Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah hari ini, permulaan bulan yang baik ya tuan puan. Sentiasalah bersyukur walau apa pun dugaan yang mendatang. Hari ini saya ada 4 kelas iaitu 8 masa. Agak meletihkan cuma saya okay sikit dari kemarin sebab hari ini saya ada breakfast walaupun hanya dengan roti saja.
Alhamdulillah banyak pengisian yang saya dapat hari ini. Antaranya adalah ketika kelas 3 Intan tadi, kami adakan sesi penyampaian ceramah yang disampaikan oleh Kee Mohd Ilham. Banyak perkara yang dibahaskan seperti tentang kematian, menghormati ibu bapa dan guru serta tentang couple.
Saya hanya menambah sikit sikit saja. Semoga dengan perkongsian tadi dapat sedikit sebanyak memberi kesan yang positif kepada mereka dan juga saya. Mereka semua sudah besar kan. Semoga dapat fikir dengan betul dan sebaiknya dalam membuat sesuartu perkara.
Kelas 3 Permata pula, lepas siap kerja yang perlu disiapkan, mereka membaca buku. Bukan saya suruh pun posing macam dalam gambar di atas. Itu adalah kejadian sebenar itu alhamdulillah. Mereka baca buku cerita yang saya bawa pasal kisah nabi.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment