Tuesday, November 1, 2022

MESYUARAT ASRAMA BIL 4/2022



31 Oktober 2022

Assalamualaikum WBT. Selepas waktu persekolahan kemarin, saya masuk mesyuarat asrama yang dimulakan pada jam 1.40 PM. Tak sempat saya nak solat sebab kelas saya habis 1.25 PM dan jalan nak masuk bilik guru pun dah 5 minit lebih. Jadi saya masuk mesyuarat terus lah. 

Bila fikirkan balik, sudah masuk bulan ke-7 saya menjalankan tugas dan memegang jawatan sebagai warden asrama. Benda yang saya tak pernah terfikir seumur hidup saya sebab sepanjang hidup saya, saya langsung tak pernah tinggal asrama dan tup tup kena jadi warden asrama.

Jadi, walaupun awalnya saya dipaksa untuk menjadi warden, namun sekarang alhamdulillah saya sudah terbiasa. Cuma elaun warden belum lagi masuk kahkah. Jadi banyaklah benda yang dibincangkan semasa mesyuarat kemarin. Kami beberapa orang saja.

Ada pengetua, PK HEM, ketua warden, penyelia asrama dan warden warden sekalian. Asalnya start awal sebab nak habiskan cepat. Rupanya tidak adek. Habis jam 4 petang juga. Tengah tengah mesyuarat, saya keluar untuk solat Zuhur. Berebut surau dengan ustaz tapi saya yang dapat. Hihi.

Jadi begitulah cerita dia. Saya tiada dalam gambar. Sedih. Ini adalah kerana pengetua suruh saya gambar. Jadi saya mengorbankan diri saya tiada dalam gambar. Saya dah ambil satu. Lepas tu saya duduk dan pengetua suruh ambil 4 keping dari setiap sudut. Yes boss!

Haa benda yang paling membuatkan saya excited atau lebih tepat lagi satu satunya benda yang buat saya excited dalam mesyuarat kemarin adalah apabila ketua warden membentangkan tentang lawatan ke Labuan pada akhir November nanti in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment