayangkan perasaan saya masa tu. Membuatkan saya berfikir apa dosa saya dengan mereka haha. Tapi sekarang! Mereka cari saya di meja dan ajak saya main! Terharunya saya.

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, November 13, 2022

MORNING WALK

Hari ini Syahirah sedikit produktif ya berbanding kemarin. Saya keluar rumah jam 6 pagi dan berjalan jalan di sekitar sekolah sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan pagi yang indah. Kalau tak bawa handphone lagi best. Sue pula main bola tampar dengan budak budak. Saya ada lah try main tapi fail adik kakak. 

Jadi saya hanya menonton saja di tepi. Itu pun berapa kali kena tendang dengan bola kahkah. Tersasar dari tangan budak. Jadi saya pun balik ke bilik untuk minum nestum dan menonton Partners for Justice. Episod 13 sudah! Dah 2 minggu lebih saya tengok. Itupun belum habis habis lagi sebab selingan kerja ya ngehngeh. 

Itulah kalau nak ikutkan kerja memang takkan pernah habis. Malah sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Pandai pandai lah kita cari masa untuk berhibur. Masalahnya saya susah cari masa untuk buat kerja. Berhibur setiap masa kahkah. Doakanlah semoga saya diberi kerajinan dan kekuatan 😌

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, November 12, 2022

2 INTAN/PERMATA THE BEST




Selepas dikecewakan kelas 2 Berlian/Mutiara dan 2 Delima, akhirnya saya diberi sinar kehidupan oleh 2 Intan/Permata. Saya sangat happy dengan mereka. Saya bagi tugasan kepada mereka untuk buat presentation. Mereka tidak sekali kali mengecewakan saya. Kalau pelajar macam ini lah saya sanggup berhabis duit untuk mereka. Mereka sangat bersemangat dan faham apa yang mereka sampaikan. Sepatutnya saya pilih pemenang satu kumpulan saja. 

Tapi melihat effort mereka semua dan presentation yang menarik daripada semua kumpulan, saya akhirnya memberi hadiah kepada semua. Cuma kalau kena pilih presenter terbaik, saya akan pilih Adhwa Amzar. Dia tersangatlah champion. Apa yang disampaikan sangatlah jelas dan menarik dengan contoh contoh yang pelbagai. Saya harap mereka dapat manfaat daripada semua pembentangan tersebut. 

Kalau lagi dua kelas pada hari sebelum dan pagi hari tersebut, saya agak kecewa dengan pembentangan mereka. Saya bukan kecewa sangat dengan hasil, saya kecewa dengan usaha mereka yang tak seberapa. Berapa lama saya bagi masa dan guide mereka, tapi tiada hasil. Mereka sangat tidak memberi komitmen. Tapi untuk group yang menang dan terbaik saya tetap bagi hadiah. Cuma itulah, saya belum puas hati dengan mereka punya performance. 

Saya bagi terus komen kepada mereka. Komen yang membina dan juga komen untuk improve. Kelas yang bagus pun saya komen juga supaya perbaiki sesetengah perkara seperti kerjasama. Hmm mungkin beginilah rasanya lecturer dan guru saya dulu kalau pelajar malas dan tak ada usaha kan. Kecewanya rasa. Jadi reflect balik diri ini, mungkin cara mengajar tidak menarik. Apapun, life must go on. Bye!

Kota Marudu, Sabah.