Sunday, November 27, 2022

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAN2 KE LABUAN


24 hingga 27 November 2022 yang lepas, pihak asrama telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Labuan yang melibatkan 32 orang pelajar asrama dan 4 orang warden serta pengetua. Pelajar yang terlibat adalah 10 pengawas asrama, 17 ketua bilik dorm terbaik dan 5 pelajar terbaik akademik setiap tingkatan. Warden yang terlibat saya, Sue, Elvy dan Ustaz Hazmin. Ouh satu orang lagi guru pengiring iaitu Cikgu Jusip yang menggantikan warden Cikgu Al Faidal yang tak boleh join sebab isteri bersalin.

Kami bertolak dari sekolah pada 24 November jam 6 pagi. Perjalanan selama lebih kurang 5 ke 6 jam untuk sampai ke Terminal Feri Menumbok. Sampai di sana dalam jam 12 lebih dan terus urus untuk berlepas ke Labuan. Kalut sekejap sebab kena kumpul IC budak dan juga guru untuk beli tiket. Setelah itu dalam jam 1 lebih kali kami naik feri dan bertolak ke sana yang mengambil masa dalam sejam lebih untuk sampai ke Labuan. 

Wah first time menjejakkan kaki di negeri tersebut. Tapi tak banyak beza sangat rasanya dengan Sabah. Dialek yang digunakan pun lebih kurang Sabahan saja. Kami terus bergerak ke Ganggarak Homestay yang tak jauh dari terminal. Kami rehat sekejap, solat jamak, mandi dan setelah itu gerak ke restoran untuk makan sebab belum makan lagi seharian itu. Saya order kuew tiew bandung ayam. Sedap sangat! Tak tipu. Itu first time saya try makanan itu ya. Sedap! 

Yang paling penting saya tak kena bayar sebab ditanggung oleh asrama. Hiks. Saya tapau nasi ayam penyet satu untuk makan malam. Lepas makan kami terus ke Ujana Kewangan. Macam shopping mall lah tapi sayangnya dah banyak kedai tutup sebab dah lewat. Okay sebenarnya tak adalah lewat sangat sebab masa tu baru 7 malam tapi sudah beransur ditutup. Tapi saya sempat lah round tapi tak beli apa apa kecuali ais krim dan sunscreen macam Kaksyadah punya di Guardian. 

Setelah itu kami balik ke homestay. Eh saya lupa nak cerita pasal homestay lah. Hiks. Dalam pagar tu ada 6 buah rumah. Kami sewa 3 buah rumah selama dua malam. Kami ambil rumah di tengah. Kanan kami pelajar aspuri dan kiri aspura. Saya dan guru guru lain duduk satu rumah. Sue dan Elvy sebilik dan saya sebilik dengan pengetua. Haa kau hado? Kita tidur sekatil dengan pengetua okay. Bila lagi nak dapat peluang begitu kan. 

Tapi saya masuk bilik lepas pengetua dah tidur haha. Saya tengok TV di ruang tamu. Ada aircond lagi. Sayanglah kalau tidur awal kan. Okay berbalik kepada cerita asal, hari kedua di Labuan, awal pagi lagi kami bersiap dan bersedia untuk ke SM Sains Labuan untuk lawatan sambil belajar. Sebelum ke sana kami breakfast dulu di JJ Nazar, makan roti canai. Itupun kena belanja juga alhamdulillah. Rezeki kan. Dah lah segala trip free. Makan pun free. Wah heaven!

Okay saya akan senaraikan semua tempat yang kami pergi sepanjang di Labuan dan sertakan gambar yang saya sempat ambil lah. Saya pun tidak tahu kenapa macam tiada mood untuk bergambar dan mengambil gambar ya. Adalah kali konflik ketika itu. Okay tapi tak apa hidup perlu diteruskan. Ouh haa satu lagi saya nak cakap yang lawaknya sebelum saya bersetuju untuk sebilik dengan pengetua saya sempat merajuk dulu haha. Dasar kenapa saya dibuli kahkah. Dalam kereta pun saya kena duduk belakang sekali dengan barang haha. Tapi itu adalah kerana saya paling muda hiks. 

1. Ganggarak Homestay Labuan

2. SM Sains Labuan

3. Taman Burung Labuan


4. War Memorial Park

5. Muzium Marin Labuan

6. Cabana Retreat Kota Belud

5. Kem Paradise Kota Belud


6. Ujana Kewangan Labuan


No comments:

Post a Comment