Saturday, October 8, 2022

RINDU KAMU 100%


Gambar ini diambil masa on the way hantar saya ke airport untuk terbang ke Sabah selepas habis cuti seminggu yang bergerak sepantas kelipan mata saya pada awal bulan 9 yang lepas. Punyalah banyak dugaan untuk sampai ke airport. Alkisahnya budak sebelah kiri tu tiba tiba masa tengah rancak berbual, rasa nak berak. Allahu mencari lah tandas di tengah tengah jalan. Kami tumpang tandas kedai. Nasib baiklah pekerja dia baik bagi kami guna walaupun kami tak membeli di situ. 

Namun, dia tak rasa nak berak pula. Hanya kencing saja. Lepas tu kami teruskan perjalanan. Sampai saja tak sampai lima minit, panggilan berak datang lagi dan bergegaslah Syahadah dan Abdurrahman ke tandas airport. Haa kelas kau berak di airport ngehngeh. Itulah antara kenangan yang sangat lawak sebenarnya bila fikir balik. Masa tu hanya cemas hihi. Agak agak mereka nak ikut lagi ke kalau hantar saya ke airport? 

Okaylah sampai di sini dulu coretan saya pada malam yang hindah ini. Doakan saya dapat menjalankan tugas saya dan menyiapkan segala kerja yang tertangguh dengan jayanya esok. Sekarang jam 11.50 malam, 8 Okt 2022. Esok genap sebulan birthday Ustaz Hazmin dan lagi sebulan saya punya birthday. I'm getting so old arhhh! Okay bye. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment