Friday, November 4, 2022

TAN2 MENANG!


Sekitar bulan Ogos yang lepas, satu pertandingan telah diadakan yang melibatkan seluruh sekolah di Malaysia yang dianjurkan oleh KPM. Ia adalah petandingan video kreatif ikrar belia yang bersempena dengan Hari Belia Malaysia. Kami TAN2 juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan tersebut. Pada hari Jumaat yang saya tak ingat dia punya tarikh, kami berkumpul di tapak perhimpunan dan memulakan sesi rakaman yang dikendalikan oleh Ustaz Hazmin. Kami kena baca ikrar. Semua pelajar dan semua guru. Namun guru yang diutamakan adalah guru yang berumur 30 tahun ke bawah. Tak silap saya video mesti dimuat naik di Facebook. KPM akan memilih 6 video terbaik sebagai pemenang.

Jadi, keputusan telah pun keluar baru baru ini. Subhanallah Tabarakallah, sekolah kami antara yang disenaraikan dalam 6 terbaik! Kami menang! Menentang seluruh sekolah di Malaysia yang terlibat. Alhamdulillah! Such an achievement untuk TAN2. Terima kasih Ya Allah. Mesti Ustaz Hazmin rasa kembang kahkah sebab dia yang rakam dan edit video. Haha tak adalah gurau saja. Sekolah kami adalah satu satunya sekolah menengah yang mewakili Sabah yang menang. Saya pun sangat tak sangka boleh menang. Rezeki kan.

P/S: Yang penting ada muka saya sikit dalam itu video kahkah. Okay bye! Saya ingat kalau ada masa lebih, saya nak buat blog pasal semua pencapaian TAN2 setakat ini. Saya rasa macam bulan 10 2022 bulan pencapaian bagi TAN2. Tapi itu nantilah saya buat. Tiada masa bah sekarang. Bye!

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment