Pening betul kepala saya harini. Satu sebab budak bising. Kelas dah macam zoo. Macam manalah saya nak kawal mereka. Satu lagi memang saya pening mungkin sebab belum makan. Saya ada 5 kelas harini iaitu 10 masa. Paling banyak untuk saya lah berbanding hari lain.
Saya order nasi goreng pataya daging taknak sayur taknak pedas melalui Whatsapp. Tapi sayangnya saya tak boleh turun ambil sebab ada mesyuarat asrama. Jadi Neilda dengan sukarelanya menolong saya untuk ambil makanan di kantin. Terima kasih Neilda!
Harini hari terakhir bulan Oktober. Esok in shaa Allah masuk bulan November. How time flies!!! Saya dah hampir umur 25 tahun. No!!! Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Semoga apa saja yang kita lakukan diberkati Allah SWT.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment