Kelahiran Abdurrahman sangat lah dinantikan oleh saya kerana saya memerlukan anak buah lelaki kahkah. Okay gurau. Iman, Mama Sya love you! Abdurrahman yang dulu bukanlah yang sekarang, di mana saya sangat lah bersyukur. Nak tahu kenapa? Dulu dia lah makhluk paling sombong yang hidup di dunia ini. Hanya Kaklong dengan Along saja yang boleh pegang dia dulu. Saya pegang dia menangis. Dia banyak habiskan masa dengan Kaklong saja. Sebab itulah dulu saya memang rapat dengan Iman kerana saya tidak dimahukan oleh Abdurrahman. Hmm dramatik betul.
Namun sekarang, Abdurrahman lah orang paling mesra dan manja. Dia rapat dengan semua pakcik makcik dia lah, bukan macam dulu lagi. Dia sangat lah manja ya kawan kawan. Kadang kadang saya lupa dia lelaki sebab dia selalu buat suara manja dan tersangatlah manja. Itulah yang saya boleh describe pasal dia. Ada satu masa saya sangat rapat dengan Abdurrahman sampai kan si Syahadah dengan Mukhlisin benci saya. Mereka cakap kalau ada benda saya tak suka budak budak tu buat, Iman saya marah Abdurrahman saya tak marah pula. Haha tapi bukan begitu keadaannya kawan kawan. Saya tak berat sebelah okay.
Abdurrahman selalu minta peluk dan suka dipeluk. Begitu juga dengan kakaknya Iman. Cuma Abbas saja saya belum tahu lagi sebab jarang jumpa dan masih kecil lagi. Pengajaran yang saya dapat setakat hidup dengan anak anak buah, jangan judge mereka awal awal. Try dulu dekati mereka. Mereka bukan sombong. Mungkin mereka tak biasa dengan kita kan. Bila dah biasa, terjadilah macam kes Abdurrahman. Tapi alhamdulillah semua anak buah saya manja manja dan rapat dengan makcik pakciknya. Hihi. Cuma itulah saya jarang dapat jumpa kerana jauh dengan mereka.
Happy birthday Abdurrahman! Semoga Abdurrahman dipermudahkan urusan membesar dan dipermudahkan juga urusan ibu bapanya membesarkan dia. Menjadi anak yang baik, soleh dan berguna untuk semua orang. Semoga Abdurrahman sentiasa dirahmati, diberkati dan diredai sehingga ke akhir hayat dan masuk ke syurga yang tertinggi di sisi Allah. Semoga Abdurrahman diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga Abdurrahman juga mengikut jejak langkah Abi dan bapa bapa saudaranya, menjadi hafiz al-Quran 30 juz in shaa Allah.
Semoga Abdurrahman sentiasa mengingati Mama Sya sebagai ibu saudara yang baik kahkah. Ingat sikit eh Mama Sya ada jasa dengan kau. Pernah basuh berak kau, tidurkan kau, bagi makan dan menghiburkan kau haha. Mengungkit betul Mama Sya ni haha. Takdelah bergurau saja bah. Semoga Abdurrahman terus menjadi seorang yang sweet dan baik ya budak. Love you!
P/S: Perhatian kepada budak bernama Iman dan Abdurrahman, kalau balik rumah Tokbah Tokmi, tolong jangan menyepahkan rumah hijau itu ya. Kesian Tokmi kena kemas. Pandai main pandai kemas ya budak. Pesanan ikhlas daripada Mama Sya yang jauh di mata dekat di hati. Kalau Mama Da ada di rumah takpe boleh marahkan haha.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment