Terima kasih semua atas segala hadiah dan ucapan yang diberikan. Saya tak tahu nak describe macam mana perasaan saya sekarang. Saya amat bersyukur dikelilingi oleh orang orang yang sangat supportive, generous dan baik. Saya sangat menghargai semua ini alhamdulillah. Semoga saya makin semangat menjalani hidup ini. Hihi. Saya rasa sangat dihargai dan disayangi memandangkan saya jauh dari keluarga kan. Sedih!
Tadi masuk bilik mesyuarat, guru guru nyanyikan lagu Happy Birthday. Saya rasa lawak betul tambah malu. Terima kasih cikgu cikgu! Biasanya Pengetua akan wish dalam group setiap kali birthday guru, namun mungkin dia tak tahu saya punya birthday hari ini. Jadi tiada lah guru tahu kecuali kawan kawan rapat seperti Kakda, Danial, Sue, Elvy, Aveney, Neilda dan Diana. Cikgu lain tahu pun sebab si Danial.
Terima kasih Kakcik sanggup membelikan saya pizza yang delicious dan kek yang sedap walaupun saya jauh nun di Sabah. Kakcik minta runner belikan dan hantar kepada saya. Terkejut saya tadi bila runner whatsapp saya bagitahu nak hantar barang. Mula mula saya confuse apakah. Namun bila dia cakap Syafiqah yang hantar, baru lah saya faham. Suprise betul kan. Alhamdulillah terima kasih Kakcik!
Budak budak 2 Permata, gigih membuat prank dekat saya. Mula mula saya tertipu juga tapi lepas tu saya faham sudah. Terima kasih anak anakku! Gigih betul kumpul duit dan beli kek juga hadiah kepada saya. Suruh kumpul duit untuk keceriaan payah pula kahkah. Okay sorry apa pun I love all of you kids! Hari ini juga birthday Izwan dan Masyitah. Kami sambut sekali lah tadi. Terima kasih semua, kek yang sedap!
P/S: Walaupun Mama Saya, saya tetap menyukai itu kek ya kawan kawan. Kita maafkan sajalah pekerja kedai. Kids, tunggu Mama Sya balik! Doakan saya.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment